Pages - Menu

Saturday, December 04, 2010

Harga Minyak Dan Gula Naik

Tension...tension...tension...itu la perkataan yang sesuai bila membaca berita tentang pelarasan harga minyak dan gula yang dikeluarkan hari ini.

RON95 = RM1.90/liter -> naik 5 sen
Diesel = RM1.80/liter -> naik 5 sen
LPG = RM1.90/kg -> naik 5 sen
Gula = RM2.10/kg -> naik 20 sen
Memandangkan minyak dan gula merupakan keperluan harian kepada semua, maka secara automatiknya harga-harga lain akan turut sama naik. Rakyat-rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana memang amat terasa akan bebanan ini. Kepada pemimpin dan rakyat yang kaya raya..mereka memang tak kisah akan kenaikan ini...
Selepas ini akan kedengaran la cadangan dari pemimpin2 supaya rakyat hidup secara sihat..kurangkan gula..takpun minum air kosong jer...kalau tak mampu naik kereta pergi kerja sebab harga minyak tinggi...naik motor...takpun naik basikal...tak pun jalan kaki....tak pun naik pengangkutan awam...efisyen sangat ke pengangkutan awam tu???? sebelum nak nasihat kan orang...tengok dulu servis yang diberikan...jangan main cakap...duduk dalam bangunan jer...bila nak pergi mana2..ada orang bawak...lepas tu time2 jem...masa tu la sibuk nak lalu...polis pun sibuk la suruh orang ke tepi semua...pergi la naik bas..tengok servis...buat survey...lepas tu baru boleh cakap...tak pun suruh orang bawah buat survey dulu...orang2 suruhan yang cucuk hidung bukan ke ramai....apa gunanya...


WE ARE NOT STUPID...

Bila cakap bab kenaikan sibuk nak bandingkan dengan negara lain...lantak diaorg la...itu negara diaorg...biar la diaorg manage sendiri...

Aku bukan ahli ekonomi nak bercakap pasal ekonomi negara. Aku cuma meluahkan apa yang dirasa oleh rakyat-rakyat yang miskin dan sederhana. Kerajaan buat demikian sebab nak kurangkan perbelanjaan tetapi bebanan pulak kepada rakyat. Habis tu pembaziran yang kerajaan buat tak pulak orang2 bijak pandai tu fikirkan. Aku malas nk tulis in details sbb nanti lagi sakit hati. Cuma satu jer perbezaan antara kerajaan dan swasta...yang terang2 aku boleh nampak...kalau swasta..semua cost cutting...meeting jangan harap lah nak ada makanan ... kalau nak outstation pun... kena filter dulu...setiap department ada target untuk kurangkan cost dalam berapa %. Kalau tak capai target...sekaligus KPI hancus. Sampai bos2 pening macam mana cara lagi untuk kurangkan kos.

Tetapi ini tidak berlaku dalam badan kerajaan. Meeting tak ada makanan tak sah lah...macam2 makanan ada...kalau pergi kursus...tinggal di hotel2 berbintang-bintang...bukan bintang jer...bulan pun ada...Bila nak sampai jer ujung tahun...maka sibuk la masing2 nak habiskan peruntukan yang diaorg terima untuk setiap department/jabatan...pergi la buat dinner mana2..kursus sana sini...makan sana sini...kena habiskan peruntukan tersebut ... ini yang aku tak faham...fikiran tu dah di set...kena habiskan...Ini la yang kawan-kawan aku selalu cerita...kawan-kawan yang bekerja dengan kerajaan....aku pasti mesti banyak pembaziran berlaku...

mmm x tau la nak kata apa dah...dah la kenaikan gaji dibekukan....gaji tak naik2...harga barang asyik naik jer...

tunggu je la next election...

1 comment:

  1. Kan ke bile harge minyak dunia naik maka jualan minyak Malaysia akan meningkat kerana harga naik. Maka ini akan menyebabkan harga minyak Malaysia dapat diturunkan. Ape teori aku tak betui ke?

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh