Pages - Menu

Wednesday, April 23, 2014

9 Makanan Yang Tidak Perlu Letak Dalam Peti Ais

Assalamualaikum

Pernah tak kita terfikir...adakah benda-benda yang kita letak di dalam peti ais tu...boleh diletak di luar atau tak. Noe pun kadang-kadang sumbat je dalam peti ais tu. Kadang-kadang dah padat...sumbat kan juga.

Di sini noe senarai kan beberapa barang yang tak perlu diletakkan di dalam peti ais. Ini salah satu cara nak kurangkan kesesakan dalam peti ais :).

1. Kentang - Kentang boleh letak diluar tapi letakkan di dalam plastik.

Kentang


2. Roti - Ada ke kawan-kawan yang letak roti dalam peti ais. Roti kalau letak dalam peti ais, ianya akan cepat kering, bila dah kering tak sedap la dah. Letak jer di luar, tapi roti memang tak tahan lama. 

3. Bawang Merah - Bawang boleh letak di dalam bekas yang ada ruang angin (bekas yang jarang-jarang tu) dan jangan diletak bersama dengan kentang kerana ianya boleh merosakkan bawang.

Bawang


4. Bawang Putih - Bawang putih juga mesti diletakkan di dalam bekas yang ada ruang angin. Ianya boleh bertahan lama. Tapi bila bawang dah rasa lembik dan warna hitam..buang je la.

5. Tomato - Tomato mesti ramai yang letak di dalam peti ais kan. Noe pun macam tu juga. Selalu letak dalam peti ais. Tomato boleh letak di luar tapi jangan letak dalam plastik. Letak dalam beg kertas. Tapi tomato memang cepat masak dan lama-lama akan jadi lembik. So kena la cepat2 masak atau makan je terus. 

Tomato


6. Tembikai / Tembikai Susu - Buah tembikai yang tidak dipotong boleh letak di luar sahaja tapi bile sudah dipotong elok diletak dalam peti ais.

7. Buah Epal - Kalau buah epal yang segar atau baru dipetik (biasa ke kita petik buah epal?? hehehe), ianya bertahan lebih kurang 1 - 2 minggu bila letak di luar. Tapi kalau lebih dari itu elok letak dalam peti ais.

8. Sos Cili/Tomato - Sos ini boleh diletak di luar sahaja tanpa perlu di letakkan dalam peti ais. Ianya boleh bertahan lama. Tapi pastikan ianya bertutup rapat. Dulu noe biasa juga letak botol sos dalam peti ais.

9. Kicap - Mesti ramai yang letak kicap dalam peti ais kan .. Kicap boleh je diletakkan diluar tapi pastikan bertutup rapat. 

Sos dan Kicap tu dalam kategori makanan ke??? :)

45 comments:

  1. ofcoz dlm ketegori makanan sbb ianya wujud pn utk dimakan hehehe..
    nway bagus jg info2 ncm ni.. at least x ada lah padat peti ais kt rumah ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. noe cari info ni pun sbb peti ais tu dah padat sangat...hehehe :)

      Delete
  2. thanks for sharing this info...

    ReplyDelete
  3. yg kicap tu memng letak luar..cuma buah epalwajib ltak dlm peti..konon nakbg tahan lama.. ha..ha..
    great information sis.....digi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sama la ngan sis...letak je epal dalam tu...nk kasi tahan lama la kononnya... :) terima kasih sobri

      Delete
  4. sos/kicap..dulu aku letak dlm peti ais...sekrg tak lagi..letak kat luar sbb si rizqin suka main2 dgn botol2 tu..takut pecah jadinya aku letak kat luar je....tapi letak kat luar ada masalah lain pulak..cik lipas merayap2 kat botol hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha....x leh la aku nk tengok lipas tu...wajib bunuh bila tengok...kena letak tempat bertutup la kut...setiap kali guna..kena basuh dulu

      Delete
  5. kentang, tomato dan kicap memang Ros letak dalam peti ais.. konon nak bagi tahan lama. hihi. rupanya boleh je letak kat luar yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ros...boleh je letak kt luar...noe pun dulu letak juga dalam peti ais tu

      Delete
  6. Owh...baru ku tahu. Sumanya sumpat dalam freezer...ekekeke...Thanks for the info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita fiza...sumbat jer...hehehe...no prob fiza

      Delete
  7. knor semua sumbat dlm peti ais...

    bawang jer yg tak..bawang yg di kupas bahaya utk di mkn,jika simpan dlm peti ais..ia boleh mengeluarkan sejenis racun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe....sebelum ni pun noe sumbat gak Knor...
      ooo ye ke??? x tau la plak tu...

      Delete
  8. roti saya letak je dalam peti.
    kalau letak kat luar nanti semut yang makan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...roti letak je dalam bekas bertutup macam tupperware tu...

      Delete
  9. hahahaha... benda-benda yang tak tahan lama boleh la letak dalam peti ais... Peti ais saya penuh dengan makanan yang tak habis... untuk di panaskan balik keesokkannya... adui... kadang-kadang kalau malas nak panaskan, terbiar jer sampai tak boleh nak letak barang lain dah...pastu buang... sayang sungguh... sekarang dah paksa semua makan sampai habis... tak mau dah simpan dalam peti ais....haahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang la kita wafa...noe pun letak lebihan makanan dalam tu...sayang nak buang...tapi last2 buang jugak...hehehehe...noe skang ni...lebihan makanan maximum 2 hari je dalam tu....lepas 2 hari..noe buang jer... :)

      Delete
  10. Anonymous4:03 PM

    hehehe nak mudah kdg2 campak letak dalm peti ais juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...klu sesak mata kt luar...sumbat jugak dalam petia ais tu

      Delete
  11. jangan letak orang dalam peti ais dah ar heee

    ReplyDelete
  12. Semuanya ada dalam freezer kita Noe..he..he

    ReplyDelete
  13. Isi dua tabung petang Rabu...

    ReplyDelete
  14. org kita ni klu bley semua benda nak sumbat dlm peti ais kan.sy letak kentang,sos,kicap,tomato n epal dlm peti ais juga...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah...sbb nak tahan lama letak dalam peti ais...sudahnya sesak dalam tu... :)

      Delete
  15. no 5-9 mmg saya letak dalam peti :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah sesak..boleh je letak kat luar...

      Delete
  16. tapi dulu pernah simpan sos kat luar. last2 bila buka, dia MELETOP.. betol, dia meletup... x tau sebab apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmmm... x pernah plak kena...mungkin bahan2 yg digunakan...

      Delete
  17. singgah menabung sini.. :)

    ReplyDelete
  18. Yes...tomato mmg okje buh dlm peti ais....sebab menyemak je kat luar tu hehe...
    Tak pe lepas ni kalau dh penuh dalam peti ais tu, boleh jer buh luar...
    Kicap dulu letak dlm petiais....sekarang ni sebab dah tak muat letak jer luar!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...noe pun dulu sos/kicap/tomato...taruk dalam peti ais..sbb sesak sgt...tu yg letak luar jugak...

      Delete
  19. ada gak benda2 yg wajib letak dlm peti me terlupa letak.. pastu mencari la konon ingat letak kat dlm peti.. hehe

    hasilnya benda tuh dibuang jew la.. sudah rosak.. pelupa tahap gaban eks.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhahahaha....kuat tahap pelupa tu...

      Delete
  20. tomato memng kita letak dlm peti..

    okey sekrg boleh bg space kat peti..keluarkan tomato.
    yg lain2 memg kita x msuk peti. buah yg dah kopek br letak dlm peti..

    biskut pn kdg letak dlm peti, sebab mls nk but dlm tapurware.

    okey, jgn byngkn mcm mna rupa isi dlm peti kita..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha....noe pun x nak bayangkan...tau dah macam mana... :)

      Delete
  21. Anak saya pernah letak kicap kat freezer yg atas.. cari2 nam makan tak jumpa.. bila jumpa dah keras beku hehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...budak2 mmg suka letak di tempat beku...anak noe pun camtu gak...roti, epal..suka letak kt tempat beku tu... :)

      Delete
  22. seriously..awok ingatkan sebab ada effect apa2 kot kalo letak dalam peti ais..dan kendian kita guna utk masakan kita..... suspen awok baca tajuk entri mike ni cik noe.... rupanya sebab nak kurangkan sesak dalam peti ais..... kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tajuk kena la gempak...terkena yob yer...hehehehe

      Delete
  23. Assalammualaikum.. alya,

    mselim3 .. tu hari letak epal.. sekali kecut tak boleh makan. Nice sharing.. bagus elak kesesakkan kat dalam peti sejuk gak.. heheh

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Selim...
      hehehe...taruk dlm peti ais..mmg cepat jadi kecutnya...

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh