Jom Balik Kampung.....Yeaaayyyyy
Malam tadi dah berkemas untuk balik kampung sempena Hari Raya Haji. Kali ni turn untuk balik ke Perak. Yahoooooooooooooooooooooooooooooooooo
Malam tadi dari balik office sampai kul 1 pagi aku duk mengemas rumah dan mengemas beg yang nak di bawak balik kampung. Di sebabkan aku ni tak ada cuti...so balik tak lama la..so tak payah la bawak beg beso2 alam. Beg yang mana patut dah ler. Hari ini aku kerja lagi. Ingatkan nak gerak pukul 4 tadi...Bob plak lambat...sabo je la. Dah excited nak balik awal...Boss pun dah diberitahu dan dah kasi green light.
Balik ni get ready je la...jalan jem...kena prepare mental dan fizikal. Bila dah prepare tu...tak ada la rasa stress...so sembang la ngan driver tu...harap2 Bob tak suruh aku drive...malas la makcik nak drive. Kena cari topik menarik supaya perjalanan tu tak rasa lama sangat. Kena la buat cerita-cerita biul...asalkan tak boring dan tak mengantuk. Aku ni jarang tidur dalam kereta kecuali kalau teramat letih...itu pun mata dah tak boleh bukak sangat...baru la terpaksa tidur. Kalau tak..berjegil je mata aku ni...
Harap perjalanan berjalan lancar.
0 comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh