Pages - Menu

Friday, April 08, 2016

Rekod Pelumba Malaysia di MotoGP Argentina

Assalamualaikum

Bagi peminat MotoGP, kisah Khairul Idham Pawi dan Adam Noroddin pasti masih menjadi perbualan hangat. Bagaimana seorang pemuda kampung menjadi satu-satu nya pelumba Malaysia yang berjaya bergelar juara di perlumbaan grand prix dunia. Juga bagaimana semangat kental Adam Noroddin dalam mengakhiri perlumbaan yang akhirnya beliau menjaya menduduki tangga ke 11. 


Honda Team Asia
Honda Team Asia

Rekod Pelumba Malaysia di MotoGP Argentina:-
  • Khairul Idham Pawi merupakan satu-satunya pelumba Malaysia yang memenangi grand prix. 
  • Khairul Idham merupakan pelumba ketiga Malaysia yang berjaya menaiki podium dalam perlumbaan grand prix. Sebelum ini pelumba Malaysia, Muhammad Zulfahmi Khairuddin dan Hafizh Syahrin berjaya melakukannya bagi kategori Moto3 dan Moto2. 
  • Pada usia 17 tahun 196 hari, Khairul Idham Pawi merupakan pelumba termuda yang bukan berasal dari Eropah yang berjaya memenangi perlumbaan grand prix. Sebelum ini rekod ini dipegang oleh Casey Stoner yang pada ketika itu berusia 18 tahun 17 hari yang memenangi kategori 125cc di Valencia pada tahun 2003. 
  • Khairul Idham merupakan pelumba pertama Asia yang memenangi grand prix selepas Yuki Takahashi memenangi kategori Moto2 di Catalunya pada tahun 2010. 
  • Khairul Idham merupakan pelumba pertama Asia yang memenangi kategori lightweight semenjak Tomoyoshi Koyama memenangi kategori 125cc di Catalunya pada tahun 2007. 
  • Selain dari Khairul Idham, seorang lagi pelumba Malaysia bagi kategori sama iaitu Adam Norodin berjaya menduduki tangga ke 11 dengan memperolehi 5 mata. Bagi kategori Moto2, Hafizh Syahrin berjaya menduduki tangga ke 6 dengan memperolehi 10 mata. 
  • Khairul Idham dan Hafizh Syahrin menduduki tangga ke 4 secara keseluruhan dan Malaysia satu-satunya yang mempunyai pelumba di tangga 4 teratas bagi kategori Moto2 dan Moto3.

Rakyat Malaysia pasti berharap agar semua pelumba Malaysia meneruskan momentum kecermelangan mereka di sepanjang perlumbaan Grand Prix untuk tahun ini. Semoga berjaya.




4 comments:

  1. Baguskan Noe..
    Berlumba ditempat yg betul..
    Akhir beroleh kemenangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak yati...tak ada la merempit tak tentu pasal..

      Delete
  2. Tahniah... inilah ganjaran klu ikut saluran yg betul... baru power!!!... seluruh rakyat Malaysia turut berbangga. Semoga terus sukses!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah khir..baru power..semua org sanjung...

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh