...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Saturday, January 19, 2013

Keretapi Dari Kajang - Pasir Mas Dan Rantau Panjang - Part 3

Ini cerita pasal perjalanan aku ke kelantan dengan menaiki keretapi..sambungan dari part 2

2:40pm - Kawan bob yang carikan bilik...ada yang bilik air kat luar dan bilik air kt dalam...aku lebih prefer bilik air kat dalam. Disebabkan kawan Bob dah call kawan..aku dengan bob terima je la ..ikutkan aku lebih prefer satu hotel yang mula2 aku turun bas tu. Aku dengan Bob pun jenis tak kisah. Harga bilik semalam ialah RM60. Masa ni aku dah masuk dalam bilik. Bob plak jumpa kawan dia. Bilik?? mmm tak berapa puas hati sangat.

Rumah Tumpangan Musyafir
Ini lah tempat kitaorg tidur

Bilik ni ada aircond tapi TV kat luar. Betul2 dalam pekan Rantau Panjang. Rasa berpasir je bilik ni... aku suruh bob ambil penyapu dengan mop...sapu dulu bilik pastu mop. Baru selesa nak pijak. Macam tak berjaga je bilik ni. In future klu aku datang lagi kat sini...sah2 aku tak pilih tidur kat sini...hehehehe. 


Aktiviti petang ni adalah makan dan membeli belah. Beli selipar, baju hujan dan sudah pasti baju2 aku la...hehehehe.Kitaorg pergi kedai kawan bob..lupa nak snap gambar kedai kawan Bob. Dia ada jual baju2 perempuan. Yang tak bess nya hujan tak berhenti plak tu makin lebat.

8:30pm - Hujan bertambah lebat. Bosannya dah la tak ada TV...itu la Bob main terima jer...stress sekejap. Kedai kat sini dah la tutup kul 7.00pm. Mesti tak bess malam ni. Maghrib tadi Bob pergi solat di Masjid kat pekan ni. Dekat je...balik dia bawak teh panas dah cakoi....yummy...teh nya lazat...kedai2 sebelum ni aku pergi..teh mesti terlebih pahit...yg ni lazat..hehehe. Aku pulak sibuk dengan HP..tak ada apa nak buat kan...line internet tak berapa bagus...asyik intermittent jer...

Apam dengan kelapa
Kuih Apam dengan Kelapa

9.00pm - Kitaorg keluar makan di kedai...dekat jer. Kawan Bob, Zairi datang...Order teh...masih sepeti kedai sebelum ni...Pahit. Makanan biasa-biasa jer...Bob ambil kuih apam cicah dengan kelapa...layan jugak.Duduk di kedai tu sampai pukul 12:56am. Sampai rumah sudah pukul 1:00am. Ngantuk yang amat. Hujan masih tak berhenti.

Teh
Teh Panas Yang Pahit

8:30am - Punya la lena tidur sampai tak sedar dah cerah...kat luar tu masih hujan. 

10:00am - Hujan dan berhenti sikit...kitaorg pun merayap2 sekejap. Tiba-tiba hujan lebat balik daaa...kelam kabut cari kedai makan. Makan nasi dagang dengan ayam kari dan nescafe.  Bob dengan teh panas. Seperti biasa kedai2 kat sini kaya dengan teh. Kepekatan teh sama dengan air nescafe aku. Nasi dagang biasa je la...tak sesedap masa makan kat Terengganu dulu. Aku makan kuih cara..sedap. Campur dengan santan kuih cara tu. Ramai sungguh orang yang bungkus kat kedai ni. Hujan lebat...ni sedang tunggu hujan reda. Sana sini orang berpayung dan memakai baju hujan. 

Rantau Panjang
Inilah gerai makan untuk sarapan pagi


Nasi Dagang
Nasi Dagang

Kuih Cara
Kuih Cara - Sedap
Bila hujan reda sikit...kitaorg pergi merayap di kedai2 di sini...saja jamu mata..lepas tu jumpa kawan Bob, Zairi...Zairi sibuk dengan gerai dia...Zairi kata air sungai dah naik...tapi rumah dia still ok...cuma rumah kawan dia (gerai sebelah) ..air dah naik. Tapi diaorg dah prepare ... barang2 semua dah dialihkan ke atas. Diaorg dah biasa bab2 banjir ni so diaorg memang dah prepare awal2. Menurut Zairi biasanya kalau hujan macam pesta, diaorg main air pastu sibuk main.."tanglung"..klu tak silap aku la...dah lupa word tu.Ramai orang jual "tanglung" masa tu.

Rantau Panjang

Rantau Panjang
Pekan Rantau Panjang

Pekan Rantau Panjang
Suasana pagi di Pekan Rantau Panjang

Hujan Rantau Panjang
Hujan Masih Lebat
Banyak benda tak buat lagi ni...sambung lagi la di Part ke 4.

2 comments:

  1. erranis1:26 PM

    cepat sikit sambung tu heeheh..aku nak gi kelantan pulak jumaat ni...

    ReplyDelete
  2. hehehe...sabo2...sibuk memanjang aku ni...

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena