1. Aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, sains gunaan dan lain-lain.
2. Kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi; ~ tinggi teknologi yg berasaskan kajian saintifik termaju spt penggunaan peralatan elektronik yg canggih; berteknologi mempunyai teknologi: masyarakat ~ tinggi.
Kebaikan Teknologi:-
1.
Memudahkan Kerja Seharian
Teknologi telah berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian
kita. Mesin basuh kain, mesin basuh pinggan dan peti ais telah meringankan
kerja di rumah dan hampir setiap rumah di Malaysia kini telah memiliki
sekurang-kurangnya mesin basuh kain dan peti ais. Para suri rumah tidak perlu
lagi membasuh kain dengan menggunakan tangan. Teknologi bukan sahaja telah
membantu kerja-kerja di rumah menjadi semakin mudah malah di pejabat juga.
Penggunaan mesin fotostat misalnya telah memudahkan pekerja untuk membuat
salinan sesuatu dokumen . Disamping itu
penggunaan applikasi seperti Microsoft Word telah memudahkan pekerja dipejabat
untuk membuat laporan, menaip surat dan sebagainya. Ianya jauh berbeza dengan
penggunaan mesin taip yang terpaksa menaip balik seluruh dokumen jika terdapat
sebarang kesilapan.
2.
Menjimatkan Masa
Perkembangan
teknologi juga telah dapat menjimatkan masa. Perkembangan pesat teknologi
pengangkutan telah menjimatkan masa perjalananan dari satu destinasi ke destinasi
yang lain. Penggunaan LRT dan komuter menjadi pilihan warga kota untuk pergi
dan balik dari kerja. Ianya bukan sahaja menjimatkan masa malah menjimatkan
duit kerana penggunaan banyak minyak petrol di dalam keadaan jalan yang sesak
dan sekaligus dapat mengurangkan tekanan kepada mereka yang memandu. Teknologi juga telah banyak membantu petani
dalam mempercepatkan proses pembajakan tanah. Jika dahulu tanah dibajak dengan
menggunakan cangkul dan bajak besi, ianya memerlukan banyak tenaga manusia dan
memakan masa yang lama. Penggunaan alat pembajak seperti traktor telah banyak
menjimatkan masa para petani.
3.
Kemudahan komunikasi
Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak
kemudahan komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah,
hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger,
Email dan sebagainya. Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke
seluruh dunia. Jika dahulu, suratkhabar, telefon dan televisyen merupakan
antara media massa yang paling penting dalam menyalurkan maklumat. Kini dengan
perkembagan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk
menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas. Kemudahan komukasi ini
banyak membantu kita untuk berhubungan dengan masyarakat di seluruh pelusuk
dunia di samping memudahkan kaum keluarga untuk berhubung sesama mereka.
4.
Teknologi perubatan membantu mengawal/mengubat
penyakit
Perkembangan teknologi perubatan telah banyak membantu
menyelamatkan manusia. Penggunaan incubators telah banyak membantu bayi yang
lahir tidak cukup bulan untuk terus hidup. Begitu juga dengan penggunaan kimoterapi,
ianya telah banyak membantu sesetengah pesakit kanser dalam mengubati penyakit
mereka. Walaupun tidak semua pesakit kanser boleh pulih dengan sesi kimoterapi
tetapi ianya memberi sedikit harapan kepada pesakit untuk terus hidup.
Perkembangan teknologi pengimejan juga telah membantu dalam mengenalpasti
pelbagai jenis penyakit dengan lebih cepat dan mudah. Ianya sekaligus membantu
untuk kenalpasti rawatan yang diperlukan. Teknologi ini telah banyak membantu
pengamal perubatan.
5.
Meningkatkan pengeluaran
Teknologi
telah banyak membantu para peniaga dalam meningkatkan pengeluaran. Penggunaan pelbagai jenis mesin dan peralatan
telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan penggunaan tenaga
buruh, contohnya penggunaan mesin dalam penyediaan makanan, pembuatan kereta
dan sebagainya. Penggunaan mesian dan peralatan ini mampu mengurangkan
kebarangkalian dalam kerosakan sesuatu produk yang dihasilkan.
Keburukan Teknologi:-
1.
Jenayah
Perkembangan
teknologi juga boleh membawa keburukan terutamanya jenayah siber, ianya seperti
kecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus, penggodam , pengubahsuaian ke
atas program dan sebagainya. Jenayah Siber amat berleluasa sekarang ini dan
ianya sukar untuk dibendung. Kecanggihan
teknologi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu bagi mengaut
keuntungan dengan cara yang mudah. Di samping itu, teknologi juga telah
memudahkan penjenayah untuk melakukan jenayah contohnya dengan penggunaan alat
bagi mengesan laptop di dalam kereta dan juga alat untuk membuka pintu kereta.
Alat-alat ini banyak digunakan oleh penjenayah.
2.
Kurang Pergaulan
Pelbagai
jenis gadget dan permainan secara online telah menyebabkan kurangnya pergaulan
dikalangan remaja dan kanak-kanak. Sekiranya ianya berlarutan untuk jangka masa
yang agak lama, ianya boleh mengurangkan kemahiran bersosial dan tidak
mempunyai keyakinan diri ketika bergaul dengan masyarakat sekeliling. Ini jelas
memberi kesan yang negatif kepada individu tersebut. Perkembangan teknologi
juga boleh melonggarkan perhubungan dalam sesebuah keluarga. Ianya terjadi
apabila masing-masing sibuk dengan telefon atau gadget masing-masing tanpa
berkomunikasi antara satu sama lain. Sekiranya kita lihat masyarakat di luar
sana, terdapat ramai keluarga yang datang menjamu selera, duduk dalam satu meja
tetapi masing-masing sibuk dengan alat komukasi masing-masing. Inilah yang berlaku pada masa kini.
3.
Mengancam Nyawa Manusia
Teknologi
nuklear boleh mengancam nyawa manusia. Tidak dinafikan teknologi nuklear banyak
memberi kebaikan kepada manusia, di samping kebaikan, ianya juga boleh memberi
keburukan kepada manusia. Tragedi di
Chernobyl yang berlaku pada 1986 di Ukraine merupakan antara tragedi nuklear
yang paling teruk berlaku. Tragedi ini telah mengorbankan banyak nyawa manusia
dan kesan radiasi telah menular ke 3 negara iaitu Belarus, Ukraine dan Russia. Kesan
radiasi ini juga telah memberi impak yang buruk kepada manusia di mana manusia boleh
mendapat penyakit kanser dan penyakit-penyakit lain dalam jangka masa panjang.
4.
Menjejaskan kesihatan
Pada
masa kini terdapat banyak makanan dalam tin yang boleh terus dimakan. Pernahkah
kita terfikir, adakah makanan dalam tin selamat untuk dimakan? Apakah bahan
yang digunakan bagi memastikan ianya tahan lama? Penggunaan bahan kimia dalam
pemprosesan dan teknologi makanan seperti sulfur dioksida, asid benzoik da asid sorbik boleh menyebabkan penyakit
seperti kanser dan sesak nafas. Disamping itu juga, kenderaan yang terlampau
banyak di kota raya juga boleh
menjejaskan kesihatan manusia akibat daripada pelepasan asap dari kenderaan.
n0e.. malasnya nak baca... hehe..
ReplyDeleteyes.. ada positif ada negatif.. moga2 yg positif lg banyak dr negatifnya yer.. guna utk kebaikan sebagusnya.. :)
ReplyDeleteMFM -> noe pun jenis malas baca bab2 ni gak..hehhehe
ReplyDeleteYana -> ya yana...moga kita guna lebih kepada positif
tq share this yer , gd info
ReplyDeleteteknologi ni semua dh jadi macam keperluan dlm kehidupan harian kita.yg paling penting ken bijak gunakan teknologi.apa benda pun ada pro kontra..pandai2lah kite..:)
ReplyDeletemakin maju..makin teruk rasanya..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThanks for info . Dapat bantu untuk cari isi karangan :D
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteTHANKS UNTUK INFO....DAPAT BUAT KARANGAN PASAL TEKNOLOGI... :)
ReplyDeletenpe tak leh copy nih boss ???😞😆😐😔😢😣😡😞😞😞😞😞😞😞😞😞
ReplyDeletetq very much.......!!!!
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDelete#smkdse
ya ia memang ada kebaikan dan keburukan
ReplyDeleteknp x leh nk copy nihhhh???
ReplyDeleteGood info. Thanks
ReplyDeleteGood info. Thanks
ReplyDeleteGood info. Thanks
ReplyDeleteWish me luck for trial :)
ReplyDeleteWaaahh.. terima kasih banyak-banyak untuk info ni! Susah nah cari blog bahasa Malaysia yang bercakap tentang hal-hal macam ni, kebanyakkannya blog-blog dari Indonesia yang banyak.. \(≧▽≦)/
ReplyDeleteterima kasih info yg mntap....tpi bolehh tak nak copy....hehehe
ReplyDeleteannoying gila aq nk bt keja skolh x kn kna salin byk2 nie copy can senang bleh ja mmbntu para plajar mcm aq nie... apa pun thanks yaaaaaaaaaa
ReplyDeleteNICE !!! Thanks bro!!
ReplyDeletedah cun dah tp takleh copy :(
ReplyDeletebagus
ReplyDeleteTq....dpt cari maklumat utk berdebat....
ReplyDeleteini boleh digunakan untuk sains dan teknologi juga kan?
ReplyDeleteAwesome! Its actually awesome post, I have got much clear idea regarding from
ReplyDeletethis post.
Take de versi karangan?
ReplyDelete