Ini adalah catatan perjalanan aku dari Kajang ke Kelantan dengan menaiki keretapi. Aku dan Bob memang berhajat untuk naik keretapi ke Kelantan..sebabnya dah lama sangat tak naik keretapi. Plak tu aku ni tak pernah ke Kelantan (buat malu jer....kelantan pun tak pernah pergi..:)). Mula-mula nak ambil tiket hari jumaat malam..tapi Bob balik lambat dari kerja...masa tu masih was-was nak pergi atau tak. Sabtu pagi bangun jer tidur Bob suruh check tiket ada atau tak...masa tu tak ada tiket kosong...mmm tak rezeki la...dalam kul 10 pagi check lagi kat web ktmb...ada la kekosongan...sebab sepupu aku yang kerja dengan KTM ada bagitau...biasanya pada hari perjalanan tu diaorg akan tambah koc..dia suruh check masa hari nak pergi tu.
Kalau nak ke kelantan...Keretapi Senandung Wau..jalan malam jer...Bila ada kekosongan Bob apa lagi...terus nak g stesen Kajang...nak booking ticket. Finally dapat.. Bob ambil tiket Seat untuk 2nd class yang berharga RM41 seorang. Tiket ada yang 1st class (ada tempat tidur), 2nd class (yg ada tempat tidur) dan 2nd class yang seat jer...last sekali economy class (seat je la). Tiket bertolak pukul 8:57pm dari Kajang dan dijangka sampai pada 23/12/2012 pukul 9:03am di Pasir Mas. Ikuti catatan perjalanan aku menaiki keretapi.
Beg Dah Ready.. |
7.40pm - Bob keluar mencari teksi sebab Bob tak nak park kereta kat stesen keretapi tu...nak naik bas takut berjanggut tunggu...sudahnya Bob keluar cari teksi. Masa ni Bob dah keluar mencari tekci. Aku dah siap semua dengan beg..aku pakai beg sandang dengan handbag kecik..bob pun beg sandang..so ada 3 beg jer. Semua dah ready tinggal nak keluar dari rumah jer.
Sabar Menunggu Keretapi |
Tak Sabar-Sabar Nak Naik Dah Ni... |
8:15pm - Bob berjaya mendapatkan teksi. Pada masa ni aku dah sampai stesen keretapi Kajang. Bob dah siap beli air. Ramai jer orang kat stesen ni..ramai yang menggunakan komuter. Excited jer nak naik keretapi...hehehehe. Gayat.
Komuter Ni Ada Koc Untuk Wanita Sahaja...Tapi Ada Nampak Lelaki Tadi |
Keretapi Dah Nak Sampai |
Dah Dalam Keretapi |
10:00pm - Bob dah start bersembang dengan jiran sebelah. Orang nogori la katakan. Bersoreh lah...apa lagi... Tadi dah makan bihun..bihun tu beli kat stesen Kajang tadi. Sedap jugak. Disebabkan tengahari tadi tak makan apa-apa, lapar la plak. Tu yang terus makan...lega..kenyang. Bersisi la sikit perut.
Adik ni tak leh tido...main je kejenya...kenyit2 mata dengan Bob |
10:48pm - Keretapi bergerak semula meredah kegelapan malam. Lampu memang tidak dipadam, terang benderang ni. Ada yang bersembang, ada yang makan kuaci, ada yang tidur, anak-anak masih tak tidur, berlari sana-sini. Ada yang engage on phone .. dari aku naik keretapi sampai sekarang ni...mamat bangla ni tak habis-habis lagi bercakap kat phone dia.
Ini la tempat letak makanan dan minuman |
Dua Manusia Yang Gayat |
12:01am - Keretapi bergerak semula dari Gemas. Jiran sebelah cakap lepas ni tak berhenti lebih kurang 2 jam..stesen seterusnya Mentakab.Bob beli air panas, nasi lemak dengan nasi lauk kari. Licin nasi2 tu...hehehe lapo beno rupanya. Dah minum air nescafe panas...lega yang amat. Dah kenyang ni. Nak rasa mengantuk..tak ada la plak. Makanan tadi tu beli kat stesen Gemas.
12:17am - Sibuk la plak ber whatsapp dengan Gee...hehehehe...Gee kata ngape tak ajak...hehehe...Jom Gee naik train.
1:37am - Keretapi ni berhenti di Triang sekejap. Dah senyap dalam keretapi ni. Kucing2 semua dah tido. Aman dunia.
3:16am - Sampai di Stesen Jerantut
Bob Baru Lepas Shishi La Tu..hehehe |
6:07am - Tersedar dari tidur, keretapi dah berhenti tapi tak tau di mana. Ada gerabak di sebelah aku.
6:21am - Keretapi masih tak bergerak. Kat sebelah ada keretapi lain. Lutut dah rasa sakit. Badan Bob dah la besar, rasa sempit la plak.
6:37am - Baru bergerak semula
7:22am - Dah cerah ... melalui kawasan hutan.
7:46am - Lalu stesen Merapoh tapi tak berhenti. Awan tebal...tanda2 nak hujan.
8:06am - Sampai di Stesen Gua Musang
9:20am - Sampai di Stesen Dabong
10:42am - Masih dalam keretapi, Buntut dah rasa kematu, tengkuk dan bahu dah rasa sakit. Tak pernah ada dalam kenderaan selama ini. Asyik tengok hutan belantara je ni. Kampung2 pun sekejap2 je jumpa. Keretapi delay...ikutkan dalam tiket sepatutnya sampai dalam 9.30am di Pasir Mas.
11:30am - Sampai di Tanah Merah. After this Pasir Mas.
Stesen Keretapi Pasir Mas |
12:00 pm - Dah sampai di Stesen Pasir Mas. Akhirnya menjejak kan kaki di tanah Kelantan.
Bersambung nanti di part 2.
No comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh