Malam tadi call mak di kampung...rindunya rasa nak jumpa mak. Last jumpa mak masa hari pertama puasa..bersahur dan berbuka puasa dengan mak.
Bila telefon mak macam-macam cerita la keluar. Cerita pasal rumah yang sedang direnovate, cerita tentang contractor, cerita tentang menu berbuka puasa, cerita tentang menantu baru :), cerita tentang cucu mak yang dah nak pulang ke tanahair, tentang cucu-cucu mak di Yaman, macam-macam cerita..termasuk lah cerita tentang kerisauan mak tentang Abang noe yang nak pergi ke Palestin. Mak cakap dengan situasi Palestin sekarang mak risau nak melepaskan Abang ke sana. Mak tak kasi Abang pergi. Ye la..mak mana yang tak risau. Dah la anak lelaki sulung.
Itu hari Abang cakap, lagi 2 minggu nak ke Palestin. Abang pergi ke sana bersama-sama dengan wartawan dari RTM dan juga wartawan Astro. Kalau ikutkan 2 minggu tu...rasanya bila-bila masa je Abang nak pergi. Tak tau la jadi ke tidak. Harap-harap tak jadi lah...kalau jadi pergi, mak kat sini mesti risau yang amat..mesti tak tenteram hati dia. Kesian Mak.
Rakyat Palestin diuji lagi...bilakah semua ini akan berakhir? Apa yang mampu kita buat? Wang ringgit dan doa sahaja yang mampu kita berikan. Semoga mereka semua terus tabah dan terus kuat menentang segala kezaliman.
Gambar-gambar yang dikongsi di dalam FB.
Betul tu noe. Hati ibu mana yg tak risau kan. Tak sanggup nak tgk gambar2 saudara2 kita di sana. Smoga mereka sentiasa dibawah lindunganNYA.
ReplyDeleteAbg k.noe tu kire wakil malaysia ye yang nak buat tinjauan sane? Sana tgh huru hara. Kesian kat kanak2 yg tak bersalah tu. Dahlah comel2 belaka. :'( Pray for Palestine.
ReplyDeletememang hati seorg Ibu kan..risau nak melepas kan abg Noe tu..klu situasi mengizin kan takpe jgk..cuma skrg ni Palestin bergolak lagi..ya Allah mmg sedih tgk di media2.. kanak2 tak berdosa di bunuh.. moga Gaza akan mendapat kemenangan.. moga Allah mendengar doa kita semua..amin!
ReplyDeleteya allah...x sanggup nk tgk
ReplyDeletekesian sgt tgk keadaan dorang kat sana kan noe. abg noe jadi pegi ke? kalau pegi...saya doakan dia selamat pegi dan pulang..:)
ReplyDeletehati ibu mana yang tak risau kann??? #prayforgaza .... semoga Allah membantu dan melindungi mereka....
ReplyDeleteAbg Noe wartawan jgk ke?mesti ibu Noe risau betull
ReplyDeleteBesar sangat dugaan Allah untuk dia orangkan Noe...tak boleh bayangkan kalau kita berada ditempat mereka...
ReplyDeleteBluebirds aje yang ada..lain kali ya...
ReplyDeleteSyabas Noe punya ahli keluarga yg mahu turun padang berjihad tu Noe. Kakak tak tahu nak kata apa sampai tetiba air panas mengalir dari pelupuk mata kakak tau. Salam kakak buat abang Noe moga Allah beri perlindungan. Dia hamba Allah terpilih.
ReplyDeleteCuma kakak tahu sebagai mak manalah tak sedih dgn pergolakan yg semua org tahu.
Doa..doa..dan teruskan doa itu yg kita mampu. Qunut Nazilah tiap kali solat jgn lupa.
X sanggup tgk mujahid kecil yg x berdosa ni. Sayu rasa hati. Moga abg akk selamat pergi dan kembali dan urusannya dipermudahkan. Amen.
ReplyDeleteIbu mana yg sanggup lepaskan anak pegi ke tempat mcm tu mesti x sanggup dlm keadaan huru hara skrg. Ya allah bantulah rakyat palestin jgn biar mereka d serang lg sedih melihat kanak2 x berdosa tu cedera
ReplyDeleteBetul Noe...mak mana yg tak risau .....bukan senang nak beranak keluar budak tau.....hehe...Apa apa pun moga segalanya dipermudahkan dan abg Noe dilindungi...
ReplyDeleteAllahuakbar... dugaan yg amat besar buat mereka...
ReplyDelete