24 Disember 2012
2:00pm - Aku dan Bob dah naik bas dari Rantau Panjang ke Pasir Mas. Kitaorg pergi tengok tiket keretapi dulu, kalau tak ada baru pergi ke Kota Bharu untuk tiket naik bas.
Bas yang lalu jalan dalam dah tak beroperasi sebab jalan dah banjir. Aku naik bas yang terus ke Pasir Mas. Bas ni laju sangat...gerun aku dengan Bob, dah la hujan...selamba je driver bawak laju-laju. Kiri kanan nampak air jer, plak tu ada orang jual ikan di tepi-tepi jalan. Sekejap jer dah sampai Pasir Mas.
Tunggu Kawan Bob Jap... |
Extra beg |
Bob dan Khairi |
Bob dan baju hujannya |
Selepas dapat tiket kitaorg terus berjalan-jalan di pekan Pasir Mas. Sempat la Bob menyinggah di kedai bundle...dapat la sehelai Tshirt. Lepas tu pusing-pusing lagi ... hujan masih turun..pastu kitaorg cari kedai makan. Dah lapar daaa...
Aku dan baju hujan :) |
4:00pm - Masih di kedai makan. Kedai ni berhadapan dengan stesen keretapi. Makan nasi campur..biasa je la..tapi kedai ni nampak macam tak berapa bersih sikit. Bob cakap tak payah nak pandang2 keliling sangat...makan jer...
Bob beli tiket |
5:10pm - masih di stesen keretapi. Bosannya..lama lagi ni. Hujan dah teduh. Bob ntah ke mana merayapnya. Baru cakap dah teduh...turun balik hujan. Lebat plak tu. Bob g beli kain pelikat..lepas tu kitaorg lepak2 dan makan2 kat cafe keretapi ni...makan lagi...ingatkan nak tapau makanan tuk dalam keretapi kang...x ada goreng2 la plak.
Dah Kenyang Ke?? |
7:26pm - Dah ada dalam keretapi. Kelas ekonomi. Not too bad. Ok la...cuma kerusi belah Bob tak boleh nak ke belakang...hehehe..keras kejong la...Bob dah siap belikan makanan dan jajan2. Yeay..kitaorg dah bersedia untuk menempuh perjalanan yang panjang.
9:04pm - Keretapi baru mula bergerak. Punyala la lambatnya. Sepatutnya 7:18pm gerak...delay daaaa.. Sejuk nak mampus dalam ni. Nasib baik la Bob ada beli kain pelikat. Boleh la guna untuk selubung kepala. Aku pakai sweater dengan shawl tapi masih sejuk. Dah la pakai selipar jer. Bahu dah start rasa sakit.
25 Disember 2012
12:15am - Tak tau la di mana ni....sejuk melampaunya...aku dah mula rasa stress sebabnya sejuk sangat. ada akak kat belakang ni macam MIL aku la plak...telefon asyik berdering jer...sibuk bebeno hehehehe...cakap satu koc dengar..hehehe
Bob dan kain pelikat :) |
Aku dah malas nak mencatat sebabnya stress kesejukan...pintu koc ni rosak...asyik kena tolak jer...kalau nak terkencing mau berterabur dengan pintu tu dulu. Kawan bob yang kat Rantau Panjang tu ada call...dia kata Pekan Rantau Panjang dan rumah dia dah dinaiki air...dah banjir...dia dah tangkap 2 ekor ular dalam rumah dia....ish menakutkan. Segala makanan dan jajan2 yang bob beli semua dah langsai...lapar...dan tak ada apa yang nak dibuat. Makan je la.Kawan bob cakap kalau masa musim raya...keretapi lagi pitam...tempat orang lalu lalang tu penuh orang duduk...aiyoooo....dapat aku bayangkan macam mana.Patut la masing2 bawak selimut...rupanya sejuk yang amat.
12:05pm - Dah sampai si stesen keretapi kajang. Satu perjalanan yang memenatkan. Aduhaiiii...tapi satu pengalaman yang menarik. Sesiapa yang ada appointment ke...macam nak naik flight ke kat KL...jangan naik keretapi...delay nya tahap baban. Kepada sesiapa yang tak pernah naik keretapi dinasihatkan bawa selimut tebal...memang sejuk yang amat...pakai kasut....jgn pakai selipar macam aku. Beli la buku cerita ker..supaya tak boring sepanjang jalan..macam aku...aku pasang lagu kat HP aku...beli la makanan secukup nya...hehehe...tapi dalam tu pun ada jual jugak...aku ngan bob mmg suka makan (tengok body la)...tu sbb makanan tu penting ..hehehe...
Sampai rumah...rasa nak pengsan....letih nya hai...apa2 pun aku x serik nak naik keretapi lagi. Bob kata lepas ni cuba plak naik keretapi ke Hadyai.
0 comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh