...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Monday, January 14, 2013

Keretapi Dari Kajang - Pasir Mas Dan Rantau Panjang, Kelantan - Part 1

Ini adalah catatan perjalanan aku dari Kajang ke Kelantan dengan menaiki keretapi. Aku dan Bob memang berhajat untuk naik keretapi ke Kelantan..sebabnya dah lama sangat tak naik keretapi. Plak tu aku ni tak pernah ke Kelantan (buat malu jer....kelantan pun tak pernah pergi..:)). Mula-mula nak ambil tiket hari jumaat malam..tapi Bob balik lambat dari kerja...masa tu masih was-was nak pergi atau tak. Sabtu pagi bangun jer tidur Bob suruh check tiket ada atau tak...masa tu tak ada tiket kosong...mmm tak rezeki la...dalam kul 10 pagi check lagi kat web ktmb...ada la kekosongan...sebab sepupu aku yang kerja dengan KTM ada bagitau...biasanya pada hari perjalanan tu diaorg akan tambah koc..dia suruh check masa hari nak pergi tu. 

Kalau nak ke kelantan...Keretapi Senandung Wau..jalan malam jer...Bila ada kekosongan Bob apa lagi...terus nak g stesen Kajang...nak booking ticket. Finally dapat.. Bob ambil tiket Seat untuk 2nd class yang berharga RM41 seorang. Tiket ada yang 1st class (ada tempat tidur), 2nd class (yg ada tempat tidur) dan 2nd class yang seat jer...last sekali economy class (seat je la). Tiket bertolak pukul 8:57pm dari Kajang dan dijangka sampai pada 23/12/2012 pukul 9:03am di Pasir Mas. Ikuti catatan perjalanan aku menaiki keretapi. 

Beg
Beg Dah Ready..
22 Dec 2012


7.40pm - Bob keluar mencari teksi sebab Bob tak nak park kereta kat stesen keretapi tu...nak naik bas takut berjanggut tunggu...sudahnya Bob keluar cari teksi. Masa ni Bob dah keluar mencari tekci. Aku dah siap semua dengan beg..aku pakai beg sandang dengan handbag kecik..bob pun beg sandang..so ada 3 beg jer. Semua dah ready tinggal nak keluar dari rumah jer. 


Komuter Kajang
Sabar Menunggu Keretapi

Komuter Kajang
Tak Sabar-Sabar Nak Naik Dah Ni...

8:15pm - Bob berjaya mendapatkan teksi. Pada masa ni aku dah sampai stesen keretapi Kajang. Bob dah siap beli air. Ramai jer orang kat stesen ni..ramai yang menggunakan komuter. Excited jer nak naik keretapi...hehehehe. Gayat.

Koc Untuk Wanita Sahaja
Komuter Ni Ada Koc Untuk Wanita Sahaja...Tapi Ada Nampak Lelaki Tadi
8:57pm - Keretapi dah sampai..dah mula naik keretapi...Yahooo..jakun sungguh. Bergerak jer dah ada orang jual makanan. Dia bawak troli. Tapi Bob dah beli makanan untuk aku so tak adalah beli. Kerusi tegak jer tapi leh la ditarik ke belakang, ada tempat untuk makan dan minum, ada langsir (kalau takut tengok luar yang gelap tu la...mana tau...tiba ada benda terbang warna putih ikut je sebelah tingkap tu..hehehehe). Pintu automatik la...tak perlu nak kena tarik. Terang benderang dalam keretapi ni. Gelap je kiri dan kanan. Ini perasaannya menaiki keretapi...hehehehe

Komuter Kajang
Keretapi Dah Nak Sampai
9:45pm - Sampai di Seremban, aku dah mula tengok cerita korea di handphone aku. Ramai orang naik kat Seremban ni. Berhenti seminit jer.

Train
Dah Dalam Keretapi
10:00pm - Bob dah start bersembang dengan jiran sebelah. Orang nogori la katakan. Bersoreh lah...apa lagi... Tadi dah makan bihun..bihun tu beli kat stesen Kajang tadi. Sedap jugak. Disebabkan tengahari tadi tak makan apa-apa, lapar la plak. Tu yang terus makan...lega..kenyang. Bersisi la sikit perut.

Dalam Train Keretapi
Adik ni tak leh tido...main je kejenya...kenyit2 mata dengan Bob
10:29pm - sampai di Stesen Tampin. Besar jugak stesen ni. Rasanya dah buat renovation kat stesen ni. Nampak besar. Lama juga berhenti kat sini. Rupa-rupanya nama stesen ni Pulau Sebang.

10:48pm - Keretapi bergerak semula meredah kegelapan malam. Lampu memang tidak dipadam, terang benderang ni. Ada yang bersembang, ada yang makan kuaci, ada yang tidur, anak-anak masih tak tidur, berlari sana-sini. Ada yang engage on phone .. dari aku naik keretapi sampai sekarang ni...mamat bangla ni tak habis-habis lagi bercakap kat phone dia.


Dalam Train Keretapi
Ini la tempat letak makanan dan minuman
11:27pm - Keretapi ni selamat sampai di Gemas. Nak tidur pun tak boleh sebab banyak anak-anak kucing berkeliaran (Kanak2 dalam keretapi ni main bunyi2 anak kucing la plak). Kepala dah start rasa sakit. Aku rasa terlebih makan vitamin C dan E kut. Tengahari aku dah makan dan lepas tu aku lupa dah makan ke belum..sudahnya aku makan lagi....haaa kau...nak sihat sangat kan... Lama berhenti ni. Jiran sebelah kata, lama berhenti sebab tukar kepala keretapi. Jiran tu kerja dengan KTM..so free la naik. Bob dah keluar...ambik angin kat luar.


Dalam Train Keretapi
Dua Manusia Yang Gayat
23 December 2012

12:01am - Keretapi bergerak semula dari Gemas. Jiran sebelah cakap lepas ni tak berhenti lebih kurang 2 jam..stesen seterusnya Mentakab.Bob beli air panas, nasi lemak dengan nasi lauk kari. Licin nasi2 tu...hehehe lapo beno rupanya. Dah minum air nescafe panas...lega yang amat. Dah kenyang ni. Nak rasa mengantuk..tak ada la plak. Makanan tadi tu beli kat stesen Gemas.

12:17am - Sibuk la plak ber whatsapp dengan Gee...hehehehe...Gee kata ngape tak ajak...hehehe...Jom Gee naik train.

1:37am - Keretapi ni berhenti di Triang sekejap. Dah senyap dalam keretapi ni. Kucing2 semua dah tido. Aman dunia.

3:16am - Sampai di Stesen Jerantut

Keretapi Train
Bob Baru Lepas Shishi La Tu..hehehe
3:29am - Keretapi not moving...still di Jerantut. Pergi ke tandas tadi...dan tandas tu tak ada la teruk..ok la...ada tisu, ada pencuci tangan. 1st time masuk tandas dalam keretapi..hehehe..jakun. Sebelah kiri tandas cangkung..belah kanan tandas duduk...Bob suruh pergi tandas duduk...masa aku g tu..keretapi tengah berhenti...so tak ada la gerak2..hehehe. Kawan Bob kat Rantau Panjang dah sms..tanya kat mana...tak tido ke dia?? Bob memang ada bagitau kawan dia nak pergi sana.

6:07am - Tersedar dari tidur, keretapi dah berhenti tapi tak tau di mana. Ada gerabak di sebelah aku.

6:21am - Keretapi masih tak bergerak. Kat sebelah ada keretapi lain. Lutut dah rasa sakit. Badan Bob dah la besar, rasa sempit la plak.

6:37am - Baru bergerak semula

7:22am - Dah cerah ... melalui kawasan hutan.

7:46am - Lalu stesen Merapoh tapi tak berhenti. Awan tebal...tanda2 nak hujan.

8:06am - Sampai di Stesen Gua Musang

9:20am - Sampai di Stesen Dabong

10:42am - Masih dalam keretapi, Buntut dah rasa kematu, tengkuk dan bahu dah rasa sakit. Tak pernah ada dalam kenderaan selama ini. Asyik tengok hutan belantara je ni. Kampung2 pun sekejap2 je jumpa. Keretapi delay...ikutkan dalam tiket sepatutnya sampai dalam 9.30am di Pasir Mas.

11:30am - Sampai di Tanah Merah. After this Pasir Mas.

Stesyen Keretapi
Stesen Keretapi Pasir Mas

12:00 pm - Dah sampai di Stesen Pasir Mas. Akhirnya menjejak kan kaki di tanah Kelantan.

Bersambung nanti di part 2.

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena