Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ini cerita pada 27 dan 28 Disember 2014. Kalau sebelum ini noe bercerita tentang Bukit Malawati (Baca Di SINI), kali ni noe nak bercerita pasal Thekabin. Noe singgah di Bukit Malawati dulu sebelum terjah ke Thekabin Kuala Selangor. Memandangkan cuaca yang asyik hujan dan banyak kawasan telah dilanda banjir, noe terpaksa tukar plan dari Janda Baik ke Kuala Selangor. Cari kawasan yang dekat je.
Noe dapat maklumat berkenaan dengan Thekabin ini melalui perkongsian di FB. Tujuan memang nak bawa anak berendam dalam kolam. Kalau tak ada kolam tak bess pulak budak dua orang tu. Bila dah sampai sana, banyak juga tempat yang boleh dilawati. Bab makanan banyak pilihan ada. Kepada yang malas nak keluar, dalam Thekabin pun ada cafe.
Sumber Gambar |
Ruang Membaca |
Tempat BBQ |
Basikal Untuk Di sewa |
- kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak,
- cafe dan ruang membaca (bersama dengan front desk)
- tempat BBQ
- bilik serbaguna
- bilik karaoke
- wifi (signal kuat di kawasan cafe, dalam bilik yang noe duduk, signal kurang)
- sekuriti 24 jam (ada CCTV dan bila malam, pintu di lock dan ada security guard yang jaga)
- sewa basikal (sewa RM10 sejam dan yang basikal boleh naik 2 orang tu RM20 sejam)
Rumah Pokok |
Macam mana suasana dalam kabin?? Nama bilik/kabin di sini dinamakan mengikut nama pelabuhan. Ada Rotterdam, Antwerp, Felixstowe, Hamburg, Durban dan sebagainya. Nama pelabuhan di Malaysia yang digunakan ialah Kelang. Noe tinggal di bilik Keihin. Ini sahaja bilik yang tinggal masa noe nak booking tu. Bilik ini ada 4 bunk beds. Suasana dalam bilik Keihin seperti dalam gambar di bawah. Masalah ketara dalam bilik ini ialah ruang untuk solat. Ruang memang kecil, so dalam bilik ni noe terpaksa solat di depan pintu masuk...itu sahaja ruang yang ada. Ada balkoni tapi balkoni ni kongsi dengan bilik depan. Memandangkan bilik depan kosong, so ruang tu noe sekeluarga je la yang guna.
Rumah Pokok |
Bagaimana suasana malam di sini? Bila malam, pintu masuk ke Thekabin memang di lock. Tapi ada pengawal keselamatan yang jaga. Noe dan bob bila pergi mana2 memang suka lepak bila malam. So tempat kitaorg lepak di balkoni. Dari balkoni boleh dengar orang menyanyi, ada karaoke di kedai makan di tepi pantai tadi. Banyak je kereta keluar masuk, rasanya kebanyakkannya pergi ke tempat karaoke tu. Waktu malam di Thekabin terang je..boleh lepak di tepi kolam renang.
Kepada mereka yang berminat untuk menginap semalam dua di sini, boleh tengok rate di bawah ni. Boleh juga layari laman web mereka di SINI. Beberapa hari selepas itu, cerita tentang Thekabin ini ada keluar dalam Majalah 3. Tahniah kepada anak-anak muda ini. Teruskan usaha. Cuma satu yang kena improve, rasanya Thekabin boleh mencari pekerja yang berkelayakan untuk mengemas katil dan bilik sebab masa noe masuk bilik tu, cadar tak berapa kemas dan lagi satu ada semut sekor dua ekor. Boleh di improvekan lagi. Bilik memang bersih, bilik air pun bersih. Apa2 pun good luck untuk Thekabin.
bestnya bolehlh knor pg nti... cuti kli ni mmg tk kmna pun.. tq infonya noe..
ReplyDeleteknor mmg tk berapa suka trip cuti yg jauh mkn masa nk sampai.. yg dkt2 tu lbih mudah..
kalau trip jauh2 ni...letih rasanya knor...lg pun cuaca pun x berapa bagus..boleh la knor terjah ke sana :)
Deletemenariknyaa the kabin tuu. suasana persekitaran pun cantik ^__^
ReplyDeletemenarik gak nani...nanti ajak mak ayah g sana....hehehe
Deletemahal jugak harganya kalau pergo sorang mmg tak mampu sbb minima 2 org satu bilik itu pum RM190++./ Sangat sesuai jia bawak family kan
ReplyDeleteBagi JM klaau aa anak-anak nak yg mandi swimming pool or nk buat family gathering sesuai kot
aah JM...klu g sorang mcm tak berbaloi...g ramai2 baru bess...
DeleteNoe....mcm pernah terbaca....kat mana tak ingat....dlm paper kot.....Menarik jugak ni....
ReplyDeleteKawasan pun cantik ek.....
Yelah bebudaknmesti nak berkuak lentang hihi
pernah masuk Majalah 3 Okje...
Deleteboleh la...
hehehe...kuak lentang tu yg diaorg tunggu2...
Menariknya tempat ni.. saya baru tau.. kreatiflah. Thanks sharing sis.. :)
ReplyDeleteNo prob khir :)
DeleteGood entry. Mcm teruja je. Hihi
ReplyDeleteKak.. cuba Grand Lexis or Avillion PD.. kolam da bomb!
ReplyDeletestyle... macam kontena..
ReplyDeleteBoleh tahan jugak harganya yerp. Tau pasal ni pon sebab tengok dalam majalah 3.
ReplyDeleteThanx for sharing pasal tempat the Kabin ni. Ingat cuti sekolah nak pegi sini, tapi fully booked pulak. Harap ada rezeki next time ke sana. :-)
ReplyDelete