...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, January 16, 2013

Keretapi Dari Kajang - Pasir Mas Dan Rantau Panjang - Part 2

Sambungan daripada Part 1

23 Disember 2012

12.00pm - Sampai je di Stesen Pasir Mas, Bob terus pergi ke kaunter untuk check tiket balik ke Kajang. Tapi tiket ke Kajang atau Kuala Lumpur sudah habis. Perkara pertama yang dicari adalah gerai makan. Kitaorg makan tengahari dulu, kedai ni berhampiran dengan Stesen Keretapi. Lauk tak berapa yang ada, bob order sayur campur. Biasa je masakan nya. Di gerai tu Bob tanya stesen bas di situ sebab kitaorg nak bergerak ke Rantau Panjang

Pasir Mas, Kelantan
Bob beratur nak check tiket balik

Pasir Mas, Kelantan
Ini lah Gerai Makan Tengahari
12:42pm - Dah ada dalam bas nak ke Rantau Panjang. Kakak tu cakap bas ni menggunakan jalan lama, lambat sikit la. Bob lagi suka ikut jalan lama sebab boleh tengok perkampungan orang. Driver dah ada. Bob tengah beratur nak bayar tambang bas. Bayar dekat driver. Pekan Pasir Mas ni tak ada la besar sangat. Bas yang aku naik ni kecik jer. Kitaorg duduk di belakang sekali. Harga tiket RM3 seorang tapi tiket tarak. Dah penuh bas ni. 


Pasir Mas, Kelantan
Stesen Bas Pasir Mas, Kelantan
12:47pm - Bas mula bergerak. Sepanjang jalan hujan tak berhenti. Banner yang ada kat sini mesti ada tulisan jawi...aku tak pernah jumpa kat tempat2 lain..maksud aku kat negeri2 lain la. Aku melalui kawasan perkampungan. Ada yang dah dinaiki air. Aku rasa sehari dua hujan lagi ni...mau hapus jalan yang aku lalu tu. Ada air warna kuning, tapi selamba je budak2 main air...diaorg dah biasa kut..

Hujan
Hari Hujan - Dalam Bas

Banner Tulisan Jawi
Banner Hotlink Dalam Tulisan Jawi

7 eleven Pasir Mas
Banner Dalam Tulisan Jawi Lagi

Pondok Polis
Pondok Polis Mini Di Pekan Pasir Mas
Antara kawasan-kawasan perkampungan yang dinaiki air...yang sempat aku ambil gambarnya. Gambar semua ambil dari dalam bas.

Banjir

Banjir

Banjir

Banjir


Banjir

Banjir

2:00pm - Dah masuk pekan Rantau Panjang. Jalan Jem daaaaa..lama gak meredah jem tu. Cuti sekolah kan...ramai yang sedang bercuti...apa lagi...membeli belah la di Rantau Panjang. Hujan masih tidak berhenti.

Bendera BN
Dah Nak Masuk Pekan Rantau Panjang

Rantau Panjang


Kelantan

Rantau Panjang

Pemeriksaan Kastam
Tempat Pemeriksaan Kastam

Stesten Bas Rantau Panjang
Sebelah Tandas tu Stesen Bas Rantau Panjang

Kambing
Kambing Di Tengah Pekan
Cukup lah setakat ni dulu...bersambung di part ke 3.

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena