Hari ini noe ingin berkongsi maklumat berkaitan dengan sebab utama perceraian. Data ini adalah hasil kajian Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
7 sebab utama perceraian adalah:-
1. Masalah Agama atau Budaya - Pasangan sering meninggalkan kewajipan terhadap agama, kurang pengetahun dan pendedahan agama
2. Seksual - Pasangan bersikap dingin, tiada kepelbagaian dalam seks dan tiada kepuasan seks
3. Pihak Ketiga - Pasangan mempunyai teman lain
4. Suami Atau Isteri Tidak Bertanggungjawab - Pasangan yang tidak bertanggungjawab, lupa pada keluarga, anak-anak. Pentingkan kerjaya melebihi keluarga.
5. Kesihatan - Pasangan yang kuah merokok, sakit tua, sering sakit, menghidap HIV/AIDS dan lumpuh
6. Isu Sosial/Akhlak - Pasangan suka berfoya-foya, kaki judi dan kaki mabuk
7. Ekonomi - Kegagalan dalam mentadbir urusan kewangan keluarga dan mempunyai banyak hutang
Sumber |
Rekod terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, kes perceraian yang didaftarkan di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia pada tahun 2013 adalah sebanyak 581,505 kes, dimana 544,804 kes berjaya diselesaikan dan selebihnya masih dalam proses.
Jenis Perceraian pula adalah seperti berikut:-
- Cerai Mengikut Seksyen 47 (lafaz cerai) - 16,865 kes
- Cerai Fasakh - 5,528 kes
- Cerai taklik - 2,111 kes
- Cerai khulu' atau tebus talak - 86 kes
- Cerai di luar mahkamah - 12,111 kes
Negeri Yang Mencatatkan Permohonan Perceraian Yang Tertinggi :-
1. Selangor
2. Johor
3. Kelantan
4. Wilayah Persekutuan
Negeri Yang Mencatatkan Permohonan Yang Terendah:-
1. Perlis
2. Melaka
3. Sarawak
1. Perlis
2. Melaka
3. Sarawak
Kumpulan umur yang mempunyai peratus perceraian tertinggi adalah kalangan yang berumur 35 tahun ke bawah.
Tempoh rumahtangga yang kerap berdepan kes perceraian adalah antara 1 - 6 tahun.
Bukan senang untuk mengekalkan hubungan suami isteri. Suami Isteri mestilah berusaha untuk mengatasi segala kekeruhan dan banyakkan komunikasi. Segala masalah, InsyaAllah ada cara penyelesaiannya.
sumber
gerun jika nak fikirkan.. setiap kita pasti akan menempuh cabaran dlm rumahtangga.. semoga kita kuat mempertahankan rumahtangga kita masing2..
ReplyDeletemmg gerun yana... InsyaAllah Ana...
Deletemacam2 punca ada, moga jauh dari musibah begini
ReplyDeleteanak-anak yang jadi mangsa keadaan
betul tu tihara...anak2 yg jadi mangsa...kesian kat mereka
Deleteinfo terbaik utk kita fikir2kan sama kan !
ReplyDeleteya KA... ..fikir2 kan la..
DeleteMeningkat ye..entah berapa byk klilh arash bergoyang..
ReplyDeleteaah Knor meningkat...mm tu la..
Deleteperkara halal.. tapi ALlah tak suka.. mintak2 dijauhkan le benda ni dari berlaku pada kita
ReplyDeletebetul tu Yob...mintak2 dijauhkan..
Deletemintak dijauhkan dlm rumah tangga kita
ReplyDeletetu la..harap sangat x kena pada kita
Deleteklu tidak ada penyesuai dalam perkahwinan,
ReplyDeleteitulah jalan terbaik utk keluar dari keazaban dunia perkahwinan ..
betul tu aby...kita berhak untuk mencari kebahagiaan..
Deletebaru perasan ..
ReplyDeletepnceraian akibat dari kena sepak terajang penampar pukol, tiada yer ...
nampak pasangan lebih rela bercerai kerana tidak puas sex dari kena sepak terajang ..
hu..hu..
hahaha...tp mmg ramai perempuan yg sanggup kena sepak terajang ... mungkin sbb anak atau takut hilang tempat bergantung...
Deleteallahuakbar.... gerun baca ni... moga Allah sentiasa pelihara saya dan suami serta pembaca2 blog noe ni dari menambahkan jumlah kes ini... Allah... :(
ReplyDeleteInsyaAllah...moga kita semua dilindungi olehNYA dan dijauhi dari kes2 seperti ini...
Deletebanyak puncanya.. takut bila dengar hari2 ada je kan kes..
ReplyDeletetul tu ros...mcm2 masalah org
DeleteInfo yg baik sbg peringatan... semoga dijauhkanlah kita semua dari keburukan... aamiin..
ReplyDeleteAminnn :)
DeleteMintak dijauhkan...moga kita kekal bahagia hingga akhir hayat....
ReplyDeleteInsyaAllah raudzah...sama2 kita berusaha utk kekalkannya
DeleteAssalamualaikum Noe,
ReplyDeleteStatistik yg dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman syariah agak mengejutkan.sebab..carian di laman web rata2 mengatakan jumlah kes lbh kurg 45 ribu kes setahun. Dan statisstik diatas adalhh jauh lebih besar.. setengah juta/ratusan ribu kes.
Waalaikumussalam..
Deleteterdapat kesilapan sedikit...rekod yang 500 ribu lebih tu yang didaftarkan sahaja di mahkamah syariah...
Sis, dimana sis dapatkan nilai statistik ni? saya perlukan sumber bagi rujukan kajian.. terima kasih
Deleteya allah..
ReplyDeletetabahkan hati mereka.. tabahkan hati kami yang berkeluarga
rumah mana yang tidak dilanda ombak
berdoa.. baiki kelemahan diri sendiri..
dan jangan cari kesilapan pasangan.
Amin...insyaAllah Azlina..banyak2 kita berdoa padaNYA agar perkahwinan yang didirikan kekal hingga ke akhir hayat...dan semoga diberi ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi segala cabaran..
Deleteassalamualaikum....macam mana saya boleh dapatkan statistik penceraian yang terbaru?
ReplyDelete