Pages - Menu

Friday, April 25, 2014

Seksa Melakukan Zina

Assalamualaikum

Zina adalah suatu pekerjaan yang kotor dan keji. Satu perbuatan terkutuk dan bagi yang melakukannya adalah besar sungguh dosanya. Satu pekerjaan laknat, pekerjaan syaitan dan perbuatan sesat.

Firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Israk, ayat 32 yang bermaksud:-

"Janganlah kamu hampiri akan zina itu, sesungguhnya (perbuatan zina itu) sangat keji dan jalan yang sesat."

Berbuat zina adalah perbuatan keji sekali kerana dari kejahatan itu terjadi bencana dan kemelaratan, seumpamanya penyakit perempuan, pembuangan bayi, pembunuhan bayi dan sebagainya. Dan akibat dari berzina itu, bilamana lahir anak dari perbuatan itu maka tidak dapatlah dibangsakan kepada siapa anak itu dan nyatalah akan merosakkan pewarisan yang sebenarnya. 

Ketika perjalanan Isra' Nabi Muhammmad SAW, baginda melihat:

  • beberapa kumpulan manusia laki-laki dan perempuan di hadapan dua piring yang berisi daging. Satu piring berisi daging biasa manakala satu lagi berisi daging juga tetapi bangkai yang busuk dan keji. Tetapi manusia-manusia itu tangannya mengambil dan meratah pada bangkai daging busuk itu sahaja dan daging biasa sedikit pun tidak disentuhnya. Inilah simpulan bagi orang-orang yang melakukan zina, ia ada mempunyai isteri yang halal tetapi masih suka bernafsu mencari perempuan pelacur dan haram.
  • beberapa kumpulan manusia yang digantung pada buah dadanya dengan rantai api Neraka, sedang dari faraj mereka keluar nanah yang sangat busuk, sehinggakan ahli Neraka sendiri mengeluh dan mengharapkan agar mereka itu dijauhkan dari mereka. Inilah manusia sewaktu hayatnya gemar melacur dan berzina. 
Menurut satu riwayat dari Rasulullah SAW, beliau bersabda:

"Takutilah kamu akan berbuat zina, kerana bagi yang berzina itu akan diberikan 6 macam bala seksaan - tiga seksa sewaktu di dunia, iaitu :-

1. Allah akan mengurangkan rezekinya
2. Allah akan menghilangkan keberkatan umurnya
3. Sewaktu dicabut nyawanya kelak, dengan tiada rahmat dan belas kasihan sedikit pun padanya. "

"Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya 4 macam: Hilang kebaikan pada mukanya, disempitkan rezekinya  dan kemurkaan Allah ke atasnya, dan menyebabkan kekekalannya di dalam Neraka." (Riwayat at-Thabranii an Ibni Abbas)

Dan di hati Akhirat kelak, sangatlah murka Allah ke atasnya, sangatlah berat pertanggungan seksa yang ditimpakan ke atasnya dan akan ia diseret ke Neraka dengan rantai.

Sabda Nabi SAW:

"Dan siapa-siapa yang berzina dengan seorang perempuan, sewaktu berbangkit dari kuburnya kelak, sesungguhnya ia merasai sangat kehausan"

Sesungguhnya tersangatlah ngeri azab dan seksa yang akan diterima oleh orang melakukan perbuatan durjana ini. 

22 comments:

  1. salam jumaat..
    besar sungguh dosa zina...
    semoga dijauhkan.....


    pagi2 klk2 tayar :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mintak dijauhkan
      terima kasih sobri

      Delete
  2. takut dengan seksaan api neraka..
    moga kita & keturunan kita dijauhkan dari perbuatan zina..

    ReplyDelete
  3. Semoga gambaran dari israk-mikraj baginda rasulullah dijadikan renungan dan muhasabah diri kita sebagai umatnya.

    Ngeri kakak bila melihat senario kini menjadi-jadi bagaikan dosa tidak dicatat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kakzakie...mmg negeri tengok senario sekarang ni...

      Delete
  4. Ya Allah, moga kita dijauhi dari nafsu untuk berzina.

    ReplyDelete
  5. nauzubillah..

    mohon berlindung ..jauhkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ...perkuatkan iman kita...

      Delete
  6. Astagfirullah... semoga dijauhi kita semua dari terjebak ke lembah durjana zina ini... aamiin.
    Salam Jumaat Noe..

    ReplyDelete
  7. Anonymous12:48 PM

    tq berkongsi ingatan yg baik utk semua, apapun Allah maha pengampun , kalau dah buat salah bertaubatlah dan jgn terus melakukan dosa kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu KA...bertaubatlah dan minta ampun dari NYA...dan jgn mengulangi perbuatan tersebut

      Delete
  8. Allahuakbar.... mintak jauh le kita dari golongan yang macam ni.....
    satu pesanan awok pada orang diluo sana termasuk le apda diri awok juga....
    kenduri kawen dan maskahwin tu jangan le letak mahei2 sangat....
    bukan apa.... kang penzinaan jadi cukup murah dan mudah utk orang dapat......

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Yob...skang ni hantaran melampau2...byk pembaziran jer biasanya...

      Delete
  9. Nauzubillah. Mohon dilindungi Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah Raudzah...perkuatkan iman kita

      Delete
  10. Salam Jumaat ...Tesco & INTI untuk Noe..

    ReplyDelete
  11. Nauzubillahiminzalik.

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh