...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, January 07, 2015

Banjir Di Kuala Kangsar Perak

Banjir Di Kuala Kangsar Perak


Taman Permainan

Minggu lepas noe balik ke kampung dan berkesempatan pergi ke melihat keadaan banjir di Taman Permainan Kanak-Kanak di Kuala Kangsar, Perak. Semasa noe pergi memang banjir sudah surut. Tapi air Sungai Perak masih bergerak dengan derasnya. Kawasan Lembah pun masih lagi digenangi air.

Banjir di Kuala Kangsar

Noe ada juga pergi ke kawasan Lintang dan Lasah Sungai Siput, walaupun sudah surut tapi kesannya masih kelihatan (lupa nak ambil gambar). Banjir di Perak memang tidak seteruk di Kelantan dan Terengganu, namun pada mereka yang kali pertama mengalami situasai ini, pastinya memberi pengalaman yang mungkin tidak akan dilupakan. 

Kuala Kangsar Perak

Kepada semua mangsa banjir, semoga mereka semua terus tabah menghadapi ujian yang amat besar ini. Allah menguji kita semua. Sama-sama kita hulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa2 banjir ini.   

Kuala Kangsar Perak

Kuala Kangsar Perak

Kuala Kangsar Perak

Kuala Kangsar Perak

Kuala Kangsar perak

Kuala Kangsar Perak

10 comments:

  1. Assalamualaikum noe
    lma tk dgr cerita..
    yelh semoga ada hikmah di sblik banjir. kli pertama agak peritlh noe, bg yg dh biasa tu, bersangka baiklh dgn Pencipta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...aah...mmg noe agak menyepi sekarang ni...
      kalau belah pantai timur mungkin diaorg dah biasa...siap diaorg kata macam pesta...tp bila dah teruk macam ni...mmg menakutkan.....tul tu..kena bersangka baik...pasti ada hikmah disebalik apa yg terjadi..

      Delete
  2. Semoga Allah sentiasa memberi ketabahan serta perlindungan sebaiknya kpd semua mangsa2 banjir. Semoga dilancarkan segala usaha membaikpulih di tempat2 yg telah surut... aamiin.
    Salam ceria 2015 buat sis sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn...semoga kerajaan negeri dan kerajaan pusat sama2 berganding bahu membantu mangsa2 yg terlibat...

      Salam ceria 2015 untuk khir sekeluarga juga...

      Delete
  3. Seumur hidup kakak yg dah tua ni pun tak pernah jumpa banjir Noe. Termasuklah anak kakak juga. Tapi tahun ini anak sulung kakak di T'ganu (dia belajar sana) pengalaman pertama sampai tak makan sehari sebab terputus bekalan makanan. Nasib di asrama dia duduk tingkat 2 - makan biskut dgn air kotak.

    Bila tengok gambar yg Noe captured tu cantik pulak walau ianya adalah musibah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. noe pun tak pernah alami banjir ni kak zakie...tu sebab sekali tengok air sungai laju macam tu ...takut yang amat rasanya...
      Pengalaman berguna untuk anak kak zakie tu...nasib baik masih ada biskut dan air kotak...

      itu kawasan taman permainan..pokok2 yg besar tu menampakkan cantik tu...

      Delete
  4. Kejadian banjir yg teruk kali ni kan Noe.. bukan setakat di Kelantan.. negeri2 yg sungai besar semua naik air kan jadi banjir.. semoga ada hikmah disebaliknya Noe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak yatie...kawasan x pernah kena banjir pun kena jugak...tul tu kak yatie...moga ada hikmah disebalik apa yg berlaku...

      Delete
  5. bagaiman keadaan banjir di sana skrg..harap2 dah surut seperti di kelantan yek

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena