Assalamualaikum
Zina adalah suatu pekerjaan yang kotor dan keji. Satu perbuatan terkutuk dan bagi yang melakukannya adalah besar sungguh dosanya. Satu pekerjaan laknat, pekerjaan syaitan dan perbuatan sesat.
Firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Israk, ayat 32 yang bermaksud:-
"Janganlah kamu hampiri akan zina itu, sesungguhnya (perbuatan zina itu) sangat keji dan jalan yang sesat."
Berbuat zina adalah perbuatan keji sekali kerana dari kejahatan itu terjadi bencana dan kemelaratan, seumpamanya penyakit perempuan, pembuangan bayi, pembunuhan bayi dan sebagainya. Dan akibat dari berzina itu, bilamana lahir anak dari perbuatan itu maka tidak dapatlah dibangsakan kepada siapa anak itu dan nyatalah akan merosakkan pewarisan yang sebenarnya.
Ketika perjalanan Isra' Nabi Muhammmad SAW, baginda melihat:
- beberapa kumpulan manusia laki-laki dan perempuan di hadapan dua piring yang berisi daging. Satu piring berisi daging biasa manakala satu lagi berisi daging juga tetapi bangkai yang busuk dan keji. Tetapi manusia-manusia itu tangannya mengambil dan meratah pada bangkai daging busuk itu sahaja dan daging biasa sedikit pun tidak disentuhnya. Inilah simpulan bagi orang-orang yang melakukan zina, ia ada mempunyai isteri yang halal tetapi masih suka bernafsu mencari perempuan pelacur dan haram.
- beberapa kumpulan manusia yang digantung pada buah dadanya dengan rantai api Neraka, sedang dari faraj mereka keluar nanah yang sangat busuk, sehinggakan ahli Neraka sendiri mengeluh dan mengharapkan agar mereka itu dijauhkan dari mereka. Inilah manusia sewaktu hayatnya gemar melacur dan berzina.
Menurut satu riwayat dari Rasulullah SAW, beliau bersabda:
"Takutilah kamu akan berbuat zina, kerana bagi yang berzina itu akan diberikan 6 macam bala seksaan - tiga seksa sewaktu di dunia, iaitu :-
1. Allah akan mengurangkan rezekinya
2. Allah akan menghilangkan keberkatan umurnya
3. Sewaktu dicabut nyawanya kelak, dengan tiada rahmat dan belas kasihan sedikit pun padanya. "
"Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya 4 macam: Hilang kebaikan pada mukanya, disempitkan rezekinya dan kemurkaan Allah ke atasnya, dan menyebabkan kekekalannya di dalam Neraka." (Riwayat at-Thabranii an Ibni Abbas)
Dan di hati Akhirat kelak, sangatlah murka Allah ke atasnya, sangatlah berat pertanggungan seksa yang ditimpakan ke atasnya dan akan ia diseret ke Neraka dengan rantai.
Sabda Nabi SAW:
"Dan siapa-siapa yang berzina dengan seorang perempuan, sewaktu berbangkit dari kuburnya kelak, sesungguhnya ia merasai sangat kehausan"
Sesungguhnya tersangatlah ngeri azab dan seksa yang akan diterima oleh orang melakukan perbuatan durjana ini.
salam jumaat..
ReplyDeletebesar sungguh dosa zina...
semoga dijauhkan.....
pagi2 klk2 tayar :P
mmg mintak dijauhkan
Deleteterima kasih sobri
takut dengan seksaan api neraka..
ReplyDeletemoga kita & keturunan kita dijauhkan dari perbuatan zina..
betul tu cik jah..takuut..
DeleteSemoga gambaran dari israk-mikraj baginda rasulullah dijadikan renungan dan muhasabah diri kita sebagai umatnya.
ReplyDeleteNgeri kakak bila melihat senario kini menjadi-jadi bagaikan dosa tidak dicatat..
betul tu kakzakie...mmg negeri tengok senario sekarang ni...
DeleteYa Allah, moga kita dijauhi dari nafsu untuk berzina.
ReplyDeletebetul tu lizzie..moga dijauhkan
Deletenauzubillah..
ReplyDeletemohon berlindung ..jauhkan..
InsyaAllah ...perkuatkan iman kita...
DeleteAstagfirullah... semoga dijauhi kita semua dari terjebak ke lembah durjana zina ini... aamiin.
ReplyDeleteSalam Jumaat Noe..
moga dijauhkan..insyaAllah..
Deletetq berkongsi ingatan yg baik utk semua, apapun Allah maha pengampun , kalau dah buat salah bertaubatlah dan jgn terus melakukan dosa kan !
ReplyDeletebetul tu KA...bertaubatlah dan minta ampun dari NYA...dan jgn mengulangi perbuatan tersebut
DeleteAllahuakbar.... mintak jauh le kita dari golongan yang macam ni.....
ReplyDeletesatu pesanan awok pada orang diluo sana termasuk le apda diri awok juga....
kenduri kawen dan maskahwin tu jangan le letak mahei2 sangat....
bukan apa.... kang penzinaan jadi cukup murah dan mudah utk orang dapat......
betul tu Yob...skang ni hantaran melampau2...byk pembaziran jer biasanya...
DeleteNauzubillah. Mohon dilindungi Allah..
ReplyDeleteinsyaAllah Raudzah...perkuatkan iman kita
DeleteSalam Jumaat ...Tesco & INTI untuk Noe..
ReplyDeleteterima kasih raudzah
DeleteNauzubillahiminzalik.
ReplyDeleteminta dijauhkan..
Delete