Pages - Menu

Monday, October 12, 2015

Pentingnya Menjaga Anak Gadis Kita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari sabtu lepas noe menghadiri majlis ilmu anjuran kaum muslimat di taman yang noe tinggal ni. Aktif juga rakan2 muslimat di taman ni. Setiap sabtu dan ahad ada mengaji Al-Quran selepas solat subuh. Petang sabtu ada majlis ilmu di mana terdapat seorang Ustazah yang akan mengajar. Di samping itu terdapat juga kelas2 lain seperti kelas buat kuih muih, kelas senamrobik. Bacaan Yassin pun ada juga. Bagus juga buat aktiviti2 sebegini, dapat la juga kenal jiran2 dan eratkan silaturrahim sesama jiran. Kalau tak, jiran sebelah rumah pun tak tau nama...

Dalam majlis ilmu yang noe hadiri sabtu lepas, kami dikehendaki untuk cuba menghafaz Surah Yassin. Jadi untuk permulaan hafaz 12 ayat dahulu...sebelum tu Ustazah minta hafaz 3 ayat jer...selepas habis bab Yassin...Ustazah ingin membincangkan tentang perkara yang amat penting yang berlaku pada zaman sekarang ini.

Pentingnya menjaga anak-anak gadis kita. Pada masa ini terlampau ramai anak-anak gadis yang mengandung anak luar nikah,,baru-baru ini kita digemparkan dengan budak yang berumur 10 tahun mengandung anak luar nikah. Teringat noe masa noe berumur 10 tahun...sibuk dengan main jer...siang petang pagi petang main...pergi sekolah pun ..ada main jugak. Tapi zaman sudah berubah. Teknologi yang banyak memberi kebaikan kepada kita semua...juga memberi keburukan kepada kita.

Ustazah terpanggil untuk membincangkan tajuk ini kerana terdapat anak muridnya yang juga seorang doktor,..ingin meminta pendapat Ustazah tentang bagaimana ingin bercakap dengan 30 orang anak-anak gadis yang sedang mengandungkan anak luar nikah. Ada yang mengandung hasil dari perbuatan bapa kandung sendiri (zalimnya ..). 30 orang yang kita dengar...realiti nya di luar sana..lebih ramai dari itu. Tidak mustahil ianya boleh berlaku pada anak-anak gadis kita. Ini memang amat menakutkan. Apa yang harus kita lakukan untuk melindungi anak-anak gadis kita? 

Ustazah meminta agar kita banyakkan berdoa, jangan berhenti berdoa dan yakin dengan doa kita. Ajar anak-anak gadis kita menutup aurat dengan cara yang betul sejak dari kecil. Mereka ini suci bersih...kita yang membentuk mereka. Jangan bila dah dewasa baru nak suruh tutup aurat....takut dah terlambat. 

Ajar mereka mengaji sejak dari kecil dan jadikan amalan mengaji  sebagai amalan harian. Untuk membolehkan mereka berbuat sedemikian, kita hendaklah menjadi contoh terbaik untuk mereka. Jangan kita leka dengan segala gadjet yang ada masa kini. Baca dan belajar lah Al-Quran.

Kalau sayangkan anak-anak kita, fikirkan apa yang berlaku pada anak-anak kita di masa akan datang akibat dari tindakan kita pada masa kini. Jangan biarkan mereka leka dengan gadjet2 dan TV. Ianya banyak memberi keburukan dari kebaikan. Terdapat banyak pembaziran masa akibat dari gadjet dan TV. Anak-anak kita adalah aset yang paling berharga. Jadikan mereka anak2 yang soleh dan solehah. Amalan anak2 yang soleh dan solehah yang boleh menolong kita bila kita di SANA nanti.

Ustazah juga menekankan tentang pentingnya keturunan. Ini kerana terdapat gadis-gadis yang mengandung anak luar nikah ni mempunyai mak dan juga nenek yang pernah juga mengandungkan anak luar nikah. Penting bagi ibu bapa untuk menyiasat keturunan bakal menantu mereka. Keturunan yang baik akan menghasilkan anak cuci cicit yang baik.Keturunan ini yang akan membantu kita bila di SANA nanti.

Memandangkan masa yang singkat Ustazah tak sempat menghuraikan dengan lebih mendalam tentang penjagaan anak-anak2 gadis. Mungkin akan dikongsi untuk majlis ilmu yang akan datang. 

Sama-sama la kita berusaha untuk menjadi ibu bapa contoh untuk anak-anak kita. Mereka amat memerlukan bimbingan kita. Seiringkan dunia dan akhirat. Kerja akhirat, dunia akan ikut...yakinlah



4 comments:

  1. AllahuAkhbar.... takut bila baca entry Noe ni..betapa mencabar nya nak membesarkan anak di zaman ni..anak lelaki & perempuan pun besar cabarannya.... mcm2 kes skrg ni..dunia akhir zaman... moga kita semua dpt mendidik anak2 kta sebaik mgkin... amin..amin..

    ReplyDelete
  2. Betul tu macam2 kes sekarang ni...anak2 zaman sekarang banyak terdedah dengan perkara2 negatif... suasana sekitar, pergaulan bebas dan video2 yang tak sepatutnya mereka tonton yang mana mudah sangat mereka dapat tanpa segan silu dan kawalan...

    Tak tahu nak salahkan siapa tentang salah laku dikalangan anak2 muda sekarang ni...ibu bapa kah...alam persekitaran kah...kurang pendidikan agama kah, atau diri anak2 itu sendiri yang tak tahu jaga maruah diri dan maruah keluarga...

    ReplyDelete
  3. Noe. Lamanya tak singgah.

    ReplyDelete
  4. cabaran membesarkan anak2 zaman skrg mmg menuntut segala2 nya...

    sy penah dgr, jaga lembu sekandang lbh mudah dr jaga ank perempuan seorg ;-)

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh