Pages - Menu

Thursday, August 02, 2012

Tekanan Darah Tinggi / Hipertensi


Apa itu tekanan darah tinggi? Aku mengalami tekanan darah tinggi selepas melahirkan anak kedua. Selepas daripada itu tekanan darah aku tak turun-turun, sekitar 180/90. 

Apa itu Tekanan Darah Tinggi? 

Ianya berlaku apabila tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah. Apabila tekanan darah diukur, terdapat 2 bacaan. Tekanan yang lebih tinggi, tekanan sistolik, adalah tekanan darah pada arteri semasa jantung sedang mengepam darah. Tekanan yang lebih rendah, dipanggil diastolik, adalah tekanan darah pada arteri  semasa otot jantung sedang berehat di antara dua denyutan.

Bacaan Tekanan Darah


Kategori Tekanan Darah Tinggi
Tekanan Darah Systolic (Bacaan Atas)mmHG
Tekanan Darah Diastolic (Bacaan Bawah)mmHG
Normal
<120
And <80
Pra Tekanan Darah Tinggi
120 - 139
Or 80 - 89
Tknn Darah Tinggi Peringkat 1
140 - 159
Or 90 - 99
Tknn Darah Tinggi Peringkat 2
>160
Or >100

Faktor risiko untuk mendapat Tekanan Darah Tinggi

  • Kurang bersenam
  • Merokok
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan garam yang tinggi
  • Tekanan/Stress
Tanda-tanda Tekanan Darah Tinggi

Terdapat juga penghidap tekanan darah tinggi tidak mengalami sebarang tanda. Ini memang merbahaya kerana sekiranya tiada tanda, sudah semestinya kita merasakan badan kita sihat dan tidak ada penyakit. Pemeriksaan berkala hendaklah selalu dibuat. 

Disebabkan aku memang penghidap penyakit tekanan darah tinggi, tanda yang biasa adalah sakit kepala di bahagian belakang kepala dan berdenyut disamping itu bahagian tengkuk juga merasa tegang. Oleh yang demikian jangan ambil mudah sekiranya merasa sakit kepala. Tanda-tanda lain adalah seperti di bawah:-

  • Bengkak kaki
  • Hidung Berdarah
  • Bunyi Berdengung
  • Kemurungan
  • Penglihatan Kabur
  • Sakit Kepala 
  • Pening Kepala
Komplikasi Akibat Tekanan Darah Tinggi

Tekanan Darah Tinggi yang tidak dirawat boleh mengakibatkan penyakit-penyakit yang boleh mendatangkan maut. Antaranya:-

  • Penyakit berkaitan dengan jantung
  • Strok
  • Paru-paru berair
  • Kerosakan mata
  • Buah Pinggang gagal/kurang berfungsi
  • Pengerasan arteri
Rawatan / Cara Pencegahan untuk Tekanan Darah Tinggi


  • Ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor (kepada mereka yang memang dah kena makan ubat tekanan darah tinggi)
  • Kekalkan berat badan ideal. Sekiranya berat badan telah melebihi tahap ideal, cuba kurangkan berat badan dengan mengamalkan diet yang sihat.
  • Lakukan senaman secara berkala
  • Cuba elakkan pengambilan alkohol
  • Makan makanan yang seimbang. Ambil makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayuran dan rendah lemak.
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
  • Tangani stress dan tekanan dengan baik
  • Cuba berhenti merokok
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
 Rawatan Alternatif untuk Tekanan Darah Tinggi
  • Homeopati - keadaan pesakit akan dinilai terlebih sebelum diberi ubat-ubatan yang berumberkan alam semulajadi seperti garam galian.
  • Akupuntur - rawatan akupuntur memberi tumpuan pada bahagian kaki dan tangan yang merupakan kawasan berkaitan saluran darah.
  • Bekam - rawatan bekam mampu untuk mengeluarkan toksik dalam darah
Jangan ambil mudah apabila anda menghidap penyakit darah tinggi. Sayangi lah diri dan keluarga anda.


No comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh