Pages - Menu

Sunday, January 29, 2012

Jalan Ke Kuantan, Kuala Terengganu, Cherating DanTemerloh

Ini percutian yang tidak dirancang. Hari sabtu kawan baik Bob kahwin…majlis nya diadakan di Kuantan, belah perempuan la. Sebelum pergi tu aku dah prepare la sikit baju-baju dan barang yang nak di bawa. Bob biasa la balik lambak…bumper kereta dah macam nak jatuh…aku pulak nak cari tudung. Disebabkan Bob dah balik lambat, kedai repair kereta pun x tentu bukak nya. Kitaorg pergi ke Jalan Reko downtown ke uptown..ntah la..aku jarang pegi situ. Pegi situ semata-mata nk cari kedai repair bumper tu. Pergi2 kedai tu dah tutup…tapi dapat la cari tudung kat area tu…walaupun Bob dah separuh panas (pressure sbb semua tudung aku x berkenan). Tudung dah dapat…so kitaorg nk balik la umah…masuk pekan Kajang…ternampak la plak kedai…bukak lagi la walaupun masa tu dah pukul 1 lebih pagi. Bob pun berhenti…kedai tu specialist tuk kereta kancil, myvi, kelisa dan kenari. Sebenarnya kedai tu tak bukak..owner tu datang nk ambik barang jer…tapi diaorg tolong la repair bumper tu…diaorg x ambik upah…tapi bob bagi la duit minum kopi. Masa tu je dalam pukul 2 pagi. Pastu bob cakap..jom round2 KL..masa tu mata dah mengantuk…dia masuk jalan Hulu Langat…aku dah dapat agak…dia nk cari kedai cuci kereta. Dah pukul 2 lebih tu ada lagi kedai cuci kereta yang bukak…banyak la plak kereta cuci pagi tu…so 3 benda settled…tudung aku..bumper dengan cuci kereta. Balik2 rumah…aku kemas2 baju semua…iron baju2 yang nak di bawak. Kul 4 lebih baru tido.

Esoknya terbangun lambat sikit…janji dengan kawan bob pukul 10 di hentian rehat Kuantan..kul 8 masih kat umah. Bob cadang nak ikut jalan Jelebu tembus temerloh…masa tu dah masuk Lekas…kitaorg x sempat nak breakfast so beli McD jer..makan dalam kereta…Bob call bapa sedara dia (uncle) nak confirm pasal jalan yang kitaorg nak ikut ni…last2 uncle cakap..ikut karak lagi cepat…sbb kalau ikut jalan lama ni lambat sikit dan macam berpusing…Bob pun apa lagi…pusing balik…tak ingat dah simpang mana…tapi dah jauh la..masa tu je dah dekat kul 8.45am…memikirkan dah lambat ni…Bob apa lagi…pecut la..180km/h pun cecah…kecut perut gak la..rasanya ada la 2/3 kali kena speed trap…yg confirm nampak 2 pak polisi sedang menembak…laju punya hal..sempat la sampai di tempat yang dijanjikan…lepas t u terus la gerak ke rumah pengantin..kepak kepung kepak kepung kepak kepung… Selamat Pengantin Baru..
Pengantin
Selamat Pengantin Baru

Di sebabkan itu kawan baik Bob…Bob pun adalah orang terakhir yang keluar dari rumah tu selain dari kaum kerabat belah pengantin perempuan la…rasanya dalam kul 4 petang kitaorg gerak dari situ….lepas tu..apa lagi…nak g mana ni??? So Kuala Terengganu…masuk highway…lepas tu masuk jalan biasa…kitaorg memang tak pernah drive arah ke sana…nama je dah berpuluh tahun duduk kat Malaysia…tapi tak pernah pergi…lalu ikut jalan dungun…mmm jalan teruk…berlubang sana sini…letih mengelak…nasib baik Bob jenis cool jer…tapi kesian kat kereta la…sakit dia…sampai kat Kuala Terengganu dalam pukul 7 lebih…call Kakak (anak buah aku)…dia masih bekerja…tapi kitaorg manage tuk cari tempat kerja dia…tak besar mana pun pekan Kuala Terengganu…lepas jumpa kakak kitaorg pergi cari hotel dulu…cari dalam town jer…banyak pilihan…disebabkan aku berdua dengan Bob jer so tak kisah la nak tinggal hotel mana pun…last2 kitaorg pilih Hotel…macam ok jer…masuk2 mm..aku x berapa puas hati la..sbb bilik air tak berapa bersih ..dalam bilik pun sama…disebabkan dah pilih…so terpaksa la..lagi pun satu malam jer…lepas tu kitaorg keluar balik…pergi makan dengan Kakak dan kawan Kakak. Mula2 pusing di Pantai Batu Buruk..singgah sekejap…punya la kuat angin…menakutkan la plak…cepat2 aku ajak diaorg cari tempat makan…sebenarnya mmg takut sebab angin terlampau kuat…kalau orang sana mungkin dah biasa kut…



Pantai Batu Buruk
Ini Kakak dan kawan dia

Singgah satu kedai ni…lupa dah namanya..tapi berhadapan dengan Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid terapung) …tengok ramai je orang makan…mesti sedap ni…kitaorg bila datang tempat orang mesti nak makan masakan orang sana…takkan nak makan nasi ayam kut..bosan nya…aku pun order nasi kerabu dan Bob nasi dagang…sedap..memang sedap tapi yang tak bess sebab sejuk…diaorg tak panas kan…kalau panas mesti lagi sedap…Bob ambik pulak ubi yang dimakan bersama2 dengan kelapa dan ikan masin…sedap jugak…sbb tak pernah rasa kan…kira semua sedap la…bila dah habis makan pergi plak ronda2 pekan Terengganu…singgah di area Pasar Payang…makan durian…dah habis makan durian baru la hantar Kakak dan kawan dia ke kedai…sebabnya diaorg ni tidur di kedai tu…aku plak terus balik hotel….tidooo…


Kuala Terengganu
Ubi dengan Kelapa dan Ikan Masin


Kuala Terengganu
Kalau pergi Kuala Terengganu, wajib pergi tempat ni


Kuala Terengganu
Esoknya pagi-pagi keluar merayap ke pekan Terengganu…masa ni rasa macam rugi masa sangat2…sebabnya mencari tempat makan…berpusing mencari tempat makan..masuk ke Pasar Payang..pusing2 dalam tu..tak ada kedai makan…pening…last2 masuk kereta balik..pusing2 dalam pekan tu…pergi la satu kedai ni…makan biasa2 jer…x ada la special..tengok orang sini makan nasi minyak pagi2..lepas makan tu..pergi balik ke Pasar Payang..nak cari barang sikit…masuk dalam tu…beli la kain batik..keropok2..buah durian belanda (mahal)…2 biji dalam RM16..sos..ntah apa2 lagi la..lepas tu boleh plak termasuk dalam kedai2 makan kt atas tu..tension jer…sbb tadi tak jumpa…klu tak dah jimat masa sangat2…dah habis membeli belah…kitaorg balik hotel..kemas2 nak keluar…sebelum gerak..singgah kedai Kakak..jumpa dia sekejap…ambik beg besar dia..n say bye bye..

Kuala Terengganu
Banyak kedai pajak gadai kecik2 macam ni..


Menara
TerengganuTerengganu
Sebelum gerak tu…pergi singgah sekejap di Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid terapung), ambik gambo…cantik masjid ni…putih bersih…masa tu hujan dan turun..kitaorg terus gerak arah ke Cherating..otw ke Cherating singgah la kedai2 tepi jalan..beli keropok lekor dengan otak2…otak2 makan sat2 tu jer…lepak2 tepi laut tu sambil makan…bess jer lalu kat situ sebab tepi pantai kan…kitaorg lalu balik jalan yang lalu semalam tu…arah ke Cherating…nk tido sana la cadangnya…hari hujan jer..itu yang buat tak bess..nasib la bila jalan time2 ujung tahun…

Kuala Terengganu
Bila dah sampai Cherating…duk sibuk cari hotel la plak…mula-mula pergi area Pantai Cherating tu…macam dekat sangat la ngan pantai..takut la plak..ada satu hotel ni dah penuh la plak…Bob dia nak cari jenis chalet..bess sikit katanya…hotel2 bertingkat ni x bess sangat katanya….aku ikut jer…x jumpa kat area situ…cari tempat lain…jumpa la Pak Itam Inn. Aman je kawasan ni..Bob mcm suka je tempat ni..terus dia g tanya..masa tu dah pukul 5 / 6 petang…nasib baik ada kosong lagi…stay la dia Pak Itam Inn. Kat sini..chalet yang disediakan tak berapa banyak…ada yang berbentuk kayu dan ada yang simen. Bob pilih yang berbentuk kayu .. bawah ni citer pasal chalet yang kitaorg duduk tu…bahasa formal sikit..mcm baca novel sikit bila baca ayat2nya…huhuhu

Cherating
Chalet ni berbentuk rumah melayu, diperbuat daripada kayu, mempunyai verandah yang dilengkapi dengan 2 buah kerusi dan sebuah meja. Bila masuk dalam, ada sebuah katil bersaiz “king”, 2 biji bantal dengan sehelai selimut berbunga-bunga. 2 buah kerusi, dilengkapi dengan TV, turun ke bawah sikit ada cermin, tempat penyangkut baju, penyapu dan sinki untuk gosok gigi atau basuh muka. Bilik air dilengkapi dengan timba dan dayung. Tiada air panas. Nak mandi mesti rasa sejuk sangat. Terdapat pokok-pokok bunga yang sudah agak tinggi di hadapan chalet. Terdapat ruang yang agak besar untuk meletak kereta di sebelah setiap chalet. Jalan masuk ke dalam chalet agak gelap dan signboard Pak Itam Inn pun agak kecil. Terdapat sebuah restoran betul-betul di dalam kawasan chalet. Terdapat ruang yang agak luas untuk menjalankan sebarang aktiviti. Tidak Jauh dengan laut…Cuma perlu berjalan kaki dalam 5 minit sudah sampai ke tepi laut. Pantai boleh dilihat dari verandah. Chalet ni di apit oleh dua hotel besar. Di kiri terdapat Hotel Legend manakala di sebelah kanan Holiday Villa. Kedua-dua hotel tersebut bertaraf 4 dan 5 bintang.
Cherating



Cherating
Petang tu relax2 dulu kat chalet tu…chalet sebelah menyebelah aku mmg penuh…ada orang…tunggu lepas maghrib baru la nak cari makan…sbb hujan…tu yang x bess sangat nak jalan2..kalau tak hujan..bess gak jalan2 tepi pantai tu…tak jauh pun…kitaorg lepak2 di verandah sambil makan segala jajan dan buah2an yang kitaorg beli..jiran sebelah kanan aku ni…ada aweks la..geng2 aweks…tapi merenyam semacam…gediks la sesangat nya…dengan seluar pendek…cakap bukan main kuat…ish…tengok Bob lagi la tergediks2..geli la plak aku…Bob pun perasan…gediks semacam…tapi dia suka la…ahaks..layannn…

Cherating
Lepas maghrib kitaorg keluar nak cari makan n nak cari spray nyamuk…nyamuk banyak kt situ…ada la dibekal kan dengan ubat nyamuk tp bob nak cari spray gak…dia mana boleh tengok nyamuk..meroyan dia…sebelum tu nak cari ATM…lalu kat area situ x nampak la plak ATM nyer…kitaorg cadang nak pegi Kuantan…Bob cakap x jauh sangat…sbb kat Cherating ni tak ada apa..boring…lagi pun boleh jumpa kawan dia…masa tu ujan dah lebat…terus kan jugak la..bila dah terlampau lebat…aku dah tak sedap hati…aku cakap..tak payah la pegi Kuantan sbb kitaorg bukannya biasa jalan area situ..tambah2 malam plak…ujan lagi tu..Bob pun mata dia bukannya ok sangat…jalan pun tak berapa elok…so kitaorg decide..kalau jumpa ATM..terus patah balik…sib baik la jumpa stesyen minyak yang ada ATM machine….masa tu dah ujan lebat…x nampak jalan…Bob singgah kedai beli spray nyamuk dengan jajan2 semua…pusing balik … otw balikkat area pelabuhan ada pokok tumbang…besar lak tu..jalan tersekat..lama gak la tunggu..last2 pusing balik belakang..masuk ikut jalan pelabuhan…memang menakutkan sebabnya ujan terlampau lebat dengan angin sekali..bob takut pokok lain yang tumbang..tu yang dia pusing ikut jalan lain…follow orang depan la…last2 sampai kat area chalet yang kitaorg duduk…kitaorg singgah je kedai yang berdekatan..kedai tomyam…mm biasa je la masakannya…lepas makan..terus balik chalet…lepak2…sembang2..gelak2…sampai pukul 12 lebih…hujan tak berhenti2..kejap2 lebat..kejap2 reda..kitaorg lepak je kat verandah tu…mcm2 citer la keluar…citarasa kitaorg sama…suka tempat aman damai lepas tu sembang sakan..sambil gelak2…bila gelak2…kuar la awekk gedik…tengok2 kitaorg…belasah kang…huhuhu

Cherating
Cherating
Esoknya pagi-pagi kitaorg dah bangun…sejuk nyer air…susah nak dapat sejuk mcm tu kat Kajang….huhu..apa lagi..cari sarapan la…pusing2..singgah la satu kedai ni…kedai kampung..org2 situ cakap mcm orang siam..x macam org situ..dah x ingat aku makan ape..tp yg pasti nya sedap n ubi tetap ada…bila dah habis makan..kitaorg balik ke chalet…jalan2 tepi pantai..masa tu hujan renyai2…pakai paying g jalan tepi pantai…cantik…ombak besar…time2 camtu ada gak budak2 yang mandi manda…bahaya…aku ngan Bob jalan2 je la kat situ…pusing2 chalet…lepas tu lepak2 di verandah je…pastu siap2 gerak balik…bye2 Cherating…

Cherating
CheratingCherating
Kitaorg terus kan perjalanan pulang…otw balik tu nak jumpa pengantin baru ..di mana jumpa aku pun lupa…tapi tepi pantai la..dalam daerah Kuantan…makan tengahari kat situ…past uterus ke Kuantan…sampai kuantan..masuk highway…pastu singgah di Temerloh…Bob nak makan ikan patin…aku ikut jer la…singgah makan ikan patin masak tempoyak di tepi sungai Pahang…mahal nak mampus…satu slice ikan tu RM10…aku mmg la tak makan ikan tu….merungut rangat Bob sebab x sedap …aku plak..terlampau la pedas…aku rasa bibir aku tebal jer…lepas makan kitaorg gerak balik..tapi Bob decide nak ikut jalan tembus ke Jelebu…call la Uncle kasi tunjuk arah….last2 terlajak terus ke Kuala Pilah…..hahahahahhaa…layannnnn…ikut je la..dari Kuala Pilah…masuk la Lekas…sampai la Kajang…
Sungai Pahang

No comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh