Assalamualaikum
Rasanya sudah 2 tahun lebih blog noe ni sepi. Tuan nya dah malas dan dalam masa yang sama sibuk ... tak tau la apa yang disibukkan.
Pada kali ini noe ingin berkongsi cerita tentang perjalanan noe dan sahabat2 dari kecil dan berasal dari kampung yang sama ke Yogyakarta Indonesia. Rasa macam tidak percaya kerana kami berjaya merialisasikan perjalanan ini. Kisahnya bermula apabila Gee yang suka travel ajak kawan-kawan kampung ni untuk travel bersama. Kawan-kawan perempuan sahaja. Tak semua kawan yang kita invite memandangkan ini kali pertama kita plan untuk travel bersama. Bila tengok harga yang agak reasonable so kitaorg proceed. Pakej ini dari Gerbang Travel Tours.
Di bawah ni noe sertakan pakej yang disediakan dari Gerbang Travel Tour dan kitaorang tambah RM100 lagi untuk travel insurance. Gee settledkan semua. Kita cuma perlu bayar jer pada Gee. Terbaik Leader ni :).
Adult RM1300/pax
Child 6-12y RM1130/pax (extrabed)
Child 5-2y RM999/pax (no bed)
Baby <2y RM106/pax
Price Included :
✔️Flight ticket with handcarry luggage 7kg
✔️Airport transfer return
✔️Private transport during trip (8am-11pm)
✔️Tol + parking + fuel
✔️Hotel 2-3star with breakfast
✔️Supir as a Driver
✔️Supir tips
✔️Mineral water
Price Exclude :
❌Checkin Luggage
❌Travel Insurance
❌Personal expenses
❌Meals not mention above
❌Entrance fee
❌Jeep
Notes :
💞Please ensure your passport valid 6month from travelling date & clear from immigration blacklist.
DEPOSIT
Adult RM999/pax
Child 6-12y RM999/pax
Child 5-2y RM999/pax
Child 2y below RM106
BALANCE
1month before travelling date
Notes :
-Minimum 4pax to go
-Flight ticket will issue 24hours after deposit
Pada peringkat awal cuma 5 orang sahaja yang bersetuju untuk join iaitu Gee, Noe, Meeza, Ani dan Atun. Kemudian Atun cadangkan untuk ajak Hasnah yang mana tempat tinggal diaorg tak jauh. Masing-masing tinggal di Penang. Meeza pula dari kampung kitaorg di Perak manakala Noe, Gee dan Ani dari Selangor dan Kuala Lumpur. Alhamdulillah suami Hasnah yang kitaorg panggil Ustaz bersetuju untuk membenarkan Hasnah untuk join sekali.
Maka bermula la persiapan untuk berangkat ke Yogyakarta. Yang mana yang masih tak ada passport, cepat2 siapkan passport dan yang mana passport dah expired, cepat2 renew kan passport. Masing-masing dah excited. Ye la.. pertama kali nak jalan dengan geng2 perempuan. Remind masing2 apa barang2 yang perlu dibawa dan buat checklist supaya tak ada barang yang tertinggal. Barang2 yang boleh handcarry dan barang2 yg kena masuk dalam luggage.
Kitaorang pun kena isi "Form Flight Ticket" yang mana dalam ada maklumat tentang nama, tarikh lahir dan menu pilihan.
FORM FLIGHT TICKET
Please fill up this form.
1) Name : Rozilah Binti Abd Samad
Date of birth : 09 Aug 1973
Meal Pergi :
Meal Balik :
Notes :
🚨Please ensure your full name tally with passport or IC.
🚨Please check your middle name (binti/bt/bin). Give us the correct one.
1) Bukhara Chicken Briyani
2) Chicken Rice
3) Prawn Chicken Wantan Noodle
4) Pak Nasser Nasi Lemak
Bila semua dah selesai, maka sabar la menunggu tarikh untuk kunjung tiba.
0 comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh