Pages - Menu

Friday, January 23, 2015

Wajarkah Bekalkan Telefon Pintar Untuk Anak Remaja Kita?

Assalamualaikum dan Salah Sejahtera

Sekarang ni noe memang amat kurang berblog, sama ada blog walking ataupun update entry. Terima kasih pada kawan-kawan yang masih terjah ke blog noe ni. Hari ini noe nak berceloteh pasal telefon pintar. Sebelum ini noe ada bercerita tentang kebaikan dan keburukan telefon bimbit dan juga kebaikan dan keburukan teknologi. Setiap ciptaan manusia itu pasti ada baik dan buruknya.


Telefon Bijak
Sumber Gambar


Bercakap pasal telefon pintar, sesiapa yang tidak memiliki telefon pintar, ianya dikatakan sebagai ketinggalan zaman dan kolot. Ianya seolah-olah alat yang wajib dimiliki. Dari pemerhatian noe, hampir semua remaja memilik telefon pintar dan noe tak pernah lagi terpandang remaja yang menggunakan telefon tidak pintar :). Malah anak-anak yang berada di sekolah rendah juga sudah memiliki telefon pintar. Malah telefon yang mereka miliki lebih canggih dari telefon noe. Jeles la pulak rasanya...tapi apa nak buat...itu sahaja yang noe mampu miliki. 

Persoalannya adakah berbaloi membekalkan anak-anak kita dengan telefon tersebut? Pernahkah kita terfikir akan kemampuan anak-anak kita dalam membezakan yang mana baik dan yang mana buruk? Adakah anak-anak yang berada di sekolah rendah berkemampuan untuk berfikir seperti orang dewasa, sedangkan orang dewasa juga masih tidak dapat menggunakan telefon pintar tersebut dengan pintar. Kenapa noe kata orang dewasa sedemikian???? Salah satu senario yang berlaku dalam masyarakat kita..

Abu sudah berkahwin dengan Minah selama 18 tahun dan dikurniakan 5 orang anak yang cantik dan kacak. Mereka pasangan yang bahagia. Baru-baru ini Abu join group sekolah lama dia di Whatsapp. Abu berjumpa dengan kawan-kawan sekolah lama. Salah seorang kawan perempuan sekolah Abu iaitu Joyah sudah kehilangan suami. Abu hari-hari berchatting dengan Joyah menggunakan Whatsapp sehingga timbul perasaan cinta antara mereka. Mereka berjanji untuk berjumpa di hotel dan bila mereka berjumpa, maka terhasil lah sumbang mahram sehingga Abu merakam aksi sumbang mahram mereka dengan menggunakan telefon pintar Abu. Apabila Abu balik ke rumah, Minah menggunakan telefon pintar Abu, Minah terjumpa video yang dirakam Abu, walaupun video tersebut tidak menunjukkan muka Abu, namun sebagai isteri yang telah bersama selama 18 tahun, Minah kenal setiap inci tubuh Abu. Perang besar berlaku dan Minah dengan geramnya telah menghantar video tersebut kepada boss Abu dengan menggunakan Whatsapp dan mengupload video tersebut di youtube dengan menggunakan telefon pintar tersebut. Apabila boss Abu terima kiriman video tersebut, Abu telah diberhentikan kerja dengan notis sebulan. 

Ini salah satu senario yang berlaku dan ini adalah cerita yang benar berlaku. Banyak lagi senario lain yang berlaku dalam masyarakat kita hasil dari kecanggihan teknologi telefon pintar ini

Orang dewasa yang sudah hidup 50 tahun hidup pun masih tidak mampu memikirkan kesan yang akan berlaku hasil daripada apa sahaja tindakan yang mereka lakukan. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, video tersebut begitu mudah tersebar. Apa yang anak-anak atau remaja fikirkan semasa melihat video tersebut? Anak-anak kecil dan remaja masih memerlukan bimbingan ibu bapa. Kita sebagai ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar dalam mendidik mereka untuk menjadi insan yang berguna dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Jangan kita ambil mudah dalam semua perkara. Kesannya amat besar kepada anak-anak kita. 

Ibu bapa pasti mempunyai alasan untuk membekalkan telefon tersebut kepada anak-anak mereka. Tak salah untuk memberikan mereka telefon, tapi tak salah juga jika kita membekalkan mereka dengan telefon yang hanya boleh terima call dan sms. Pastinya tujuan kita membekalkan telefon tersebut supaya memudahkan kita untuk menghubungi mereka. 

Memang banyak kebaikan menggunakan telefon pintar, namun kadang-kadang penggunaan telefon tersebut lebih banyak buruk dari baiknya. Baru-baru ini noe singgah di kedai makan, terjumpa satu kumpulan remaja yang noe agak berusia antara 11 - 13 tahun. Kebanyakan dari mereka semuanya mempunyai telefon pintar dan dikedai tersebut ada menyediakan Wifi. Masing-masing begitu tekun mengadap telefon masing-masing. Noe perasan la jugak, ada yang main game, ada yang sedang tengok video, ada yang berfacebook dan ada juga yang sedang berwhatsapp. Rasanya inilah applikasi yang biasa mereka gunakan, bukan mereka sahaja tetapi kebanyakan dari kita semua. Ini belum kita fikirkan masa yang kita guna untuk mengadap telefon tersebut.

Panjang pulak noe membebel kali ini...noe bukannya apa...takut dengan gejala sosial yang banyak berlaku di kalangan anak remaja kita. Noe pun mempunyai anak...sama-sama kita fikirkan demi kebaikan anak bangsa kita. 

8 comments:

  1. Emmm jujur kata, Sha sangat tak setuju dengan membekalkan gadget2 serba mewah ni pada anak2... budak2 kini dah semakin berani melakukan apa yang diorang tengok... Contoh ; kissing & kearah2 itu... nauzubillahminzalik...

    Dunia serba mewah, anak2 makin liar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sha...mereka mudah terpengaruh dan mengikut apa yang mereka lihat...cabaran untuk ibu bapa zaman sekarang...mewah tak semestinya membekalkan anak2 dengan gadget2 mewah juga...

      Delete
    2. Saya setuju ngan shagojes ni! Banyak sangat benda luar yang tak ditapis. bahaya untuk pemikiran budak2..

      Delete
    3. betul tu Khamsi...Sha mmg gojes...hehehe... mmg x sesuai untuk budak2...

      Delete
  2. tulh noe, mcm2 kan akhir zaman ni... apa jer yg berlaku sekeliling sekejap jer dpt tau.. lalai tu leh nak katalh...
    ada baik dn buruknya bt student bwa hp ni... dulu2 tak ada, ok jerkn.. anak knor sampai skrg pakai gajet cap ayam, tu pun leka... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Knor...zaman teknologi skang ni...segala maklumat begitu pantas kita terima.....cap ayam pun x kisah knor...janji diaorg boleh dihubungi...

      Delete
  3. salam noe ..
    klu merujuk kpd jodol entri ni .
    memang tk perlu anak2 di bekalkan dgn smart phone,
    sbb lebih melalaikan dari menfaatkan utk satu kebaikan ..
    cume, budak2 ni sanggup berlapar dlm berjimat utk membeli fon yg mereka idamkan ...
    wah .. gaget cap ayam tu model baru yer!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aby...
      tuk anak2 sekolah rendah n awal remaja tu x yah la rasanya...
      betul tu aby...tp noe mmg dah pesan kat anak2 noe..jgn mimpi...kumpul duit sendiri pun x kan benarkan...hehehe
      model baru tu aby....ayam yg buat...hehehe

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh