4hb Feb 2012 – hari ini start la cuti panjang…last cuti panjang…lepas ni tunggu bulan May baru ada cuti balik. Hari ini memang tak ada plan ke mana- mana..selain daripada mengemas rumah. Hari jumaat malam aku dah start mengemas rumah…basuh baju, sidai baju, lipat baju, mengemas bilik atas bawah, menyapu dah mengemop atas bawah…punya letihnya.
Bila dah naik kat atas tu biasa la..klip sana..klip sini…itu je la keje masing2 … tak ambik gambar tak sah la kan…rugi la…ramai pelancong je yg naik atas tu…so kitaorg pun macam pelancong la jugak..hehehehe…sibuk ambik gambar sana sini…banyak kedai cenderahati kat atas tu…masa aku naik dulu…kosong je..x ada apa2…barang2 yang dijual…macam2 la…harga tak ada la mahal sangat..tshirt boleh dapat dengan harga RM9…ramai la pelancong yang beli..aku x beli pun…lama jugak aku kat atas tu…daripada cerah..sampai hari gelap la..nak tengok lampu2…tu yg tunggu gak…ada pelancong dari India tu siap nak mintak ambik gambar dengan Ali…hehehe…agaknya geram tengok pipi Ali yang macam telur tu..merening jer…dah habis tu…turun la bawah…beli gambar yang kitaorg ambik masa mula2 nak naik atas dulu…harganya RM35…saja sebagai kenang..kenangan…pastu solat maghrib kat situ…beli tshirt sehelai…pastu gerak balik…sebelum balik..makan dulu nasi ayam goreng di Keramat…memang tempat favourite…
5hb Feb 2012 – tengahari balik ke Jelebu, terus ke dewan di Pekan Kuala Klawang…jiran kampung Bob ada buat kenduri anak…kitaorg makan tengahari di situ..
Petangnya mak mertua suruh pergi rumah Wan (belah arwah bapak mertua)..pergi cari buah rambai…di Kampung Kampai…dekat je…x ada la jauh sangat…sampai umah Wan…tinggal Wan sorang jer…kitaorg pergi la mengambil buah rambai…ish banyak giler buahnya…Bob suh aku panjat..sebab dia kata…dahan tu dia x confident tuk panjat…takut patah…ye la…badan dah “kecik” sangat kan…aku pun setuju la nak panjat (perasan badan kecik la ni..huhuhuuh)..sampai kat tempat tu…banyak kerengga daaaa…x ingin la aku panjat…x pasal2 penuh badan aku kena gigit di kerengga…last2 kitaorg capai dengan tangan je la…ada satu tempat tu…semak sikit…aku pergi gak tolong bob…last2 ada pacat….gile baban aku sekejap…tak g dah tempat tu…
Macam2 dapat dari umah Wan ni…ada buah rambai, buah kelapa, buah limau nipis, buah belimbing buluh, buah pisang kapas…penuh bonet kereta..balik2 umah dah dekat kul 7 …mak mertua aku dengan Atok dah tak ada…diaorg ada majlis di rumah Undang….malamnya pulak aku masak mee goreng jer..
6hb Feb 2012 – Hari ni cadangnya nak ke PD..rumah adik ipar..saja jalan-jalan bawak Atok…mak mertua aku ada kelas di Seremban….hantar mak mertua ke kelas lepas t uterus pergi ke PD…dah muak rasanya pergi PD. Tengahari tu adik ipar aku hidangkan kambing masak kari…diaorg suka la..aku x makan la kambing. Petangnya plak…budak2 pergi mandi dengan adik ipar aku…ada 3 keluarga kat rumah tu…penuh la rumah…aku plak kononnya nak cari seluar track…sebelum cari seluar..lencung dulu ke rumah kawan … first pegi umah baru dia…bila dah jumpa kawan..apa lagi….sembang sakan la…lepas maghrib baru balik…terus g kedai cari seluar track…pastu baru balik umah…bila tengah malam…lepak kat luar…sembang sakan…adik ipar siap pegi beli steamboat lagi…berkelah depan umah tengah2 malam buta tu…
Esoknya pagi2 dah keluar rumah..teman adik ipar pergi pasar basah..cari ikan…makan tengahari kat situ…petang baru balik ke Jelebu…hantar atok dengan mak mertua…lepas sekejap kat rumah …pastu baru gerak ke kajang…so siang lagi la sampai kajang…malam plak anak buah yang baru balik dari kampung perak…singgah hantar makanan…nasib baik la makanan tak banyak sangat..
No comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh