Pages - Menu

Sunday, July 06, 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Bulan Ramadhan muncul kembali dan kemeriahannya sudah mula terasa. Seperti tahun-tahun yang lepas, sudah pasti kita tercari-cari di mana tempat menarik untuk kita berbuka puasa. Terdapat banyak hotel yang berlumba-lumba menawarkan promosi sempena bulan Ramadhan ini. Setiap tahun berbuka puasa di buffet yang disediakan di hotel pasti membosankan. Anda inginkan kelainan? Inginkan suasana yang lebih santai dan bersekitaran di dalam taman? Casa Ombak pasti tidak akan mengecewakan anda

Casa Ombak merupakan sebuah banglo yang diubahsuai menjadi tempat untuk menjamu selera. Terletak di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur menjadikan ianya tempat yang strategik untuk para warga kota menjamu selera dalam suasana yang berbeza. 



Buffet Ramadhan Casa Ombak


Pada tahun ini, Casa Ombak diuruskan oleh Ombak Creative iaitu sebuah syarikat yang bernaung di bawah Casa Ombak Sdn BhdSyarikat ini mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam menyediakan perkhidmatan perancang perkahwinan dan juga mengendalikan acara-acara korporat dan persendirian

Dengan bermotokan "Your True Experience" dan dengan sentuhan ahli pasukan yang berpengalaman, mereka mampu untuk memberi kelainan dalam setiap majlis yang dikendalikan malah mampu memberi sentuhan eksklusif dengan mengikut bajet yang anda sediakan. Dengan kemampuan yang mereka miliki, sudah pasti Buffet Ramadhan Casa Ombak ini memberikan kelainan kepada kita semua. 

Promosi Sempena Bulan Ramadhan


Sempena bulan Ramadhan ini, Ombak Creative menyediakan hidangan buffet di Casa Ombak. Dengan berkonsepkan buffet stall terbuka dan dalam suasana ala garden dan santai, pelbagai juadah menarik akan disediakan. 


Buffet Ramadhan Casa Ombak

Disamping itu terdapat juga chef yang mengendalikan instant cook stall corner dimana sudah pasti masakan panas akan dihasilkan di sini. Kepada penggemar masakan kampung, tempat ini memang akan memenuhi citarasa anda kerana ianya berkonsepkan hidangan kampung. Sudah pasti sambal belacan, ulam-ulaman, Nasi Kerabu dan pelbagai juadah kampung terbayang-bayang di mata anda ketika ini. Anda pasti tidak sabar untuk mencuba masakan di sini. 

Buffet Ramadhan Casa Ombak



Kemudahan Yang Disediakan

Dalam kita teruja untuk menjamu juadah yang disediakan dan dalam kegembiraan kita bersama teman-teman dan kaum keluarga, jangan kita lupa pada kewajipan kita kepada Allah SWT. 

Di Casa Ombak ini disediakan surau untuk kemudahan para pengunjung menunaikan solat. Muslimin dan Muslimat boleh mengerjakan solat berjemaah atau bersendirian di sini. 


Harga Yang Berpatutan

Kepada mereka yang berminat untuk mengunjungi Buffet Ramadhan Casa Ombak ini, harga yang dikenakan memang amat berpatutan. Harga yang dikenakan adalah seperti di bawah:-
  • Dewasa : RM55.00/net
  • Kanak-kanak : RM27.00/net (5-12 tahun)

Buffet Ramadhan Casa Ombak


Cara Membuat Tempahan

Tempahan terbuka kepada semua dan ianya boleh dibuat secara persendirian, berkumpulan, bersama keluarga atau menerusi syarikat. Sesiapa yang berminat dialu-alukan untuk membuat tempahan lebih awal. Sekiranya tempahan dilakukan di minit-minit akhir, berkemungkinan meja telah penuh dan tempahan telah ditutup. Bagi mengelak situasi ini berlaku, rancang dan tempah lebih awal. 


Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi terus nombor-nombor yang tertera di bawah atau menghubungi menerusi aplikasi Whatsapp:-


Tel : 03 21818750

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062

Tempahan juga boleh dilakukan menerusi Facebook di Ombak Creative



Lokasi Dan Peta Casa Ombak


Lokasi dan peta Casa Ombak seperti di bawah. Untuk lokasi menerusi google maps, boleh klik gambar di bawah.


Buffet Ramadhan Casa Ombak




Apa ditunggu lagi, Hubungi segera Casa Ombak untuk membuat tempahan. Bagi anda yang berminat untuk mendapat perkhidmatan Ombak Creative, boleh melayari laman web mereka di http://www.ombakcreatives.com/.

23 comments:

  1. berpatutan jgk harga nya tu..:D

    ReplyDelete
  2. Thanks sharing k.noe ^^

    ReplyDelete
  3. Menarik juga utk d cuna kan nOe harga pun agak berpatutan tp bg Jm yg stay jauh dari kl x sesuai lah rasanya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah JM...klu ada kt sini...mmg leh cuba...luar KL pun byk gak menu menarik kan

      Delete
  4. Berbaloi untuk mencuba Buffet Ramadhan Casa Ombak kerana harganya memang berpatutan.

    ReplyDelete
  5. Slalu lalu di kawasan tu. Mmg kena singgah nnti.. all the best sis Noe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...tkkan lalu lalang je Khir :)

      Delete
  6. salam ramadhan yee., ehHHeee

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan dan semoga berjaya dalam kontest ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan Hero...terima kasih :)

      Delete
  8. Salam Ramadhan dan semoga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramdhan Kamil...terima kasih.. :)

      Delete
  9. Femes tempat nikan Noe...tempat artis gitu....harga dia pun nampaknya berpatutan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...bab harga tu...kena pergi tu OKje..

      Delete
  10. dkt je dgn umah sy ni

    ReplyDelete
  11. titan7:26 PM

    ehmm..

    agak-agak, diorang ada hidang tak cendol kat sana?

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh