Sebenarnya noe telah di tag oleh Khir, kawan di alam maya untuk menyertai segmen Liebster Award. Apa la benda alah Liebster Award ni?? Kalau sesiapa yang masih blur pasal benda alah ni...boleh layati di SINI
Soalan-soalan yang diberi oleh Khir untuk noe jawab, adalah seperti di bawah ni:-
1. Berikan sedikit pengenalan tentang diri anda.
Seorang perempuan, wanita, isteri, umi dan masih bekerja..dah dekat nak separuh abad wehhhh...
2. Apakah warna kesukaan anda?
Rasanya macam hijau...kadang-kadang suka jugak putih, ungu
3. Apakah makanan kegemaran anda?
Makanan yang sedap jer...tak sedap..reject...buat masa skang ni suka sangat nak makan ayam penyet, soto dan spaghetti sup.
4. Bilakah waktu yang anda rasakan seronok dan sesuai untuk anda berblogging?
Waktu malam..sebab masa tu tak ada sape nak kacau...lepas subuh pun bes...masa tu otak tengah fresh
5. Apakah sukan kegemaran anda?
Macam-macam sukan suka, bowling, badminton, netball, jogging, pingpong...rasanya noe mmg jenis suka sukan...hampir semua sukan suka... :)
6. Apakah yang anda pernah lakukan bila mengantuk yang tak tertahan ketika dalam mesyuarat, kursus atau seminar yang anda sertai?
Tersengguk-sengguk tidur :) ... minum air panas (kalau ada la)...
7. Apakah rancangan televisyen dan filem yang anda gemari?
CSI, Covert Affairs & sports channel, filem pulak...suka Italian Job, Transformers, Lord of the ring & zombi kampung pisang
8. Dimanakah tempat yang paling suka anda lawati di Malaysia?
Masih banyak tempat kat Malaysia yang noe tak jelajah lagi...so tak leh nak decide mana yang paling suka...tapi suka pegi tempat2 tepi pantai
9. Manakah negara pilihan yang paling anda suka untuk dilawati selain Malaysia?
New Zealand & Iceland
10. Siapakah aku berdasarkan pengetahuan anda sendiri?
Seorang bapa dan suami dan juga seorang aktivis sosial yang aktif
11. Pendapat anda tentang blog aku ini?
Blog yang dah ramai peminat setia dan banyak berkongsi cerita tentang aktiviti2 sosial yang dilakukan. Banyak mengeluarkan pendapat yang amat bernas dan cara tulisan juga berbentuk ilmiah dan teratur. Blog pun kemas dan tak serabut nak baca.
Dah selesai pun jawab soalan. Sekarang ni nak tag kawan-kawan pulak, noe main tag je ni. Kawan-kawan yang tak tag tu boleh je join.
1. Fiza Rahman
11 soalan-soalan noe pulak:-
1. Serba ringkas tentang diri anda
3. Di negeri mana anda tinggal?
2. Kenapa anda suka jadi blogger?
3. Kisah yang anda suka baca bila masuk blog2 orang lain.
4. Pengalaman paling manis masa di sekolah.
5. Pengalaman paling pahit masa di sekolah.
6. Permainan masa anda kecil (masa sekolah rendah ler)
7. Pada usia berapa, anda mula bercintun?
8. Bahasa negeri mana yang anda paling suka dengar?
9. Genre muzik yang anda suka.
10. Siapa agaknya noe ni?
11. Pendapat anda tentang blog noe ni, jujur tau.
Sesiapa yang dah join, bolehlah la tinggalkan komen dan yang nak jawab soalan2 noe tu pun dialu-alukan.. terima kasih semua.
1. Serba ringkas tentang diri anda
3. Di negeri mana anda tinggal?
2. Kenapa anda suka jadi blogger?
3. Kisah yang anda suka baca bila masuk blog2 orang lain.
4. Pengalaman paling manis masa di sekolah.
5. Pengalaman paling pahit masa di sekolah.
6. Permainan masa anda kecil (masa sekolah rendah ler)
7. Pada usia berapa, anda mula bercintun?
8. Bahasa negeri mana yang anda paling suka dengar?
9. Genre muzik yang anda suka.
10. Siapa agaknya noe ni?
11. Pendapat anda tentang blog noe ni, jujur tau.
Sesiapa yang dah join, bolehlah la tinggalkan komen dan yang nak jawab soalan2 noe tu pun dialu-alukan.. terima kasih semua.
Hehee.. t kasih Noe sudi menjawab soalan2 tu.. seronok pulak baca. Rasanya, saya kena panggil kak Noe baru lebih sopan & mesra kan? Semoga silaturrahim terjalin dgn lebih akrab & diberkati. Slmt bersegmen & salam ceria selalu buat kak Noe sekeluarga.. :) :)
ReplyDeletetak kisah la nak panggil apa khir...janji mesra alam..hehe..Insyaallah..terima kasih khir & salam ceria buat khir sekeluarga juga... :)
Deletesalam noe ..
