Assalamualaikum
Kerja Dari Rumah? Kawan-kawan pernah kerja dari rumah? Noe pernah kerja dari rumah, tapi bukan selalu la...bunyi macam bes je kan... sebab boleh kerja dari rumah. Bekerja dari rumah, di sini noe maksudkan di mana seseorang yang bekerja dengan sesebuah syarikat dan syarikat tersebut memberi kelonggaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah sepanjang masa atau pun masa-masa tertentu sahaja.
Sekarang ni memang terdapat syarikat yang memberi kelebihan kepada pekerja untuk bekerja dari rumah. Ada kebaikan dan keburukan bekerja dari rumah ini. Di sini noe senaraikan kebaikan dan keburukan bekerja dari rumah.
Kebaikan Kerja Dari Rumah
1. Jimat Kos
Majikan dan pekerja, kedua-duanya dapat menjimatkan kos. Bagi pihak majikan, apabila pekerja bekerja dari rumah, kos elektrik dan juga air dapat dijimatkan. Bagi pekerja pula, penjimatan dapat dilakukan dari segi kos pengangkutan atau kos tol. Di mana pekerja dapat menjimat minyak petrol dan juga tol, begitu juga dengan kos pergi balik kerja dengan menggunakan perkhidmatan awam
2. Jimat Masa
Sekiranya bekerja dari rumah, masa perjalanan dari rumah ke pejabat dapat dijimatkan. Bagi mereka yang bekerja di bandar-bandar besar masalah kesesakan jalan raya merupakan di antara masalah harian yang dihadapi oleh mereka.
3. Banyak Masa Dengan Keluarga
Bekerja dari rumah memberi peluang kepada pekerja untuk meluangkan masa yang lebih dengan keluarga terutamanya anak-anak. Pekerja tidak perlu keluar awal pagi untuk ke pejabat dan tidak perlu pulang lewat dari pejabat.
4. Dapat Melakukan Kerja Tambahan
Kerja tambahan di sini bermaksud, pekerja boleh menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah, sekaligus ianya menjamin keselamatan anak-anak. Disamping itu juga pekerja terutamanya pekerja wanita boleh menyediakan masakan untuk keluarga mereka.
5. Mengurangkan Tekanan Perasaan
Tekanan perasaan berlaku apabila pekerja memperuntukkan masa yang terlampau lama di atas jalan raya. Menghadapi kerenah-kerenah pemandu-pemandu lain yang kurang sabar dan juga masalah kesesakan lalu lintas. Masalah ini pada jangka masa panjang boleh memberi tekanan perasaan kepada pekerja sekaligus berisiko tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi
6. Belajar untuk mengurus masa dengan betul
Apabila bekerja dari rumah, untuk memastikan semua kerja diselesaikan, pekerja mesti tahu bagaimana untuk mengurus masa dengan betul. Kalau boleh ikut masa pejabat yang telah ditetapkan.
Keburukan Kerja Dari Rumah
1. Hilang Fokus Pada Kerja
Ini berlaku apabila pekerja memikirkan kerja-kerja rumah yang masih belum disiapkan. Apabila berada di rumah, kerja-kerja rumah yang sedia ada akan mempengaruhi fikiran pekerja. Ini sekaligus menyebabkan pekerja hilang tumpuan pada kerja yang patut mereka lakukan.
2. Tiada Suasana Kerja
Suasana bekerja di rumah dan suasana bekerja di pejabat, amat bekerja. Apabila di pejabat, di sekeliling kita adalah kawan-kawan yang bekerja dan masing-masing bercakap pasal kerja. Ini mempengaruhi mood pekerja untuk melakukan kerja mereka. Apabila di rumah suasana amat berbeza. Mood untuk bekerja juga akan berubah-ubah.
3. Sukar Mendapat Pertolonganan
Ini berlaku apabila pekerja menghadapi masalah dengan laptop mereka ataupun mempunyai masalah untuk menggunakan tele-conference. Pekerja yang mempunyai kemahiran IT, mungkin tiada masalah kepada mereka. Namun pada mereka yang kurang mahir, ianya memberi tekanan kepada mereka kerana mereka terpaksa mendapatkan pertolongan dari kawan-kawan atau dari helpdesk secara telefon ataupun membaik pulih sendiri. Ianya pasti mengambil masa yang agak lama.
Inilah antara kebaikan dan keburukan yang dapat noe fikirkan. Sekiranya kawan-kawan ada maklumat yang lain, boleh juga dikongsikan di sini.
setiap situasi ada kelebihan dan kelemahan.. tapi dalam kes ni macam lebih banyak kelebihan je.. hehhe
ReplyDeletetu la..sis rasa mcm byk kelebihan...hehehe...nk keje dari rumah selalu la tu :)
DeleteErmm memang ada kebaikan dan keburukan juga bila kerja dari rumah ni kan... tapi paling sy suka sbb akan ada banyak masa dengan anak2 & family...:)
ReplyDeleteaah atie...boleh selalu tengok anak...
DeleteMmg ada kebaikan & keburukannya kan.. ada rakan saya yg dulu kerja di pejabat tp boring & berhasrat bekerja sendiri di rumah. Bila dah bekerja di rumah, rindu pulak mood & suasana kerja di pejabat hahaa..
ReplyDeleteApa pun, klu pandapatannya lumayan, lebih seronok bekerja di rumah rasanya.. masa agak lebih fleksible.. :)
klu lebih lumayan...lebih baik keje sendiri n keje dr umah jer....masa pun boleh adjust sendiri...tapi mesti rindu kawan2 kat office.... :)
Delete3x digi.. :D
ReplyDeleteterima kasih khir
DeleteMemang betul Noe..ada kebaikan dari keburukannya. To me of course kita prefer proper office environment..lebih focus..
ReplyDeletebetul tu raudzah...klu byk keje office...noe lebih prefer pegi office juga... :)
Deleteiphone 5 di sini...
ReplyDeletethanks raudzah
DeleteBetul noe kawan okje pun ada....kalau tak silap setiap hari Khamis...tgk dia mcm seronok jer..
ReplyDeletehehehe...tu la..sekali sekala dpt keje dr umah mmg bess
DeleteSalam..em kat sini ada tak sape yg tau kije partime bkn meniaga ye..sbb tgh cari ni masih mencari..hehe . .kalu ada meh lh share ng sya email n Hp sye arshad9355@gmail.com
ReplyDeletebagi saya kena pandai agihkan masa... jangan terlalu telak bebanan kerja rumah itu sebagai satu keperluan utama.. kerana kita boleh aturkan apa kerja yang perlu dan diutamakan dulu...
ReplyDeletebest entry kak noe.....
ReplyDelete