Malaysia menduduki ranking ke 3 selepas Panama dan Ecuador dan merupakan negara terbaik untuk bersara di Asia sekarang ini. Dengan hanya $1,700 sebulan, pasangan boleh hidup dengan selesa di Malaysia. Suhu purata pula adalah 82 F sepanjang tahun dan terdapat beberapa pantai terbaik dunia di sini. Di sini juga terdapat kawasan peranginan yang sejuk dan pulau-pulau yang cantik.
Di sini juga terdapat hospital-hospital yang terkemuka dan kos yang dikenakan adalah amat berpatutan. Doktor-doktor di sini mahir berbahasa Inggeris dan ramai yang berkelulusan dari US / UK. Infrastruktur di sini juga amat baik begitu juga dengan internet berkelajuan tinggi.
Di Malaysia juga terdapat Program Malaysia Rumah Kedua ku yang mana program ini membolehkan warga asing untuk tinggal di Malaysia pada pas lawatan sosial selama 10 tahun dan boleh diperbaharui untuk 10 tahun lagi apabila tamat tempoh. Pembelian harta di sini juga amat mudah berbanding dengan negara lain di rantau ini.
Kepelbagaian bangsa yang terdapat di Malaysia menyebabkan Malaysia begitu unik dan di sini mewah dengan pelbagai jenis makanan dan budaya. Bahasa Inggeris juga banyak digunakan di sini, walaupun Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sini, Inilah antara sebab mengapa Malaysia dipilih di antara 9 negara terbaik di dunia untuk persaraan.
Di bawah ini adalah senarai 9 negara terbaik di dunia untuk persaraan.
1. Panama - Markah: 91.2 |
3. Malaysia - Markah: 88.5 |
4. Costa Rica - Markah: 86.8 |
5. Spain - Markah: 85.8 |
6. Colombia - Markah: 84.2 |
6. Mexico - Markah: 84.2 |
7. Malta - Markah: 84.1 |
8. Uruguay - Markah: 83.7 |
9. Thailand - Markah: 83.5 |
salam noe ..
ReplyDeletesentiasa bersyukur dgn apa yg dinikmati dinegara kita ..
dapat juga perhatian dari Badan2 diluar tu yer ..
Salam aby...
Deletebetul tu aby..bersyukur sangat...aah aby..dah glemer malaysia ni :)
no 10 x de ke? ;-)
ReplyDeleteSempoi juga klu bersara duduk Costa Rica tu... tak taulah kenapa best.. cuma mcm best je rasanya.. :D
ReplyDeletebanyak juga amerika latin.. kena belajar ckp spanish ni. hehee
ReplyDeletebetul ke..mmg malaysia ni sempoi je kan
ReplyDeleteSalan perkenalan...
ReplyDeleteYe betul...bapa sy dh 15 thn pencen kerajaan...mmg rilekkk jer...
Btw folower #287..
bangga jap.. hehehe
ReplyDeleteSalam Noe.. makin ramai la nampaknya penduduk malaysia lepas ni, international lagi.. huhuuu
ReplyDeleteTempat ketiga tu.. mmg hebat Malaysia.. :D
ReplyDeleteLepas nie berjiran dengan bangsa asing la huhuhuu.. :D
Alhamdulillah..
ReplyDeleteduduk Malaysia gak yang best ye tak..hehe
ReplyDeletemsia tempatt ke 3..daebak! i love msia
ReplyDelete