Pages - Menu

Friday, May 03, 2013

DUN Kajang, Parlimen Hulu Langat

Seperti tahun lepas, aku mengundi di Kajang, DUN Kajang, Parlimen pulak bawah Parlimen Hulu Langat. DUN Kajang ni menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Berjasa serta tiga lagi calon Bebas. Antara enam calon ni...sape la agaknya yang aku nak pangkah? Mulakan dengan Bismillah.


N. 25 - KAJANG

1. LEE BAN SENG (BN)
2. MOHD KHALID BIN KASSIM (BEBAS) - Gambar tiada
3. MOHAMAD BIN ISMAIL (BERJASA)
4. ONG YAN FOO (BEBAS) - Gambar tiada
5. IR. MOHD IWAN JEFRY BIN ABDUL MAJID (BEBAS)  
6. LEE CHIN CHEH (PKR)


Calon DUN Kajang
Kita tengok keputusan PRU12,..Penyandang tiada dalam senarai calon untuk PRU13 ni.. iaitu Cikgu Lee dari PKR 


Keputusan PRU12 N25 Kajang.
Jumlah Pengundi: 29,868
Peratusan Kaum: M:46.6% C:44.1% I:8.7% L:0.6% 
1. Lee Kim Sin (PKR) (13,220) 
2. Datin Paduka Low Lee Leng (BN) (9,952) 
Majoriti: 3,268
Jumlah undi: 23,732
Peratus mengundi: 79.46%
Undi rosak: 560
Penyandang: Low Lee Leng (BN)
(Majoriti: 2,773 undi) 


Parlimen Hulu Langat pula menyaksikan pertembungan di antara BN dn PAS. Mampukah PAS mempertahankan kerusi parlimen di Hulu Langat ni...jawapannya pada 5 Mei 2013.

P. 101 - HULU LANGAT
1. ADZHALIZA BINTI MOHD NOR (BN)
2. CHE ROSLI BIN CHE MAT (PAS) - Penyandang

Calon Hulu Langat


Keputusan PRU12 seperti di bawah dan Che Rosli Che Mat penyandang bagi Parlimen Hulu Langat ni.


Keputusan PRU 12 P101
Jumlah Pengundi: 90,319
Peratusan Kaum: M:52.68% C:36.15% I:10.55% L:0.83% 
1. Che Rosli Che Mat (Pas) (36,124) 
2. Datuk Markiman Kobiran (BN) (34,379) 
Majoriti: 1,745
Jumlah undi: 71,904
Peratus mengundi: 79.61%
Undi rosak: 1,401
Penyandang: Datuk Markiman Kobiran (BN)
(Majoriti: 22,777 undi) 

Jangan lupa kawan-kawan blog semua...mari kita beramai-ramai pergi mengundi. Satu undi anda memberi impak yang besar kepada negara. Rasanya dah ramai yang pulang ke kampung masing-masing untuk mengundi. 

9 comments:

  1. bismillahirrahmanirrahim..sy pilih mengundi :))

    ReplyDelete
  2. Salam noe,
    Org balik kmpng tp aby brada jauh dr kmpng. Pg td brtolak kluar.dh. Harap blh setel esok. Undi tk blh d tinggal.

    ReplyDelete
  3. QA's -> hehehe..tahniah sbb pilih mengundi :)

    Aby -> salam Aby ... aby berada kat mana?? kat pahang ke?? in sha Allah...sempat tu...harap semuanya beres cepat...satu undi tu amat bermakna

    ReplyDelete
  4. Saya mengundi di gombak... selamat mengundi noe... :D

    ReplyDelete
  5. Yg kakak tak suka adanya bebas tu Noe. Kacau jumlah undi aje. Kalau kita lihat mana dia ada kempen - sesaja aje kan...

    Rakyat kena peka muslihat ini..

    ReplyDelete
  6. mari mari kita buat pilihan yang terbaik ok

    ReplyDelete
  7. Nora -> gombak ..kuat PAS kt situ :)..selamat mengundi

    Kakzakie -> strategi tu kakzakie.. hehehe

    MystoryPic -> ya..buat pilihan yg terbaik..

    ReplyDelete
  8. Undi dengan bijak..
    moga semua nya berjalan dgn telus..:)

    ReplyDelete
  9. saya dah bereh mengundi hehhee

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh