Pages - Menu

Tuesday, June 16, 2020

Cara Letak Baja Di Pokok Orkid Hutan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini noe nak kongsi perihal Pokok Orkid noe yang dah bertahun-tahun tak berbunga. Pokok ini pemberian arwah bapa mertua yang noe panggil sebagai Uncle. Arwah Uncle memang penggemar pokok orkid. Kalau dia nampak ada pokok orkid hutan.. sanggup dia berhenti, panjat pokok tu dan ambil. So pokok ini memang ada sentimental value...sebab dia yang beri pada noe.

Dulu pokok ini pernah berbunga, bunga nya kecil-kecil warna putih kalau tak silap. Itu cerita dulu..sekarang dah bertahun-tahun tak berbunga. Noe pun satu..jirus dengan air je pokok ini...tak pernah la dibelai ke...di letak baja ke.. memang kurang kasih sayang ni..



Orkid Hutan
Orkid Hutan

Oleh kerana masih sayangkan pokok ini...noe pun cari baja dan letak di pokok ini. Cara noe letak baja di pokok orkid ini seperti gambar di bawah ini. Noe letak sesudu baja dalam perca kain .. punjutkan.. dan letak di pokok Orkid tu. Nanti kita tunggu hasil nya.. tengok berjaya atau tidak..harap2 berbunga la dia..

Cara Letak Baja Di Pokok Orkid


1 comment:

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh