Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cuti sekolah itu hari noe berkesempatan bawa anak-anak noe pergi ke Bukit Malawati Kuala Selangor. Kali pertama kitaorang singgah sini. Biasa lalu je kawasan Kuala Selangor ni. Ada kawan Bob yang bagi cadangan pergi ke Bukit Malawati ni.
Kalau sesiapa yang ingin pergi ke Kuala Selangor boleh lihat panduan untuk ke sana seperti di bawah ini.
Panduan/Akses Ke Daerah Kuala Selangor
a) Dari Kuala Lumpur / Klang melalui Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang - Teluk Intan
b) Dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Selangor - Kuala Lumpur (LATAR-E25)
c) Dari Lebuhraya Utara - Selatan E1
d) Dari Teluk Intan melalui Jalan Klang - Teluk Intan
Pengangkutan awam:
a) Bas Selangor no.141 dari platform 2 di stesen bas Pudu Sentral Kuala Lumpur. Tiket boleh dibeli di dalam bas dan jika dari Klang, ambil bas Kuala Selangor di Stesen Bas Klang.
b) Teksi yang disediakan di terminal Pudu Sentral Kuala Lumpur atau Klang
Sejarah Bukit Malawati
Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah. (info dari SINI)
Jadi apa yang menarik di Bukit Malawati ni? Bila sampai sana, kitaorang letak kereta di bawah sebab kereta tidak dibenarkan naik ke atas waktu cuti hujung minggu dan cuti umum. Kat bawah tu, kalau ada yang nak mengambil gambar dengan burung kakak tua dan ular, boleh la ambil di sini tapi ada bayaran la.
Nak naik ke Bukit Malawati tu, kitaorang menggunakan train kat bawah ni...ada 2 jenis kepala train tu..kitaorg naik yang warna kuning merah tu. Harga tiket RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Ramai juga pengunjung masa ni.
Di atas bukit ini juga terdapat Rumah Api.
Rumah Api |
la tak pernah tau plk ada bukit malawati kat kuala selangor ni..pada hal selalu pergi..yg setahu knor kat melawati dkt2 rumah knor adalah hihi..
ReplyDeleteketinggalan gamaknya hamba ni
hehehehe...noe pun baru tahu kak nor... teruk betul kita ni yer...hehehehe
Deletetak pernah sampai lagi sana. nanti ada masa boleh laa pergi :D
ReplyDeleteinsyaAllah akan sampai nanti nani..
Deletemama tak pernah pergi.. teringin gak nnt kalu ada peluang nak terjah kat sana.. :)
ReplyDeleteterjah jgn tak terjah mama...leh berkenalan dengan monyet2 kat sana...hehehe
DeletePernah pergi tahun 2012 dulu.. mmg seronok. Permandangan atas bukit tu menenangkan.. bestlah. Teringin nak pergi lagilah nanti.. :)
ReplyDeleteaah Khir...tenang je rasa kat atas tu...bawa anak2 mesti diaorg suka Khir...
Deleteramai kawan2 share dalam blog dorang pergi ke sini bila baca blog ni terjua gak nk ke sana..direction dan panduan dh ada..boleh lah try nanti :-)
ReplyDeleteoooo... x jauh pun JM...sekejap je dah sampai...
DeleteBukit Melawati ni femes masa okje kecik kecik. Time tu kalau dtg KL rumah kakak pergi jugaklah ke sini.... Tapi tak ingat dah dulu macam mana Bukit ni.....
ReplyDeletePergi berjalan dgn sakit perut surelah tak best....sian abg Ali
oooo...kira okje dah biasa la terjah ke sana masa kecik2...noe dah tua baru la jejak ke sini...hehehe
Deleteaah OKje...muka x happy jer...
G Naik kereta seri br puas..klu naik tram waktu agak terhad
ReplyDelete