Sempena cuti sekolah ni..anak aku dah merengek nak tengok movie..dia nak tengok Megamind. Aku pun bawak dia semalam..mula-mula nak tengok di The Mines jer...memandangkan jalan Jem...tak bergerak nak masuk dalam Mines tu....so hubby aku decide pergi ke Berjaya Times Square...ramai gak orang..cari parking sampai tingkat 7. Nasib baik la ada ticket lagi....kitaorg tengok untuk tayangan pukul 5.30 petang. Sementara menunggu waktu tayangan merayap la dalam tu..pastu singgah makan sekejap.
Ok la citer ni...yang beria2 gelak...hubby aku la..aku ngan anak aku relax jer....dia yang lebih...nak kata bess sangat citer ni..x ada la bess sangat...ada gak tahap yang aku macam bosan tengok. Tapi tak kisah la...janji anak aku puas hati. Hasrat dia telah dipenuhi. Bab kelakar bila nak balik. Boleh pulak berpusing2 dalam tu nak cari jalan keluar ke parking....hubby aku siap tanya orang lagi...itu pun setelah berpusing2 sekian lama. Jalan keluar dekat jer....lalu lalang jer kitaorang kat situ. Lepas keluar dari situ...terus pergi makan dulu kat kedai akak gemuk pekena Yong tow Foo...lepas tu singgah Tesco...beli baju sekolah Ali...sebelum tu kitaorg dah beli baju-baju sekolah Ali...cuma nak tambah2 jer...sekali dengan beg2 dan juga alat2 tulis.. So kiranya dah lengkap la semua. Kitaorg malas nak beli last2 minit. Bulan depan concentrate bayar yuran sekolah jer. Apa2 pun..memang letih sungguh semalam...
No comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh