nOesuhaimi

...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, June 18, 2019

Durian Dah Luruh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ini cerita minggu lepas. Bob pergi hantar aya balik asrama ke Melaka..balik dia bawak sebijik buah durian. Mak ai... enak yang amat... Bob makan 2 ulas jer... noe habiskan semua...itu pun rasa tak puas lagi. Esoknya kepala terus biul...berpusing macam gasing.


Balik kampung itu hari..kalau di Perak belum luruh lagi  buah durian jadi tak ramai yang menjual tapi di Negeri Sembilan kawasan Broga dan sekitarnya..buah durian dah luruh. Sepanjang jalan di situ orang jual durian sahaja. Tempat-tempat lain tak pasti la...

Sedapnya buah durian...tapi harga kadang2 tu melampau mahalnya...dulu masa kecoh2 kat Kampung Gajah Perak banyak buah durian...pergi la ke sana... kena RM13 sekilo...buah pun tak berapa cantik...mangko kata orang perak...

Itu hari kat kawasan Negeri Sembilan ada yg RM3 sekilo... murah la....


Read More

Monday, June 03, 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bersahur Sudah
Berpuasa Sudah ... teruskan berpuasa dengan mengerjakan puasa2 sunat
Berbuka Puasa Sudah
Berterawih Sudah
Bermoreh Sudah
Bersedekah Sudah..teruskan bersedekah di bulan2 akan datang
Berzakat Sudah - teruskan berzakat di bulan2 akan datang
Beramal Ibadat Sudah...teruskan beribadat di bulan2 akan datang
Apa Lagi Yang Belum??? Ada beberapa hari sahaja lagi...

Mesti ramai yang tidak sabar untuk menanti ketibaan bulan Syawal sekaligus menyambut hari lebaran..mungkin ada yang sudah sampai di kampung halaman masing2..

Ada yang pulang ke kampung sendiri
Ada yang pulang ke kampung mertua
Ada yang pulang ke rumah sendiri
Ada yang terpaksa bekerja
Ada yang pergi bercuti 
Ada yang terpaksa menyambut sendirian

di mana jua anda berada ...noe mengucapkan 

Selamat Hari Raya AidilfitriEid Mubarak 2019

Read More

Friday, May 31, 2019

Tak Sabar Nak Balik Kampung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni hari terakhir noe kerja...lepas ni cuti seminggu.. tapi ni masih mengadap lappy. Beg semua tak kemas lagi... banyak benda yang nak dibuat lagi kat rumah ni...bab nak mengemas ni memang stress. ... setiap kali nak balik kampung atau pergi ke mana-mana yang memerlukan kita untuk bermalam... noe mesti akan buat senaran barang-barang yang ingin dibawa. Dulu noe ada buat entry berkenaan dengan senarai barang untuk balik kampung dan juga senarai barang-barang anak juga. Mudah sikit...dan tak ada la barang yang tertinggal.

Ada yang dah sampai kampung ke? Cikgu2 mesti ramai yang dah sampai kampung kan... sama ada balik kampung halaman sendiri atau kampung mertua. Noe tahun ini giliran kampung halaman noe sendiri selepas tu baru balik kampung mertua. Orang yang ada kampung mesti rasa seronok...cuma yang kampung yang jauh tu...mental dan fizikal kena kuat sikit la untuk berjalan jauh dan menempuh kesesakan. Minda dah kena set awal-awal...jalan mesti sesak yang amat. Bila minda dah set..kurang sikit rasa stress tu. Pastikan dapat rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

Kepada mereka yang kampung halaman di Kampung Pandan Kuala Lumpur dan Kampung Baru Kuala Lumpur... mesti seronok juga...sebab jalan tak sesak...ini la masa untuk bersantai-santai di tengah2 jalan (boleh ke?? :)). Tapi ada juga yang tidak mempunyai kampung...ada yang tinggal di taman-taman perumahan..kampung juga tu... yang pasti keseronokan akan terasa bila berkumpul bersama sanak saudara tak kira di mana pun tempat nya... di kampung..di taman perumahan.. sama jer...

Beberapa hari lagi...noe tempoh la jalan di dalam gambar bawah ini... ini gambar tahun bila daaa...mengikut google maps street view ni... ini tahun 2013. Tak lama lagi...berderet la kereta di tepi-tepi jalan ini sebab kat halaman rumah dah penuh. Sesak la jalan ni nanti... motor tak berhenti-henti lalu lalang...tapi itu lah keseronokannya...

Apa-apa pun semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. 


Felda lasah

Read More

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena