Pada 5 & 6 March itu hari, aku ada perjumpaan dengan member2 sekolah di Ilham, Port Dickson. Seramai 13 keluarga yang ikut serta. Ini kali pertama kami berkumpul dan Amer adalah ketua penganjur. Amer, Syed Umar, Haznidar, Kak Milah, Mat Jun, May, Meeza, Ani, Mail, Gee, Adik Meeza, Aku dan Ros. Perancangan di atur pada awal Januari lagi. Disebabkan ini kali pertama, so tak ada aktiviti lain yang kitaorg buat..Cuma malam tu ada BBQ jer…dan bertukar2 hadiah…lagi pun masa singkat jer..2 hari satu malam.
View Di Pintu Masuk Apartment
Aku ditugaskan untuk menyediakan bahan2 untuk BBQ. Hasil dari perbincangan, kitaorg beli ayam dengan sosej jer…ikut cadangan nak beli di tesco atau giant jer…aku dengan bob pergi la survey…kat Tesco x Nampak la plak…giant ada la…si Bob tukar fikiran sebabnya dia meragui tentang ayam yang dibuat perap tu…entah ayam lama la..macam2 la..so aku decide tuk buat sendiri….banyak gak tu…dah siap cari resepi..Amer pun duk kasi resepi kat aku…si Bob plak dah start keje tempat baru…so masa teramat la terhad…malam baru balik..bila masa nak beli ayam..nak cuci ayam semua…last2 tukar balik pada plan asal…beli..tapi kena cari tempat betul2 la…bila duk Tanya kawan2 aku..ada sorang ni mmg duk ambil tempahan tuk buat ayam perap ni…last2 aku suruh dia buat jer…Amer pun on jer….pagi Sabtu tu..Bob pergi cari sosej dengan sos dengan mentimun dengan hadiah. Aku duk sibuk buat pudding roti nak bawak sekali.
View dalam bilik aku
Kawan2 aku ni semuanya pandai masak…so kitaorg decide tuk bawak nasi lemak…masing2 bawak part masing2 la…ada yang bawak nasi biasa. Hari sabtu tu aku gerak agak lambat..rasa macam kelam kelibut. Sampai PD pun lambat gak la..kawan2 aku dah sampai. Punya la banyak makanan…macam2 ada…nasi lemak, nasi kosong, sambal ikan bilis…rending ayam..telur rebus..telur mata..ikan bilis goreng, kacang goreng…kuih muih punya la banyak…sampai tak termakan…punya banyaknya..
Mempunyai 3 bilik
Petang tu duk lepak kolam la..masing2 bawak anak2 pergi berendam dalam kolam…bapak2 pun sekali join berendam….mak2 biasa la…ada mesyuarat la..bila lepas maghrib baru start untuk BBQ..makanan yang belah siang tadi..bawak turun sekali…sah banyak nyer…aku x makan banyak sangat..sebabnya siang tu dah makan…rasa se
bu lak nak makan…ada acara tukar2 hadiah…
View dari bilik ketika senja
Malam tu duk sambung sembang kat lobi resort tu…..macam2 la yang disembangkan..kutuk sana-sini…biasa la..jumpa kawan lama..mcm2 citer..citer zaman tok kadok habis keluar…..tambah plak ada air panas dengan pengat pisang..apa lagi….bertambah rancak la sembang…dah nak masuk subuh baru la balik bilik..itu pun Mat Jun dan ngantuk sangat…klu tak..sampai pagi pun selamba je lagi…
View dari tingkap apartment
Esoknya pagi lagi dah bangun…anak2 apa lagi..berendam sakan la..dari pagi sampai kul 11…kalau tak dikerah keluar…tak ingin diaorg keluar…so sebelum balik..ada sessi bergambar di tangga resort tu…Lepas checkout tu aku terus pergi rumah Adik..lepak situ…tidur sampai petang kat situ. Petang baru gerak balik ke rumah. Rasa letih sangat…member2 ajak g pekena cendol pun dah tak nak…sebab panas sangat..
Makanan masa BBQ
Kawan-kawan yang turut serta
No comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh