Hari melepak sedunia. Dua hari (Sabtu dan Ahad)..aku lepak kat umah jer..tak keluar ke mana-mana pun...jogging pun tak pergi..Apa la yang aku buat kat umah??? Hari sabtu..aktiviti2 biasa seperti mengemas rumah, membasuh kain, membasuh pinggan dan aktiviti2 lain yang sewaktu dengannya. Pastu lepak sambil baring-baring dalam bilik sambil membaca novel lama-lama. Aktiviti melayan internet itu sudah memang rutin harian.
Hari ahad pun sama..aktiviti yang sama...cuma letih sikit sebab menggosok baju untuk seminggu..sakit pinggan di buatnya. Rasanya tiap-tiap minggu aku masak ayam kurma. Hari ni masak lagi ayam kurma. Bukannya apa..ini adalah favourite anak aku. Layan TV dari pagi sampai ke petang. Masa menaip blog ni pun aku sedang menonton perlawanan badminton antara Chong Wei dengan Taufik hidayat. Go Go Chong Wei... U Can Do It. Sebelum-sebelum tu aku menoonton "Kiah Pekasam", Adnan Sempit The Series, Melodi dan Duda dan Dara. Jarang aku mengadap TV lama-lama ni.
Apa la aktiviti minggu depan yer...Tak ada apa yang menarik. Pergi kerja, balik kerja...minggu ni banyak sikit kerja kena buat. Banyak follow up nak kena buat.Apa-apa pun gook luck to me. Harap-harap minggu akan datang ni segala kerja aku akan berjalan dengan lancar. Yakin dengan diri sendiri. Semua masalah boleh diselesaikan. Jangan tangguh-tangguh. This is just a reminder to myself. I Can Do It.
Yahooo...Finally Chong Wei won the title...Congrats ..Malaysia Boleh
No comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh