Pages - Menu

Monday, January 26, 2015

Pelumba Malaysia di Moto2 Dan Moto3

Moto2 Dan Moto3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Perlumbaan Motogp untuk 2015 hanya akan bermula pada bulan Mac 2015, namun demikian senarai pelumba untuk 2015 telah lama dikeluarkan. Pada tahun ini terdapat 3 pelumba Malaysia yang terlibat. 2 pelumba akan berlumba untuk Moto2 dan seorang pelumba untuk Moto3. Ianya tidak seperti tahun lepas yang mana terdapat 4 pelumba Malaysia yang berlumba secara sepenuh masa. Hafiq Azmi mewakili SIC-Ajo tahun lepas tidak tersenarai di dalam pelumba Moto3 untuk tahun ini.

Pelumba Malaysia bagi Moto3 ialah Zulfahmi Khairuddin yang mana tahun ini akan mewakili pasukan Sepang International Circuit. Zulfahmi yang menggunakan nombor 63 dan lahir pada tahun 1991 akan menggunakn mesin KTM.


Manakala bagi Moto2, 2 pelumba Malaysia yang akan berluma ialah  Hafizh Syahrin yang mewakili Petronas Raceline Malaysia dan Azlan Shah yang akan mewakili pasukan Idetmitsu Honda Team Asia. Hafizh yang menggunakan nombor 55 dan Azlan dengan nombor 25 akan menunggang mesin kalex.



Semoga tahun ini pelumba Malaysia akan memberi cabaran yang lebih hebat kepada pelumba2 yang lain. Diharapkan juga agar kegemilangan Zulfahmi pada tahun 2012 akan berulang tahun ini. Semoga mereka berjaya. Bila agaknya ada pelumba Malaysia untuk Motogp?


10 comments:

  1. nani memang tak layan sangatlah sukan sukan ni. hahahah :P
    jom join segmen saya akak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...ok insyaAllah nani...nanti akak join

      Delete
  2. Peminat moto GP ke alyadina?

    ReplyDelete
  3. ha ah tak kenal noe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... x per .. utk info knor jer :)

      Delete
  4. Kacak2 belaka. Ade nombor diorg tak kak noe? Hihi. Aminnnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kacak...zulfahmi n hafizh tu single lg ana...leh try...hehehehe...yg azlan tu jangan dikacau...

      malangnya akak x ada la...hehehe

      Delete
  5. So banyak banyakkan lah praktis bawak motor tu. Kalau menang kan harum nama negara kita ni

    ReplyDelete
  6. Lama tak tengok lumba moto nie...

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh