Percutian
ni dah agak lama iaitu pada 7 & 8 April..tapi aku nak update gak dalam blog
ni..
Percutian yang tidak dirancang.Pada 7 April 2012 bersamaan dengan hari Sabtu, seperti biasa aku makan tengahari di luar iaitu di Desa Pandan. Makan nasi ayam..mm sedap gak…first time aku makan kat situ…Bob dah biasa sebab itu kedai kawan dia…Bob siap mintak sup kaki ayam dengan pedal dan hati lagi…berapa banyak punya makan daaaaa…lepas habis makan..pergi la pusing2 KL..ini dah memang jadi rutin di setiap hujung minggu…lepas tu Bob tanya nak ke mana??? Bob tanya nak ke Ipoh ke?? Aku duk fikir…Ipoh tu tak la kut…tiba2 anak aku kata Melaka…aku pun setuju…Melaka. Apa lagi…kitaorg pun terus la ke Melaka. Ikut jalan lama…sebab Bob kata kalau ikut highway tak bess. Kitaorg pun ikut la jalan lama…masuk ke Sepang..terus ke Port Dickson dan terus ke Melaka.
Kitaorg
tak terus ke pekan Melaka..aku dengan Bob tak berapa suka tempat yang sesak.
Kitaorg lalu di Pengkalan Balak…mmm .. macam berminat jer nak stay di sini…baju
semua tak ada…Bob cakap cari chalet dulu..masa tu hujan dah mula turun. Sebelum
tu kitaorg dah singgah di Masjid Tanah…cari baju untuk persalinan.
Maklumlah..pergi sehelai sepinggang je masing-masing. Bagus punya planning. Lepas
tu kitaorg pun mula la cari tempat untuk bermalam. Mula-mula cari di area
Pengkalan Balak. Semua penuh la plak. Ada yang kosong tapi lokasi macam tak berapa
bess…sebab kawasan tu macam padat sangat. Nampak macam tak bersih
persekitarannya. Rasanya kawasan tu kalau malam memang happening…tapi kalau
ramai sangat orang pun…aku dengan Bob tak berapa suka. Hotel yang elok2 sikit
semua penuh…
Jam
dah pukul 7 … tak dapat2 lagi tempat nak stay. Last2 Bob ajak ke TanjungBidara. Masuk di Tanjung Bidara Beach Resort. Macam Ok…Bob pergi la turun..tak
ada orang la plak di kaunter. Kitaorg pun pergi la survey kawasan resort tu…
naik sampai atas…mmmm sebelahnya hutan…macam seram la plak….hehehehehe…tak jadi
la…keluar balik. Bob dia nak tengok kawasan Kompleks Falak
Al-Khawarizmi. Bila pergi kat area situ..baru Nampak signboard chalet…masuk la
ke lorong nak ke RNC chalet…call la orang tu tanya rate…RM80 semalam…ok la..nampak macam kecik jer chalet
tu…terang benderang la kawasan chalet tu…ada orang stay..berhadapan dengan
laut..dekat jer…pergi survey ke tempat lain plak…pergi kat Samudera Bidara
Resort. Nampak lagi OK resort ni…tapi kawasan macam tak menarik la plak…sbb tak
berhadapan dengan pantai…last2 decide pilih RNC chalet…Bob dah malas nak cari
sebab dah pukul 7 lebih…dah gelap…
Kitaorg pun stay la di RNC Chalet…Kecik je bilik nyer..tapi
muat la untuk kitaorg… ada katil, TV, bilik ada aircond..ada wifi tapi tak guna
pun sebab tak bawak laptop. Tak rancang kan…Kitaorg pun terus la mandi, solat
semua…pastu nak keluar tuk makan malam plak…Bob plak nak cari baju persalinan
dia, ngan sabun mandi semua. Pergi lagi kat area Masjid Tanah…lepas tu kitaorg
singgah makan. Lepas makan..terus balik chalet. Chalet tu dalam 9 unit jer…itu
pun yang aku Nampak la…penuh jugak la..rasanya ada la dalam 2/3 bilik yang
kosong. Malam tu kitaorg relax2 jer..sunyi je tempat tu. Dalam perkampungan
nelayan..ada orang fishing malam2 tu…Si Ali duk pergi la tengok orang fishing
kat tepi laut tu sekejap.
Aku lepak2 dengan Bob sembang kat verandah chalet tu…aku
ngan Bob memang suka tempat2 macam tu….sunyi jer..aman damai..lepak2 sambil
makan kuaci dengan jajan. Bunyi motor lalu lalang…orang memancing…Tidur dengan
nyamannya.
Pagi esok nya…awal2 dah bangun…mandi…g jalan-jalan tepi
laut…sambil berposing ambil gambar. Lepas tu kitaorg pergi breakfast kat area
situ jugak. Lepas breakfast balik semula ke chalet…masa untuk mandi laut….aku
je yang tak mandi…rendam je kaki…tak ada tudung extra…sabar kan je la
hati….laut nya nak kata bersih sangat tu tak la..tapi boleh la mandi…bila dah
panas..baru la masuk bilik…Bob g la sembang2 dengan nelayan kat situ….beramah
mesra la katakan. Kul 12 lebih kitaorg pun check out.
RNC Chalet ni ok la tuk orang2 yang sukakan ketenangan…kalau nak datang ramai2 pun boleh…untuk more info boleh lawat ke laman web chalet ni di sini.
Kalau nak duduk sini…bawak sabun n syampu sendiri…sebab mmg tidak disediakan. Spray ubat nyamuk…tapi malam tu kitaorg tidur x ada nyamuk…bila pagi buka tingkap..menderu masuk nyamuk…Tuala pun kena bawak sendiri…mmg tidak disediakan dan kalau boleh bawak penyapu sbb tidak disediakan penyapu dalam bilik. Bila di tepi pantai tau je la..pasir.
Lepas
tu kitaorg terus la balik…singgah makan tengahari ..pekena asam pedas…aku n Bob
bukan peminat asam pedas…so x tau la nak komen sedap ke tak…hehehe. Punya la
ngantuk lepas makan tu….nasib baik driver tak mengantuk. Sampai Kajang dalam
pukul 4 petang. Ok la siang lagi. Lalu pun ikut jalan lama..tol kena
seringgit jer.
Apa2 pun jangan la diamalkan jalan2 tanpa plan... gambar nanti di upload kemudian..sebab kamera ntah mana di campak...hehehe
No comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh