Kepada sesiapa yang masih tidak tahu, Gmail ada menyediakan
fungsi SMS, di mana kita boleh menghantar sms secara percuma.
Bagaimana nak aktifkan?
1. Login ke Gmail
2. Setting -> Lab
3. Scroll down sampai jumpa “SMS (text messaging) in Chat”
(gambar seperti di bawah). Kemudian tick di bahagian “Enable”
4. Save Changes
Bagaimana nak hantar SMS?
1. Buka Chat Box (Gtalk) orang yang hendak di hantar sms tu
2. Bahagian atas kanan ada “More”, klik “More” -> Send
Text (SMS)
3. Pilih “Country” dan masukkan no telefon
4. Di bahagian bawah “Country” ada “Supported Mobile Phone
Operators”, jika di Malaysia, operators yang boleh guna servis ini ialah Maxis,
Digi dan Celcom
5. Save
6. Boleh la hantar sms menggunakan Gmail, kalau nak tukar ke
fungsi chat, pergi ke tempat yang sama dan pilih “Switch to Chat”
Ada Bayaran Tambahan ke??
1. Tiada bayaran dikenakan bila hantar sms dari Gmail
2. Sekiranya penerima sms “reply” sms ke Gmail, bayaran sms
yang biasa akan dikena oleh operator
Bagaimana Ianya berfungsi?
1. Sehari hanya boleh menghantar 50 sms (dipanggil 50
kredit). 2 sms hantar = tinggal 48 kredit
2. Sekiranya mendapat “reply”, 5 mata kredit akan di tambah.
1 reply = 5 kredit
Sesiapa yang ingin berjimat untuk sms, boleh la cuba.
No comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh