Pages - Menu

Tuesday, March 15, 2011

Kena Tahan Wad - KPJ Specialist Kajang

Inilah akibatnya apabila terlampau bersuka ria…aku di masuk Hospital. Pagi isnin bila bangun dari tidur tu kepala aku sakit…kena migraine..aku agak kerap kena migraine sekarang ni..setakat ubat biasa macam panadol ke uphamol ker..memang tak jalan…kena ubat migraine jugak. Tapi aku kalau boleh tahan dulu la..so pagi tu terus pergi ke klinik kat area rumah aku tu. En Nazran dah pergi kerja la..pergi sendiri la ke klinik…bila check BP…180/130..Dr terus suruh aku masuk wad kat hospital…alamak .. ni yg malas…aku pun cuba cari excuse la..aku cakap pagi tu mmg aku x makan ubat lagi…sbb tak breakfast lagi…Dr suruh jugak aku g hospital terus….aku cakap..ok la..aku pergi jumpa specialist dulu la..kalau specialist tu suruh aku masuk wad…baru aku masuk.

Hospital

Aku pergi KPJ Specialist Kajang..dekat jer ngan rumah aku…kul 2 lebih baru dapat jumpa Dr tu…bila Dr check BP 190/132…Dr terus cakap..masuk ICU…aku siap Tanya lagi..apa doctor?? Dr cakap lagi…pasni awak masuk ICU..tinggi sangat..Dr duk Tanya aku tak rasa pening ke?? Awak boleh jalan ke?? ..Aku Cuma cakap..masa aku menunggu tu memang badan dah rasa seram sejuk…badan rasa kebas2…tambah dengan sakit kepala la….Masuk la aku ke ICU…masa nak tunggu masuk ICU tu baru la aku call En Nazran…hehehe…aku cuma cakap…aku nak masuk ICU ni…hehehe…tak yah risau apa2…aku ok jer…x yah nak cuti…kerja jer…boleh camtu???? Sorang2 jer aku…hehehe..

Hospital
Dalam ICU tu ada la sorang amoi…aku rasa dia kena denggi…aku ngan dia jer la..sampai2 dalam tu..seperti biasa la..ntah apa2 la sambung wayar kat badan aku ni…yang tak bess nyer…aku tidak di benarkan untuk berjalan langsung..walaupun ke tandas…alamak….nak buang air…kena kat tepi katil tu jer…diaorg bawak kan tandas bergerak, air dan tisu. Aku pulak asyik la nak buang air…walaupun tak minum air banyak…nurse tu cakap…”Tak apa Puan…itu tandanya buah pinggang Puan berfungsi dengan baik..”…masuk dalam tu…lambat jugak BP aku nak turun…masuk ubat ikut wayar..tambah ngan ubat makan…bosannya…duk tengok jer nurse tu buat keje…dalam kul 9 malam lebih baru la En Nazran sampai…aku pun pesan la kat dia macam2…so malam tu tidur la aku dalam ICU tu…kul 11 lebih dah tidur…sampai la subuh..lena aku tidur…petang tu aku dah di transfer ke wad..sbb BP tu dah turun..walaupun turun naik gak…


Hospital
Aku masuk wad sorang….ish dalam hati aku..seram gak klu tidur sorang2 ni…siap tanya nurse…lelaki boleh ke teman tidur kat situ..nurse tu kata..bilik sorang boleh…nasib…En Nazran jadi mangsa la…agak besar bilik tu…ada TV, sofa, peti ais yang kecil tu…almari baju…mcm bilik hotel la plak…x kisah la..apa2 pun dalam kepala aku..aku nk cepat keluar…kepala aku duk sakit jer lagi….belah kanan…Dr tu kata biasanya kalau sakit kat bahagian tu sebab stress…n dia dah bagi aku ubat yang paling kuat (tak tau la aku kuat sampai tahap mana) so dia cakap cuba jangan tengok TV dengan mengadap screen laptop (ada wifi kat situ)…aku pun ikut la cakap Dr..tutup TV..tidur la aku…x jugak hilang…aku cakap ngan Dr…biasanya bila aku sakit macam tu aku makan ubat migraine baru hilang….so tengahari tu dia bagi ubat migraine…..menjelang petang kepala aku dah ok…dh kurang rasa sakit..aku duk dalam wad tu sampai khamis…ari khamis malam aku keluar...2 malam En Nazran duk teman aku tidur kat situ…kul 5 lebih dia balik rumah…sib baik anak buah aku ada kat umah…dia la tolong jaga anak aku

Hospital
Aku tak bagitau pun kat parents aku..takut diaorg risau..ye la..diaorg pun tak sihat..dengar aku masuk ICU/wad..bertambah runsing diaorg…aku dah keluar hospital n dah sihat baru la aku bagitau…apalagi..banyak la pesanannya…

Bercerita pasal ubat plak..dulu tuk ubat tekanan darah tinggi..aku makan Approvel 300mg…Dr tukar ubat..so skang aku makan 2 jenis ubat Norvasc 10mg dengan Dilatrend Carvedilol 25mg (2 kali sehari), Ubat migraine plak Cafergot.

2 comments:

  1. Salam nak minta email ke contact ke nak tanya detail pasal sakit ni dan ubat. Skng akak dah blh control ker bp? Sy ambil carvedilol juga tp masih xblh control. Skng baru 30.. huhy. Sedihnya muda2 dah ada darah tinggi mcm akak.. akak kene masa muda dulu juga kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ann...email je kat alyadina@gmail.com ... skang ni control dengan makan ubat je la...tapi ada juga amalkan air epal .. http://alyadina.blogspot.com/2012/07/air-epal-hijau-lobak-merak-carrot-daun.html ..kalau makan ubat tu tapi masih tak turun...kena jumpa doktor balik...maybe tak sesuai...kalau umur 30 tahun...biasanya doktor monitor dulu...tak terus bagi ubat...pastu ada test2 lain...

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh