Pages - Menu

Thursday, May 30, 2013

Terkini: Perlawanan Bolasepak Piala FA 2013 Pahang - Johor

Merujuk kepada n3 yang lepas Penonton Perlawanan Bolasepak Piala FA 2013 Pahang - Johor, berikutan dari kejadian tersebut Pahang dan Johor telah dikenakan denda oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Pahang didenda sebanyak RM100,000 (tiada rayuan dibenarkan) atas sebab-sebab berikut:-


  • gagal mengawal faktor keselamatan sebelum perlawanan
  • kehadiran penonton di atas trek
  • penyokong tuan rumah menyerbu ke arah penonton Johor sebaik sahaja perlawanan ditangguhkan.


Pahang juga terpaksa beraksi di stadium berkecuali dan menanggung semua perbelanjaan pasukan Johor. Johor pula didenda RM20,000 atas sebab-sebab berikut:-


  • Para pemain meninggalkan stadium sebelum 90 minit masa perlawanan
  • Para penyokong berada dalam trek


FAM telah membuat keputusan perlawanan akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang dijadualkan pada 1 Jun 2013, hari sabtu ni. Kejadian penonton yang terlampau ramai di dalam stadium dikatakan berpunca dari 4 pintu masuk ke stadium yang telah pecah. Persoalannya takkan tak sedar pintu dah dipecah dan tak ada plan kecemasan ke? Semoganya ianya menjadi iktibar kepada semua pihak yang terlibat. 

Apa-apapun jom layan gambar masa dalam Stadium Nasional, Bukit Jalil..gambar-gambar ni masa final antara Negeri Sembilan dan Kelantan..masa tu kalau tak silap Negeri Sembilan menang..ntah tahun bila tak ingat dah..

Bukit Jalil Stadium

Stadium Bukit Jalil

Stadium Bukit Jalil

Stadium Bukit Jalil

Sibuk jugak nk interframe
Sape yang tak pernah masuk dalam stadium, leh tengok video kat bawah ni.... 



9 comments:

  1. Banyak-banyak stadium Stadium Larkin JB aje kakak pernah masuk itu pun zaman anak dara dulu..

    Harap tak terjadi lagi kejadian memalukan ini.

    ReplyDelete
  2. menakutkan juga tgk kat berita smlm..
    isk! tak patut kejadian spt ini berlaku di negara kita kan...moga selepas ini semua pihak dpt mengambil ikhtibar.. faktor keselamatan kena di utamakan di mana2 stadium..

    ReplyDelete
  3. Salam noe,
    No problem bg pahang utk byr denda tu,
    Negeri yg kaya dgn hasil hutan, laut dan tanah tinggi nye. No hal ...
    Std nasional bukit jalil d selangor kan,
    Darul ehsan!!! Sntiasa brsifat ehsan utk kepentingan rakan2 lain. Huhu

    ReplyDelete
  4. tak tgk tp ada dgr kat radio.. katanya ada kucing buat onar.. kiki

    ReplyDelete
  5. tak faham betul lah kenapa boleh jadi camtu. apa2 pun kita prefer tengok kat tv je. Dalam seumur hidup ni, pernah sekali je ke stadium tengok perlawanan arsenal yg lawan persahabatan dulu.

    ReplyDelete
  6. saya ni lansung tak minat bola..hehe

    ReplyDelete
  7. harap - harap percaturan tengku mahkota johor menghidupkan kembali pasukan bola JDT menjadi .

    Semoga x de berlaku apa - apa trajedi kat bukit jalil nanti . Kita kan 1 malaysia yg bertamadun !

    ReplyDelete
  8. Peminat fanatik bola rupanya Noe ni hehe...
    OKje bola kat TV tu pun malas nak layan hehe

    ReplyDelete
  9. lalu je,tak pernah masuk...saya gang dgn suami tak minat bola juga..tapi anak suka sangat..

    untuk menjaga hati anak..tiap minggu hantar dia main bola..kami ni layan jugalah kalau ada game kt tv tu..komplen ajelah jawabnya..heheheh

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh