Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tahun lepas aku sekeluarga pergi bercuti ke Sg Petani, Kedah. Macam pelik jer kan..ye la..biasanya orang lain pergi bercuti ke Langkawi ke, Pulau Tioman ke, Paris ke…ini tiba-tiba Sungai Petani hehehe. Ikutkan rancangan nak pergi Cherating, tapi tak jadi memandangkan ramalan cuaca yang tak berapa bagus. Cari cari dalam internet jumpa Cinta Sayang Resort. Yang buat kitaorg decide nak ke sana sebab ada theme park The Carnival. Kitaorg ni fikir anak2 nak happy jer. Memandangkan kitaorg pun mmg jarang ke sana..bukan jarang lagi…macam aku langsung tak pernah ke Sungai Petani tu…so decide ke sana.
Ingatkan dah tak jadi nak pergi ke sana…Ali tersepit jari kat pintu..main2 dengan adik dia…darah menitik2…bawak dia ke klinik…klinik suruh pergi ke hospital sebab luka dia teruk…kitaorg terus pergi ke KPMC…luka Ali agak teruk…kena buat xray..2 kali kena buat..nasib baik tulang tak patah … Cuma hujung jari tu hancur …. Doctor pakar kata tapak kuku dah leper/kemek…so pertumbuhan kuku nanti memang tak cantik…lagi satu, saraf hujung jari tu dah hancur..so maybe kurang rasa pada bahagian hujung jari tu…tp apa2 pun aku bersyukur sebab jari dia mampu untuk gerak lagi dan masih boleh bengkok…ye la jari kanan pulak tu…tapi jari tu seminggu tak boleh kena air…
Bob decided untuk continue pergi ke Sg Petani, esok pagi nya, pergi lagi ke KPMC untuk cuci dan balut jari tu dan lepas tu kitaorg terus gerak ke Sg Petani.Waktu tu lebih kurang pukul 11 pagi. Cuaca mendung dan bagus untuk perjalanan kami yang agak jauh.. Singgah sebentar di Hentian Sungai Perak. Sampai di Cinta Sayang Resort lebih kurang pukul 3.30 petang, tak ada la susah sangat nak cari resort ni. Masa sampai tu hujan renyai2. Terus Check in. First impression..not bad..kawasan sunyi jer.
Lepas solat semua..pukul 5.30 petang kitaorg keluar jalan-jalan, nak cari gerai bess la kononnya. Sebelum singgah makan, kitaorg round2 sekejap, Jalan-jalan mengarah ke Kuala Muda dan ke Tanjung Dawai. Bob Cuma nak survey jalan. Keluar masa orang balik dari kerja so sesak sikit la jalan. Besar jugak pekan Sg Petani ni. Punya la memilih kedai makan..last2 tersalah singgah…masuk ke kedai Mamak…ingatkan nk makan kedai org melayu kedah…Mamak pun mamak la..dah lapar…nasib baik sedap…hehehe
Kul 10.30 malam kitaorg keluar..ingatkan nak pergi ke Tesco nak cari selipar dan juga baju mandi anak buah aku..sampai2 dah nak tutup..tutup pukul 11 malam. Last-last kitaorg pusing2 pekan Sg Petani. 11.55malam..aku dah sampai balik resort. Layan TV dan internet (ada WIFI free kat resort ni)..kul 2 pagi baru tidur.
Esoknya bangun dalam 6.30am, pastu pergi breakfast di Cinta Sayang CafĂ©….dah habis breakfast kitaorg duk survey swimming pool..ada 3 bahagian..boleh tahan la besar nya..tapi kat bahagian tangga dan lantai kat area2 swimming pool tu macam tak maintain la…berlumut…
Hari kedua ni, ikutkan rancangan asal kitaorg nak pergi ke The Carnival..nak mandi manda…tapi memandangkan jari Ali dah macam tu..kitaorg tak jadi pergi..kesian plak dia. Mula-mula kitaorg pergi ke Klinik Cinta Sayang sebab nak cuci jari Ali..jari Ali ni kena cuci 4 hari berturut2 dan jangan kena air. Selepas itu kitaorg pergi ke Tanjung Dawai…tempat kampong nelayan. Kitaorg beli belacan, ikan masin dan barang2 sewaktu dengannya dan selepas itu kitaorg lunch di situ pekena ikan bakar. Not bad, sedap gak.
Selepas round2 di Tanjung Dawai, kitaorg singgah ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang..kami duk membayangkan suasana yang memboringkan..muzium la katakan…sampai2..terkezut jap…sebab ada air terjun kat situ…memang menarik…mendamaikan…dapat la main air sekejap…ada family yang mandi kat situ…melawat sekeliling melihat candi-candi kemudian masuk ke dalam muzium…mmg menarik…Tak rugi singgah..
Lepas dari Muzium..kitaorg terus balik ke Resort..sampai resort lebih kurang pukul 5.30 petang..cuaca macam nak hujan…kesiankan anak-anak aku, aku kasi diaorg mandi kolam..Ali siap balut tangan dengan plastik…takut jari basah…sian tengok dia mandi…x per la..janji boleh berendam dalam air…si Aya jangan citer la…hepi sangat la dia…sampai tak nak kuar dari kolam tu…
Aku dah mula rasa tak berapa sihat…badan aku rasa tak seimbang..rasa mcam nak tumbang…Dalam pukul 9 malam..kitaorg keluar makan di pekan Sg Petani…tak tau apa nama tempatnya..tapi mmg banyak kedai di situ…macam dataran la…Aku risau gak masa tu…sebabnya badan aku mmg rasa tak seimbang…aku jalan pelan2 je …sampai umah dalam pukul 11 malam…
Hari terakhir ni..cadangnya nak pergi jogging..memandangkan badan aku yang tak berapa elok..husband aku cancel jer..kitaorg jalan kaki pergi ke tempat makan…lepas habis breakfast, bob bawak budak2 gi mandi kolam..dari pukul 9 sampai pukul 11…kul 11.30 kitaorg dah get ready nak checkout.
Sebelum balik Perak, aku singgah dulu di klinik Cinta Sayang untuk cuci luka Ali dan juga check badan aku…Dr kata ada kemungkinan aku kurang tidur dan lagi satu bp aku mmg tinggi 170/110. On way balik ke Perak, kitaorg singgah dulu di Pantai Merdeka. Sementara bob g solat jumaat, aku layan je la anak2 aku kat pantai dulu…selepas lunch kat situ..baru terus balik Perak…sampai kampong lebih kurang pukul 5 lebih.
Secara keseluruhan ok la..aku n bob mmg suka pergi tempat2 yang tak pernah kitaorg pergi.
Bawah ni gambar di Tanjung Dawai.
Gambar- gambar di bawah ni pulak di Lembah Bujang.
Ini pula di Pantai Merdeka (banner jer :))
Ini view2 di sepanjang perjalanan balik (tak tau area mana).
No comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh