...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Thursday, October 09, 2014

Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini noe nak join giveaway anjuran Siti Aisya Ibrahim



Antara hadiah yang ditawarkan:-


paris stamp

paris postcard

menara eiffel


GIVEAWAY BERAKHIR 28 OKTOBER 2014
(jam 11:59 tengah malam, waktu Malaysia)

Noe nak tag:

So kalau sesiapa berminat nak join boleh la klik gambar atas sekali ataupun boleh klik di SINI


Read More

Sunday, July 06, 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Bulan Ramadhan muncul kembali dan kemeriahannya sudah mula terasa. Seperti tahun-tahun yang lepas, sudah pasti kita tercari-cari di mana tempat menarik untuk kita berbuka puasa. Terdapat banyak hotel yang berlumba-lumba menawarkan promosi sempena bulan Ramadhan ini. Setiap tahun berbuka puasa di buffet yang disediakan di hotel pasti membosankan. Anda inginkan kelainan? Inginkan suasana yang lebih santai dan bersekitaran di dalam taman? Casa Ombak pasti tidak akan mengecewakan anda

Casa Ombak merupakan sebuah banglo yang diubahsuai menjadi tempat untuk menjamu selera. Terletak di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur menjadikan ianya tempat yang strategik untuk para warga kota menjamu selera dalam suasana yang berbeza. 



Buffet Ramadhan Casa Ombak


Pada tahun ini, Casa Ombak diuruskan oleh Ombak Creative iaitu sebuah syarikat yang bernaung di bawah Casa Ombak Sdn BhdSyarikat ini mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam menyediakan perkhidmatan perancang perkahwinan dan juga mengendalikan acara-acara korporat dan persendirian

Dengan bermotokan "Your True Experience" dan dengan sentuhan ahli pasukan yang berpengalaman, mereka mampu untuk memberi kelainan dalam setiap majlis yang dikendalikan malah mampu memberi sentuhan eksklusif dengan mengikut bajet yang anda sediakan. Dengan kemampuan yang mereka miliki, sudah pasti Buffet Ramadhan Casa Ombak ini memberikan kelainan kepada kita semua. 

Promosi Sempena Bulan Ramadhan


Sempena bulan Ramadhan ini, Ombak Creative menyediakan hidangan buffet di Casa Ombak. Dengan berkonsepkan buffet stall terbuka dan dalam suasana ala garden dan santai, pelbagai juadah menarik akan disediakan. 


Buffet Ramadhan Casa Ombak

Disamping itu terdapat juga chef yang mengendalikan instant cook stall corner dimana sudah pasti masakan panas akan dihasilkan di sini. Kepada penggemar masakan kampung, tempat ini memang akan memenuhi citarasa anda kerana ianya berkonsepkan hidangan kampung. Sudah pasti sambal belacan, ulam-ulaman, Nasi Kerabu dan pelbagai juadah kampung terbayang-bayang di mata anda ketika ini. Anda pasti tidak sabar untuk mencuba masakan di sini. 

Buffet Ramadhan Casa Ombak



Kemudahan Yang Disediakan

Dalam kita teruja untuk menjamu juadah yang disediakan dan dalam kegembiraan kita bersama teman-teman dan kaum keluarga, jangan kita lupa pada kewajipan kita kepada Allah SWT. 

Di Casa Ombak ini disediakan surau untuk kemudahan para pengunjung menunaikan solat. Muslimin dan Muslimat boleh mengerjakan solat berjemaah atau bersendirian di sini. 


Harga Yang Berpatutan

Kepada mereka yang berminat untuk mengunjungi Buffet Ramadhan Casa Ombak ini, harga yang dikenakan memang amat berpatutan. Harga yang dikenakan adalah seperti di bawah:-
  • Dewasa : RM55.00/net
  • Kanak-kanak : RM27.00/net (5-12 tahun)

Buffet Ramadhan Casa Ombak


Cara Membuat Tempahan

Tempahan terbuka kepada semua dan ianya boleh dibuat secara persendirian, berkumpulan, bersama keluarga atau menerusi syarikat. Sesiapa yang berminat dialu-alukan untuk membuat tempahan lebih awal. Sekiranya tempahan dilakukan di minit-minit akhir, berkemungkinan meja telah penuh dan tempahan telah ditutup. Bagi mengelak situasi ini berlaku, rancang dan tempah lebih awal. 


Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi terus nombor-nombor yang tertera di bawah atau menghubungi menerusi aplikasi Whatsapp:-


Tel : 03 21818750

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062

Tempahan juga boleh dilakukan menerusi Facebook di Ombak Creative



Lokasi Dan Peta Casa Ombak


Lokasi dan peta Casa Ombak seperti di bawah. Untuk lokasi menerusi google maps, boleh klik gambar di bawah.


Buffet Ramadhan Casa Ombak




Apa ditunggu lagi, Hubungi segera Casa Ombak untuk membuat tempahan. Bagi anda yang berminat untuk mendapat perkhidmatan Ombak Creative, boleh melayari laman web mereka di http://www.ombakcreatives.com/.

Read More

Friday, March 15, 2013

Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Haaa...kali ni aku nak masuk contest yang dianjurkan oleh Papamifz.com..kisahnya pasal Cermin Mata.

Tersebut lah al kisah...aku start rabun jauh ni sejak sekolah rendah lagi..kalau tak silap masa umur aku 10 tahun. Mula-mulanya aku tak tau..apsal la mata ni kabur jer...masa tu zaman 80-an..dah lama-lama baru la tau rabun jauh rupanya...start dari tu sampai la sekarang aku pakai cermin mata. Zaman dolu-dolu jarang orang pakai cermin mata...kalau kat sekolah tu (sekolah kampung kan)..beberapa orang jer..boleh kira..so kira kalau yang pakai tu...kira pandai sangat la (poyo gile ko noe)..berlagak jer...hahahaha...mula2 macam malu2 tucen...lama2 dah rasa macam pandai sangat..berlagak jer jalan...sambil pegang2 sikit cermin mata tu...hehehehe

kalau korang semua nak tau..keluarga aku memang la keluarga rabun...sebabnya semuanya pakai cermin mata..mak, arwah bapak, abang2, kakak2, kakak2 ipar, abang2 ipar, anak2 buah, anak aku pun dah pakai, tunggu cucu ni je lagi..cucu pun tak sampai setahun lagi...hehehe..bakal-bakal la tu masuk keturunan rabun...


Cermin Mata


Memandangkan aku dah pakai cermin mata ni dah berpuluh-puluh tahun lamanya...maka pelbagai design bingkai cermin mata dah rasa pakai...dulu ada trend bingkai gedabak besar..ala yg jenis org2 sekarang pakai..jenis cermin mata hitam beso tu...aku dah pakai pun...penuh kat muka rasanya...masa tu kira trend terkini la...bangga siut pakai yang terkini punya...so korang2 kat luar tu yang baru pakai cermin beso ni..x yah la nak poyo...sbb aku pernah pakai dah...hehehe...jenis2 lain..macam jenis bulat, empat segi tepat, tak tepat..yang x ada bingkai kat bawah pun ada...tiga segi aku x pakai lagi :) macam-macam ada..dan macam2 warna ada..warna putih pun aku pernah pakai..tapi faveret color untuk seluruh alam adalah hitam la...dulu aku pakai jenis cermin kaca...rasa berat sikit la..tapi susah nk calar...ok jer...


Gambar2 dalam ni..cermin mata yang aku pakai sekarang...ada lagi satu jenis..jenis tak ada bingkai kat bawah tu...bukan bingkai penuh..yg tu warna macam maroon..trendy la konon...lagi satu aku ni jenis pakai sehari suntuk...tak pakai masa mandi dengan tidur jer...

Key Ng


Sekarang ni power cermin mata aku, sebelah 400 lebih, sebelah lagi 500 lebih..tak pasti dua2 ni dah campur dengan silau atau tak...klu tak silap..ada sebelah yang silau agak tinggi....tak tau la..makin lama makin meningkat powernya...ada cuba pakai contact lense..tapi macam tak selesa sebab macam kurang cecair dalam mata aku ni...rasa dry jer..asyik kena titiskan air jer..dulu selalu gak la pakai contact lense asyik rasa tak selesa...sudahnya pakai je la cermin mata...nak buat laser pun...takkkuuttttt.....biar la seadanya...

Aku tak suka pakai cermin mata ni sebab tak boleh nak melawa sangat (dah la tak lawa)...nk pakai lip lap kat atas mata pun x boleh...nanti cermin menghalang...hahahahahaha...klu pakai contact lense...bawah mata aku dah gelap...dah macam panda je rupanya...agaknya sbb dh lama sangat pakai cermin mata..tengok org yang tak pakai cermin mata..jeles jer...


Key Ng

Dalam contest papamifz.com kita ni..ada point2 tambahan...macam soalan la...so ada soalan..ada la jawapan kan....


  • Apa jenama bingkai kaca mata sekarang? KEYNG & ESPRIT
  • Anda beli kaca mata tersebut dimana? Apa nama kedai?? YES Optical, Kajang
  • Kanta kaca mata jenis apa yang dipakai sekarang? 1.61 AO MC (cermin mata lagi satu tu photogrey MC)
  • Pengalaman manis atau pahit sepanjang berkaca mata? Pengalaman?? Pengalaman manis masa mula-mula pakai dulu...dulu nak tengok jauh sikit kena kecilkan mata..bila dah pakai cermin mata...tarrrraaaaaaa...sudah nampak...(x ada pengalaman manis yg lain..tapi hubby aku dulu suka aku sbb aku pakai cermin mata..ahaks...gatai hehehe). Pengalaman Pahit??? Bila masa cermin mata aku terpijak oleh kawan aku...maka berkecai lah ia...aku mengagau nak buat kerja...rasa macam org separuh buta..dah la ada kerja urgent nak dibuat masa tu...menangis...wuuuaaaaaaaa). Pastu ada kisah masa aku susah2 dulu..masa belajo..patah la plak tempat sangkut kt telinga tu...apa ke namanya ntah...disebabkan kesempitan masa tu...x mampu ler nak buat baru..pakai la sellotape..senget benget..ada la sebulan dua pakai cermin mata senget benget tu..selamba je aku pakai...peduli kan org nk kata apa..janji aku nampak..bila ada duit..baru la g buat yg baru...tu pun cari yg murah2 jer..
  • Harga kaca mata tersebut? Tak ingat exact amount tapi dalam RM500++
  • Anda menyesal beli kaca mata tersebut?? Kenapa?? Tak menyesal sebab tahan lama / nampak cun bila pakai (perasan tahap babun..hahahahaha)...cuma cermin ni dah tukar untuk kali ke 2, cermin yang pertama tu ada macam tompok2..bila tanya kedai...ada la word dia sebut...lupa plak aku...tapi punca ada kemungkinan sebab aku guna sabun atau ubat gigi utk basuh cermin tu...bahan kimia la...so korang2 semua...jgn basuh cermin mata ngan sabun atau ubat gigi yer...tu sbb pandai sangat la tu (mmg pandai sgt pun hahaha) cermin yg kali ke 2 ni buat kat tempat lain...cermin tu nampak macam besar..mcm terkeluar dr landasan...so bila pakai nampak macam Cikgu Bedah Adik Manja tu...orang kat kedai tu tak pandai potong kut..
Sejak akhir-akhir ni..cermin mata aku ni dah tak boleh nk baca dekat...klu nk baca dekat kena tanggal cermin mata...adakah aku telah dilanda ketuaan (mmg tua pun....tak sedo diri :))...kena check balik la mata ni...kemungkinan ada rabun dekat....oooohhhhhh tiddddddddaaaaakkkkkkkk

Ini saja lah kisah cermin mata...sapa2 nak join boleh la klik di PapaMifz.Com


Read More

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena