...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Saturday, October 13, 2012

Kebaikan dan Keburukan Telefon Bimbit

Telefon



Kali ini kita akan membincangkan kebaikan dan keburukan telefon bimbit. Pada masa kini, telefon bimbit bukan sahaja di gunakan sebagai alat perhubungan malah fungsi nya telah meningkat untuk kegunaan-kegunaan lain seperti melayari internet, mendengar muzik, kamera dan sebagainya. Di samping kebaikan teknologi ini, terdapat juga keburukan-keburukan yang harus kita tangani dengan bijak.

Kebaikan:-

1. Alat perhubungan / komunikasi

Telefon bimbit sebagai alat perhubungan. Ini merupakan tujuan asas pembuat telefon bimbit di mana ianya dijadikan sebagai alat berkomunikasi sesama manusia tidak di kira di mana mereka berada. Pada masa dahulu manusia hanya dapat berhubung melalui surat yang mana memakan masa beberapa hari untuk sampai. Telefon rumah hanya untuk mereka yang berada dan telefon awam boleh digunakan tapi terhad di sesetengah tempat sahaja. Teknologi telah berkembang, manusia tidak kira masa dan di mana mereka berada boleh berkomunikasi hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Bukan sahaja dengan membuat panggilan tetapi juga boleh berkomunikasi dengan menggunakan Gtalk, Yahoo Messenger, Skype dan sebagainya.

2. Mendapat maklumat terkini

Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di mana dengan adanya telefon ini, maklumat terkini dapat diketahui dengan pantas. Ianya hanya dengan melayari internet ataupun menggunakan applikasi seperti twitter. Di samping itu, maklumat terkini dapat disampaikan hanya dengan membuat panggilan.

3. Sebagai Alat Hiburan 

Telefon bimbit masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan di mana ianya telah dilengkapi dengan fungsi untuk mendengar muzik, video, kebolehan untuk mengambil gambar dan berkongsi gambar dengan kawan-kawan dan juga permainan. Ini telah menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja untuk memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit pintar sekarang juga telah menjadi kegilaaan kepada para remaja kerana kebolehannya untuk mengakses laman sosial seperti Facebook dan Twitter

4. Memudahkan Kerja

Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan telefon bimbit untuk mengakses email mereka. Ini memberi kebaikan kepada mereka yang banyak membuat kerja luar. Kebolehan telefon bimbit masa kini untuk mengakses email dan juga applikasi-applikasi lain seperti maps, words, excel, pdf, calendar, reminder dan sebagainya telah memberi pelbagai kemudahan kepada mereka dan kita juga khususnya.

Keburukan:-

1. Penyebaran khabar angin

Telefon bimbit telah dijadikan sebagai alat untuk penyebaran khabar angin. Ini berlaku apabila khabar angin yang nyata palsu telah disebarkan melalui kiriman sms. Kepada mereka yang mudah percaya tanpa membuat siasatan dahulu dengan mudah menyebarkan kepada pihak lain tanpa menyiasat kesahihan khabar tersebut. Ini sekaligus telah member impak yang buruk kepada pihak pihak tertentu.

2. Penyebaran unsur-unsur lucah

Penyebaran unsur-unsur lucah seperti gambar dan video amat mudah dengan adanya telefon bimbit.  Kebolehan telefon bimbit untuk memuatkan turun gambar/video dan juga fungsi Bluetooth telah memudahkan penyebaran unsur-unsur lucah ini. Ianya telah memberi impak yang tidak baik kepada para remaja khususnya kerana sikap mereka yang ingin tahu perkara-perkara yang baru kepada mereka. Ini merupakan salah satu punca akan kenaikan kadar kes tidak bermoral di sekolah. 

3. Pembaziran Wang

Pembaziran wang berlaku apabila penggunaan sms, mms, panggilan dan GPRS yang terlampau banyak dan melebihi kemampuan. Sekiranya telefon bimbit digunakan oleh pelajar, ibu bapa terpaksa menanggung kos tersebut. Para remaja khususnya begitu mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang dipaparkan seperti memuatkan turun lagu dan applikasi yang sesetengahnya dikenakan bayaran. Undian Akademi Fantasia juga merupakan salah satu pembaziran yang tanpa kita sedari telah member keuntungan berganda kepada pembekal servis talian.

4. Pembaziran Masa

Di antara keburukan lain yang dapat di kenal pasti ialah pembaziran masa. Ini berlaku apabila masa banyak dihabiskan dengan bermain “games”, melayari laman-laman sosial, melayan sms/mms dan juga ber”chatting”. Masa yang banyak dengan telefon bimbit telah menyebabkan masa untuk beriadah, membaca buku, berjumpa kawan-kawan dan masa dengan keluarga telah terhad. Ini memberi impak yang tidak baik untuk jangka masa panjang.

5. Perbualan di kalangan ahli keluarga / kawan-kawan berkurangan

Kalau kita lihat masyarakat kita di luar sana, hampir semua sibuk dengan telefon bimbit. Contoh yang ketara apabila kita pergi ke kedai makan, satu keluarga sedang menunggu pesanan mereka sampai, anak-anak, mak dan bapa semua sibuk dengan telefon bimbit. Perbualan terlampau kurang. Adakah ini sesuatu yang baik untuk masyarakat kita di masa hadapan?

6. Menjejaskan Kesihatan

Penggunaan telefon bimbit yang terlampau lama boleh menjejaskan kesihatan. Mata terpaksa bekerja kuat dan akan menjadi cepat letih kerana memberi fokus yang terlampau lama pada “screen” yang kecil. Bahu dan tengkuk juga akan terasa sakit akibat lama menunduk mengadap telefon bimbit. Jari juga boleh sakit sekiranya terlampau lama membalas sms. Di samping itu juga, sinaran radiasi juga dikhuatiri mampu untuk mengganggu kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

7. Menjejaskan Pelajaran

Keburukan ini khusus kepada para pelajar di mana pelajaran mereka boleh terjejas sekiranya masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji pelajaran telah diganti dengan masa melayan telefon bimbit. Ianya sekaligus telah melalaikan mereka. Pelbagai aplikasi yang menarik dalam telefon bimbit lebih menarik minat mereka daripada mengadap buku pelajaran. Sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke dalam kelas, perkara lebih buruk akan berlaku di mana tumpuan kepada apa yang di ajar oleh guru akan terjejas. Kebenaran untuk membawa telefon bimbit ke sekolah adalah sesuatu yang perlu difikirkan oleh semua pihak. Jangan hanya kerana satu dua kebaikan telah menutup empat lima keburukan. Lebih banyak keburukan daripada kebaikan membawa telefon bimbit ke sekolah.

Inilah antara kebaikan dan keburukan telefon bimbit kepada kita semua. Kita mesti lah bijak dalam menggunakan telefon bimbit. Gunakan untuk kebaikan dan jauhi keburukan yang mana boleh member kesan yang buruk kepada kita semua. Fikir-fikirkan.

24 comments:

  1. Anonymous11:19 AM

    terbaik!!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:45 AM

    thank you so much......

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:39 PM

    saya telah menyiapkan kerja sekolah... thank you..

    ReplyDelete
  4. l finished my homework too.. thk:)

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:52 PM

    Trust me this question is on the spm bm 1 bahagia B. So this is a better way to get prepared. Good luck. Pengubal soalan here.

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:37 PM

    to be the best ..!!

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:05 PM

    cant write PD MASA KINI right??
    my teacher said kini ialah kini,tak boleh pada masa kini~~~@@

    ReplyDelete
  8. Anonymous10:30 AM

    Thank you !!!!!! ;)

    ReplyDelete
  9. Anonymous10:12 PM

    love it!

    ReplyDelete
  10. Anonymous8:45 PM

    Why couldn't I copy it??

    ReplyDelete
  11. Anonymous8:24 PM

    It's the best but where is the conclusion?

    ReplyDelete
  12. Anonymous10:04 PM

    Tiada penegasan dalam setiap isi . But this is the best tho .

    ReplyDelete
  13. saya wat keje skola auw.....

    ReplyDelete
  14. malas arh nak belajar bro,,,

    ReplyDelete
  15. Anonymous1:22 PM

    Boleh lahh. . .

    ReplyDelete
  16. Tan wai teng8:03 PM

    I love u
    Lovvvveeee

    ReplyDelete
  17. Tan wai teng8:04 PM

    Dddddear

    ReplyDelete
  18. Anonymous9:40 AM

    yes..saya dah dapat kerja rumah..thank you....

    ReplyDelete
  19. Anonymous9:53 AM

    I love you I love you I love you so so so much. This is the best information that i can get to finish my project.

    ReplyDelete
  20. Anonymous2:39 PM

    Maklumat yg sungguh berguna

    ReplyDelete
  21. Anonymous9:46 AM

    sankyou

    ReplyDelete
  22. Anonymous10:46 PM

    Thank

    ReplyDelete
  23. Seimbangkan kegunaan kemudahan teknologi yang ada. Jangan sampai lalai.

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© n O e s u h a i m i, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena