Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor Dan Taman Ikan Air Tawar
Tak habis lagi cerita di Bukit Malawati Kuala Selangor (punya lama daaa nak habis). Sebelum ini noe cerita tentang kedatangan ke Bukit Malawati (baca DI SINI) dan Monyet di Bukit Malawati (baca Di SINI) Kali ini noe nak kongsi suasana di sekitar Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor. Datang sini tak rugi sebab macam-macam boleh tengok.
Muzium ini memang berkisar tentang sejarah Kuala Selangor itu sendiri. Dalam muzium tak boleh nak ambil gambar, jadi ambil gambar di luar muzium sahaja lah. Suasana kat sini rasa aman dan damai jer...
Berikut adalah serba sedikit Sejarah Kuala Selangor (Info dari SINI)
Nama Selangor bermula dari Kuala Selangor, sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Timbulnya nama Selangor adalah sempena sungainya. Kuala sungai ini dinamakan Kuala Selangor. Zaman dahulu memang telah menjadi kebiasaan orang menamakan sesuatu tempat itu dari nama sungai. Sebagaimana yang diketahui mereka tinggal di tebing sungai yang menjadi alat perhubungan ketika itu.
Diagakkan nama Selangor (Kuala Selangor) ini juga telah wujud lebih awal dari Kurun Masehi 15, kerana sebelum Melaka dikalahkan oleh Portugis dalam tahun 1511, Kuala Selangor pernah ditakluk oleh Melaka.
Dalam Sejarah Melayu menyebut zaman Paduka Seri Maharaja memerintah Singapura ada seorang Pasai bernama Tun Jana Khatib mahir Ilmu Khayal Lillah dan Tauhid mempunyai dua orang sahabat iaitu seorang pergi ke Samarlingga (Selangor) dan seorang lagi ke Bungoran sementara Tun Jana Khatib pergi ke Singapura. Mengikut catitan, Paduka Seri Maharaja memerintah dalam Kurun Masehi 14 (1301-1400 ). Jika keterangan ini benar, jelaslah bahawanama Selangor telah pun adaketika itu ada pun sebelumnya. Dalam kitab Jawa Negarakertagama yang terkarang di pertengahan Kurun Masehi 14 pula menyebut nama Klang tertakluk ke Majapahit.
Beberapa keping peta lama tersimpan di negeri Cina dan dipercayai peta itu yang menjadi panduan kepada Laksamana Cheng Ho, salah seorang ahli perlayaran Cina yang dipercayai belayar dalam tahun 1405-1433. Dalam peta tersebut ada tertulis Sungai Klang dan Selangor darat. Sejarah Melayu juga ada menyebut di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1458), Tun Perak telah dijemput menjadi Penghulu di Klang.
Dalam khutub khanah Royal Asiatic Society di London terdapat senaskhah Sejarah Melayu bertulis tangan terkumpul bersama-sama buku Raffles ada menyebutkan Tuan Bendahara Johor mengahwinkan anaknya, Tuan Mahmud dengan puteri Raja Beruas (Perak) dan Tuan Mahmud diberi memerintah Selangor.
Memandangkan segala keterangan di atas, nyatalah nama Selangor telah ada sebelum Kurun Masehi 15. Selangor yang dimaksudkan oleh keterangan di atas ialah Kuala Selangor sekarang ini di mana bermulanya politik negeri tersebut. Kata-kata ini tidak siapa yang dapat menafikan kerana segala bukti yang membenarkan bahawa di Kuala Selangorlah bermulanya pentadbiran negeri itu masih terdapat hingga sekarang.
Sebelum Daeng Chelak, anak raja Bugis lima bersaudara dari Pulau Sebilis itu datang ke Selangor, di Kuala Selangor telah memang ada didiami oleh manusia diketuai oleh seorang perempuan yang adil dari kaum Bugis yang bernama Upu Chendera Burung. Sifat seorang pemerintah yang bertimbangrasa inilah yangmempengaruhi hati penduduk asli di situ, hinggakan mereka bersumpah tidak akan melantik ketua yang lain kecuali dari keturunan Bugis. Faktur inilah yang menyebabkan kedatangan Raja Lumu ke Selangor telah diterima baik oleh penduduk tempatan.
Apabila meninggalnya ketua mereka,lalu dikebumikan di atas sebuah bukit. Mengikut ceritanya bukit itu ialah Bukit Hospital yang berhampiran dengan Majlis Daerah Kuala Selangor sekarang ini (1979). Di sisi pusara Upu Chendera Burung ini terdapat sebuah kolam air tawar dan sepohon bunga Tanjung.
seronok jalan2 tempat bersejarah cenggini kaknoe :)
ReplyDeletetapi x semua org suka tempat bersejarah ayunie... :)
DeleteBestnye KAK..tak pernah smpai ke sini
ReplyDeleteklu tiba2 ke kuala selangor...boleh la ikhwan singgah sini..
DeleteMesti seronok pergi jalan-jalan macam ni. Nak kena pergi juga jika ada rezeki nanti.
ReplyDeleteanak2 yg seronok pokok manggis depan rumah...sedapnya buah manggis...hehehe...terima kasih singgah sini..
Deletekuala selangor pun ada muzium yang best..buat pencinta sejarah sini tempat wajib datanglah noe kan
ReplyDeleteaah PK..ada muzium...noe dengan bob mmg suka pegi tempat2 sejarah mcm ni... :)
Deleteseronoknyaa jalan jalan. teringin nak pergi :D
ReplyDeletejgn teringin je inani..nanti terjah je.. :)
DeleteHi Kak! lama saya tak bukak blog! tu je...n walaupun kuala selangor dekat, saya ttak pernah singgah pon ctu.. tsk tsk.. :'( kalau g area sana pon, untuk mancing..heee :D
ReplyDeleteHi Khamsi....fuhhh lama x dengar cerita...blog pun mcm x berupdate jer...hehehe...ooo kaki pancing la ni...memancing kt sana pun bess...banyak port mancing...
DeleteMuzium ni kemas dan cantik.. suka tengok telefon lama yg ada kat situ. Dapat pasang satu kat rumah tu mmg klasih sungguh hehee.. Menarik.. :)
ReplyDeleteaah...mmg elok berjaga muzium nyer...hehehehe...noe pun berminat nk letak phone klasik tu...hehe
Deletesalam noe ..
ReplyDeletekepala meriam tu nak bedil apa tu agak nya ..
satu tempat yg bagus utk bawa anak2 ..
sekurang2 nya dapat kenalkan kt mereka sejarah ..
salam aby...
Deletenak bedil kepala org yg degil2...hehehe
budak2 tu lebih suka kat monyet aka beruk tu...tp diaorg suka juga muzium tu
Best dapat melawat tempat bersejarah ni kan :)
ReplyDeletebess juga aishah...dapat info pasal tempat tu..
Deletetak pernah sampai juga noe
ReplyDeletekena pergi ni knor :)
Deletepernah sekali jalan2 dengan kawan kat area kota bharu kelantan, last2 macam mna ntaj kami bleh masuk muzium.. macam skema je jalan2 masuk muzium. tapi bila dah masuk rasa best la plak.. rasa macam x rugi singgah..
ReplyDeletehehehehe...jalan2 masuk muzium mmg rasa skema...mcm zaman sekolah2 dulu je...tp mmg byk info boleh dpt kat muzium...klu pha is pegi muzium polis n tentera lagi bess.. :)
DeleteMuseum kuala selangar..ya Apun..nampka sgt JM x tahu..rupanya ada byk tempat menarik hanya di kuala selangor yg JM tahu asyik nk g melancong ke luar negara je walhal dalam msia pun masih byk tempat menarik huhuh
ReplyDeletehehehe...JM layan obersea jer...mcm sis nk ke obersea x mampu...mampu baca je la...hehe
DeleteAda muzium jugak rupanya ye Noe.... dah terlanjur ke sana ye dak.....kalau okje mesti ngelat ni....cari tempat lain selain muzium hihi
ReplyDeletehehehehe...mesti OKje x minat g muzium ni...apa lagi...g tengok helang pun ada gak kat sana...
DeleteSuka sangat dengan tempat besejarah mcm ni.. Kuala Selabgor jer.. tapi tak boleh nak sampai lagi huhuhuu.. :D
ReplyDelete