ReplyDeletemembaca jawapan noe ..
lucu juga bila tang ayam penyek tu ..
sama la dengan aby ..
sejak kenal ayam penyek tu ..
nasi ayam dah kurang minat ..
sebaliknya jadi pengemar ayam penyek ..
apapun selamat bersegmen
salam aby...
Deleteaah aby...sejak kenal ayam penyet...asyik nak pekena ayam penyet je...walaupun kadang2 rasa bengkak bibir sebab pedas sangat...
terima kasih aby...
Uhuuu... Ada nama kat situ :-) in sha Allah.. Timekasi tag ;-)
ReplyDeletehehehe...sama2 Nurul...
DeleteGood luck Noe... sy pun dah kena tag segmen ni..tapi tak ikut lagi lah...:)
ReplyDeleteThanks Atie...ooo selamat bersegmen tuk atie jugak
DeleteSalam hujung minggu sis..he..he.
ReplyDeletethanks raudzah.. :)
Delete2 X darlie for you...
ReplyDeleteThanks again...luv u lah.. :)
Deletehee macam best jer.nanti saya buat tguu free ni tengah buat draf entri lain ..
ReplyDeleteoret..no hal suri :)
Deletecik noe... nanti awok buat entri ye... sekarang ni agak bz...... maap la ye.... curi2 masa je ni...
ReplyDeleteits ok yob...setel kan keje tu dulu k
Deleteseronok baca..
ReplyDeletehehehehe
Deletethanks sudi tag. tapi saya dah buat dah entri liebster award ni.. malas plak rasanya nk buat 2 entri yg sama. so, saya jawab kat sini je lah yer.. hehehe
ReplyDelete1. Serba ringkas tentang diri anda
seorang anak sulung dari 4 adik beradik sebelah mak, dan anak kelapan dari 11 adik beradik sebelah bapa dan merupakan student farmasi di usm penang.
3. Di negeri mana anda tinggal?
penang
2. Kenapa anda suka jadi blogger?
entahla.. sekadar nk luahkan sesuatu, x kira sekadar luahan peraaan, atau luahan berkenaan sesuatu isu.
3. Kisah yang anda suka baca bila masuk blog2 orang lain.
macam2. kisah seorang pelajar, kisah seorang emak tentang anak2 mereka, dll...
4. Pengalaman paling manis masa di sekolah.
hmm.. banyak jugak pengalaman tu. antaranya berjaya mewakili sekolah dan mewakili negeri dalam pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan..
5. Pengalaman paling pahit masa di sekolah.
hmm.. banyak jugak. antaranya, kalah dalam pertandingan bahas ala parlimen peringkat negeri.
6. Permainan masa anda kecil (masa sekolah rendah ler)
satu seremban, gasing, tudung botol,
7. Pada usia berapa, anda mula bercintun?
bercintun tu, yg macam mana? ada banyak jenis. hehehe.. pertama kali timbul perasaan suka kat seseorang masa darjah 6, tapi smpai sekarang x pernah lagi berpasangan dengan sapa2. just crush gitu je la..
8. Bahasa negeri mana yang anda paling suka dengar?
nismilan, dengan sabah.
9. Genre muzik yang anda suka.
macam2. tapi bukanla seorang peminat muzik sangat. cuma dah dulu skolah agama, so, kebanyakan lagu yg saya tau, cuma lagu nasyid je la. pernah menjadi wakil sekolah, matrikulasi, dan universiti dalam pertandingan nasyid.
10. Siapa agaknya noe ni?
entah. "noe idea".. hehehehe.. dulu masa mula2 kenal, igtkan lelaki... hehehehe..
11. Pendapat anda tentang blog noe ni, jujur tau.
blog yg bagi saya agak gempak sebab siap ada iklan google adsense. penampilan blog simple, tapi bagi saya, bab kekemasan dan susun atur widget boleh dipertingkatkan lagi.. :)
terima kasih pha is sbb sudi jawab soalan2 tu...hehe..kiranya pha is terror gak erk...sbb siap masuk bahas peringkat negeri lagi...terror kawad jugak...ok...terima kasih Pha is atas komen yg jujur...really appreciate it...
Deletesama2.. :)
Deletesalam sis neo..tag for tag ini jawapan saya he..he..
ReplyDeletehttp://akusobriyaacob.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-sis-neo.html
salam sobri...terima kasih sobri sbb sudi join...
DeleteThanks noe. Nnt kita buat erk. Byk juga task tu,,,hehehe....
ReplyDeleteSalam Noe.. baru selesai tag untuk posting ni :)
ReplyDeletehttp://nurulhidayahdiary.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-noe-suhaimi.html
sori.. lambat skit :D