...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, August 08, 2012

Azizulhasni Awang Gagal Di Final Men's Keirin Olimpik London 2012

Azizulhasni Awang gagal untuk mendapat sebarang pingat dalam acara Men's Keirin...Azizul mendapat tempat terakhir atau ke 6 dalam final acara tersebut. Namun demikian kita harus bangga kerana dalam sejarah, Malaysia mempunyai wakil di final dalam acara basikal di kejohanan Olimpik. Kecil-kecil cili api...satu-satunya wakil Asia di pentas final. Dalam pentas Final tadi, Azizul cuba mencari tempat di barisan hadapan namun terpaksa akur kepada peserta lain dan terpaksa berada di barisan terakhir. Di akhir pecutan, Azizul seperti terkepung dan tak mampu untuk memecut. Acara ini dimenangi oleh Chris Hoy dari Great Britain.

 Apa-apapun tahniah Azizul.Cuba lagi..Jangan putus asa..Chris Hoy yang berusia 36 tahun tu pun masih bertenaga dan mampu mendapat pingat.

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena