Pages - Menu

Thursday, April 17, 2014

Buah Katak Puru Atau Nam Nam

Assalamualaikum

Hari ini noe nak kongsi dengan kawan-kawan pasal Buah Katak Puru atau dikenali juga sebagai Buah Nam Nam. Sebelum ni noe pernah baca pasal artikel di salah satu blog kawan-kawan, tapi lupa blog mana satu. Buah Katak Puru ni nama saintifik nya ialah Cynometra cauliflora

Buah Nam Nam

Kenapa agaknya namanya dipanggil Katak Puru?? Mungkin kerana luaran buah ni yang mengerutu...macam katak puru tu... Pokok ini sebenarnya ada di rumah mertua. Tapi buah nya ada sebiji jer..sebelum ni lebat juga buahnya...Noe baru merasa buah ini..kalau tak silap tahun lepas atau 2 tahun lepas. Masa tu pokok ni berbuah lebat...tengok adik ipar makan macam tu jer buah ni...Noe pun cuba juga la. Sebelum ni tak pernah jumpa buah ni.

Buah Nam Nam

Apa rasa buah ni??? masam?? manis?? rasanya Lemak Masam...tapi tak masam sangat la. Memang sedap. Kulit tu noe kikiskan jer...basuh pastu terus makan...Mak mertua noe cakap...daun dan buah  ni elok untuk orang yang mengalami tekanan darah tinggi (macam noe la)...tak pasti la betul ke tak.

Buah Katak Puru



31 comments:

  1. Panggil buat katak puru jgk.
    Rumh kt kg bnyk buah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo...ingatkan susah nk cari buah ni...

      Delete
  2. tak kisah buah apa asal atas pokok dan tanah pokok tu tumbuh milik kita ia halal dah cukup heee

    ReplyDelete
  3. libresse digi dan digi heeee

    ReplyDelete
  4. hahaha.. lama tak jumpa buah katak puru ni... kat kampung masa kechik memang ada tanam 4 - 5 pohon... makan yang dah masak kuning jer... hahahaha... Mai kedah ni orang sini panggil buah nam-nam... :D
    Cecah garam + belacan ..kecur air liur weh... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..mak mertua cakap...org utara panggil buah nam nam...fuhhh...cicah ngan belacan??? nanti klu buah tu byk...noe nk cuba gak cicah gram + belacan...nk gak rasa kelazatannya

      Delete
  5. buah dia rasa nak sama macam jambu batu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah...betul tu tihara...cuma yg ni ada masam2 sikit...mungkin sbb x berapa masak sgt lg

      Delete
  6. eemmm...tengok buah nam-nam ni teringat masa kecik-kecik dulu. kat rumah nenek ada pokok ni...memang sedap. Sekarang susah nak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. noe dah tua baru jumpa buah ni KB..sebelum ni x pernah jumpa... :)

      Delete
  7. hehe tak pernah dgr nama pelik mcm ni noe.. wujud jg rupanya yer..

    ReplyDelete
  8. pernah dengo... tak pernah tengok.... ate...memang makannye mentah camtu je???

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah yob....makan mentah camtu jer...sedappp... :)

      Delete
  9. rupe macam buah jambu batu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah...rasa pun ada mcm jambu batu sikit2

      Delete
  10. Anonymous3:53 PM

    yg ini KA suka , byk kat laman rumah MIL hehehe

    ReplyDelete
  11. Biasa saya dengar nama buah ni, tp tak pernah berpeluang merasa lagi...
    3x downy agar baju basuhan bertambah wangi.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo....kira noe lg beruntung la dari khir...sbb dah merasa ehehehe
      terima kasih khir...bertambah wangi la baju noe..

      Delete
  12. Kita pernah makan buah ni kat kampung. Sedap jugak rasa dia..mungkin dah masak kot, sebab dia orang kata rasa dia masam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dh cukup masak kut...sbb yg noe rasa ni agak masam...tp kulit hijau lg...tp masih sedap

      Delete
  13. oooo....kat kg noe dulu x ada buah ni...kt umah mertua baru jumpa

    ReplyDelete
  14. sya baru tahu kewujudan buah ni noe..nmpk sgt buta tanaman.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...noe masa dah tua2 ni pun baru tau...hehehe

      Delete
  15. sekarang ada berbuah lagi tak? nak buat research..

    ReplyDelete
  16. Anonymous11:22 AM

    Saya mencari buah ni..... nak beli kat mana? Saya duk kedah.... info bagi kat no whatsapp, 0175876250

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh