Tuesday, September 22, 2026

Kelebihan Menulis Al-Quran

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sebelum ini kita membincangkan tentang Kaedah Menulis Al-Quran, jadi kali ini kita terangkan pula tentang Kelebihan Menulis Al-Quran.


Al-Quran

Antara kelebihan menulis Al-Quran adalah seperti berikut:-


1. Membantu Kita Lebih Fokus Kepada Ayat Allah


Apabila membaca, kadang-kadang mata kita membaca dengan cepat. Tetapi apabila menulis, kita terpaksa memperlahankan diri. Kita melihat setiap huruf dan perkataan dengan lebih teliti. Ini boleh membantu kita memberikan perhatian yang lebih kepada ayat yang sedang ditulis.

 

2. Membantu Proses Menghafaz


Menulis sambil membaca boleh menjadi salah satu teknik pembelajaran yang membantu sesetengah orang mengingati ayat. Apabila kita melihat ayat, menyebutnya dan menulisnya, kita menggunakan beberapa bentuk rangsangan pembelajaran pada masa yang sama. Ia boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah sokongan untuk menghafaz, bukan menggantikan kaedah hafazan yang lain.

 

3. Membantu Mengenali Tulisan Arab


Bagi yang sedang belajar membaca Al-Quran, menulis huruf Arab boleh membantu mengenali bentuk huruf dan cara huruf bersambung. Dengan latihan yang konsisten, tulisan Arab juga boleh menjadi lebih kemas.

 

4. Memberi Ruang Untuk Muhasabah


Menulis ayat Al-Quran boleh menjadi satu masa untuk kita berhenti seketika daripada kesibukan dunia.

Telefon diketepikan. Kerja dihentikan. Kita duduk dan memberikan perhatian kepada ayat-ayat Allah.

Kadang-kadang ayat yang kita tulis terasa sangat dekat dengan keadaan hidup kita.

 

5. Menggalakkan Kita Memahami Al-Quran


Jangan hanya menulis. Cuba baca maksudnya juga. Apabila kita memahami terjemahan, kita mula melihat bahawa Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi merupakan petunjuk dalam kehidupan.


Allah berfirman:

 

"Ini adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh berkat agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang yang berakal mengambil pelajaran."

— Surah Sad, 38:29


Banyak kelebihan yang kita perolehi hasil dari menulis Al-Quran. Jadi yang tak pernah menulis ayat Al-Quran, boleh mulakan sekarang. Tak perlu tunggu pandai untuk mula. Mulakan dengan satu ayat, satu halaman, sedikit demi sedikit. Kalau nak cuba, saya jumpa beberapa buku latihan menulis Al-Quran yang boleh dijadikan teman belajar.



Quran Tulis Tahriri




Latihan Tulis Al-Quran

Latihan Tulis Al-Quran












Tulis Sendiri Mushafmu


Tulis Alquran


Read More

Kaedah Menulis Al-Quran

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Pernahkah kita terfikir bahawa menulis ayat-ayat Al-Quran juga boleh menjadi satu bentuk ibadah dan usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah?

Membaca Al-Quran memang sudah menjadi amalan yang sangat mulia. Namun, menulis ayat Al-Quran dengan penuh perhatian juga boleh menjadi satu cara untuk kita lebih dekat dengan ayat-ayat Allah, memahami maknanya dan mengingati kandungannya.

 

Bagi sesetengah orang, menulis ayat Al-Quran memberikan pengalaman yang berbeza. Kita bukan sekadar membaca, tetapi mata melihat, tangan menulis dan fikiran cuba memahami apa yang sedang ditulis.

 

Apa Maksud Menulis Al-Quran?

 

Menulis Al-Quran bermaksud menyalin ayat-ayat Al-Quran dengan tulisan tangan secara teliti dan mengikut teks mushaf yang sahih.


Ia boleh dilakukan sebagai latihan menulis, aktiviti pembelajaran, usaha menghafaz atau sebagai cara untuk lebih menghayati ayat-ayat Al-Quran.


Namun, kerana ia melibatkan teks suci Al-Quran, kita perlu melakukannya dengan penuh adab dan berhati-hati supaya tidak tersalah menulis huruf atau ayat.

 

Kaedah Menulis Al-Quran Untuk Pemula


Tidak perlu terus menulis satu surah yang panjang.

Mulakan sedikit demi sedikit.


1. Mulakan Dengan Surah Pendek


Jika baru bermula, pilih surah yang sudah biasa dibaca seperti:

  • Surah Al-Fatihah
  • Surah Al-Ikhlas
  • Surah Al-Falaq
  • Surah An-Nas
  • Surah Al-Kafirun

Menulis beberapa ayat sehari sudah memadai.

Yang penting ialah konsisten, bukan banyak.

 

2. Gunakan Mushaf Yang Sahih Sebagai Rujukan


Jangan menulis berdasarkan ingatan semata-mata jika belum menghafal dengan baik.

Gunakan mushaf Al-Quran yang dipercayai sebagai rujukan dan semak setiap perkataan selepas menulis.


Jika mempunyai keraguan tentang ejaan atau bentuk tulisan, rujuk guru Al-Quran atau pihak yang mempunyai pengetahuan dalam bidang tersebut.

 

3. Tulis Perlahan-Lahan


Ambil masa untuk menulis Al-Quran.Tulis setiap huruf dengan teliti sambil cuba membaca ayat yang sedang ditulis.


Dengan cara ini, kita bukan sahaja melatih tulisan tetapi juga memberi perhatian kepada ayat tersebut.

 

4. Cuba Fahami Maksud Ayat


Selepas menulis satu atau beberapa ayat, baca terjemahannya.

Contohnya, apabila menulis ayat berkaitan kesabaran, kita boleh berhenti seketika dan bertanya kepada diri sendiri:


"Apa yang Allah sedang ajarkan kepada aku melalui ayat ini?"


Di sinilah aktiviti menulis boleh menjadi lebih bermakna.

 

5. Tetapkan Masa Yang Konsisten


Tidak perlu mengambil masa yang lama.


Contohnya:

10–15 minit sehari.

Boleh dilakukan selepas solat Subuh, selepas Maghrib atau sebelum tidur.

Yang penting, jadikan ia satu rutin yang mampu dilakukan secara berterusan.

 

Buku Tulis Al-Quran Untuk Latihan Menulis

Kalau anda baru hendak bermula, salah satu cara yang lebih mudah ialah menggunakan buku latihan menulis Al-Quran yang mempunyai ruang atau garisan untuk membantu kita menyalin ayat dengan lebih teratur.


Ia juga boleh membantu mereka yang sedang belajar menulis huruf Arab dan ingin membina rutin menulis Al-Quran secara perlahan-lahan.


Antara perkara yang boleh dipertimbangkan ketika memilih buku tulis Al-Quran:

 

✔️ Tulisan Arab yang jelas
✔️ Teks ayat yang mudah dirujuk
✔️ Ruang tulisan yang selesa
✔️ Kertas yang sesuai dengan pen
✔️ Saiz yang mudah dibawa
✔️ Sesuai untuk pemula


Kalau anda sedang mencari buku tulis Al-Quran untuk latihan di rumah, saya ada kumpulkan beberapa pilihan yang boleh dilihat.


Al-Quran Tulis 30 Juzuk Lengkap


Al-Quran Tulis


Al-Quran Tulis Sendiri


Tulis Al-Quran


Belajar Menulis Huruf Hijaiyah


Belajar Menulis Huruf Hijaiyah


Read More

Monday, September 21, 2026

10 Gadget Untuk Wanita 40+ Yang Berbaloi Dibeli di Shopee 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Kali ni noe nak share 10 Gadget yang sesuai untuk wanita 40+ ke atas. Gadget ini sebenarnya boleh membuatkan hidup kita lebih mudah, teratur dan jimat masa. Tak perlu yang canggih dan mahal pun. Kadang2 Gadget bawah RM50 seperti smart tracker atau phone stand dah cukup untuk selesaikan masalah kecil yg kita hadapi. Kali ni noe share sekali dengan harga yang tertera di Shopee Malaysia. 

Di sini noe senaraikan 10 Gadget yang menarik untuk dipertimbangkan. 


1. 🔑Baseus T2/T2 Pro Smart Tracker

Smart Tracker


Harga semasa: sekitar RM30.03 selepas voucher

Jualan: 20k+ sold

Baseus T2/T2 Pro direka sebagai peranti anti-hilang yang boleh diletakkan pada kunci, beg atau barang yang selalu tersalah letak

Pernah tak keluar rumah kemudian tiba-tiba tercari-cari kunci?

"Mana kunci kereta tadi?"

"Beg tadi saya letak mana?"

Kalau selalu mengalami situasi macam ini, smart tracker boleh menjadi gadget kecil yang sangat berguna.

Sesuai untuk kunci rumah, kunci kereta, beg tangan, beg travel dan barang kecil yang mudah hilang

Untuk semak harga terkini boleh check di SINI


2. Wireless earbuds - Soundcore R50i / R50i NC

Anker Soundcore


Harga yang ditemui: sekitar RM65.45 untuk listing R50i/R50i NC
Jualan: 20k+ sold

Wireless earbuds semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.
Nak dengar podcast sambil kemas rumah? Boleh.
Nak ikut kelas online? Boleh.
Nak buat panggilan tanpa memegang telefon? Boleh.
Sesuai untuk yang buat podcast, panggilan, youtube dan kelas atau meeting online.
Tip: Kalau pentingkan keselesaan, jangan pilih earbuds berdasarkan spesifikasi sahaja. Pastikan reka bentuknya sesuai dengan telinga.

Untuk semak harga terkini boleh check di SINI


3.  Baseus Power Bank

Baseus Power Bank


Harga yang ditemui: sekitar RM107.10

Jualan: 40k+ sold

Power bank ialah salah satu gadget yang saya rasa memang praktikal untuk wanita 40+ kerana ia boleh disimpan dalam handbag atau beg travel. Telefon habis bateri ketika berada di luar rumah memang boleh menyebabkan panik. Lebih-lebih lagi ketika travel.

Sebelum membeli power bank, periksa dulu:-

✔️ Kapasiti
✔️ Berat
✔️ USB-C
✔️ Kelajuan pengecasan
✔️ Bilangan port
✔️ Ciri keselamatan

Untuk semak harga terkini boleh semak di SINI


4.  JisuLife Pro1 S Handheld Fan

Handheld fan


Harga listing 2026: sekitar RM219
Kapasiti: 5,000mAh
Kelajuan: sehingga 100 tahap

Rasanya ramai yang dah memiliki kipas portable ni. Dah la comel, senang nak masuk dalam handbag dan ianya sangat berguna.

Ia sesuai dibawa ketika travel, shopping, jalan-jalan, aktiviti luar dan dalam kereta.

Kalau selalu berada di luar rumah, gadget seperti ini memang praktikal.

Untuk semak harga terkini boleh check di SINI


5.  WEBEE 26cm Ring Light + Tripod

Webee 26cm Ring Light

Harga yang ditemui: sekitar RM11.20

Saiz: 26cm
Tripod: sehingga 2.1m

Kalau anda suka buat TikTok, Shopee Affiliate, Facebook Live atau sekadar mahu ambil gambar yang lebih cantik, ring light boleh membantu.

Listing WEBEE yang disemak menunjukkan harga promosi RM11.20 untuk ring light 26cm bersama tripod 2.1m.

Untuk seseorang yang baru bermula membuat content, tidak perlu terus beli setup yang mahal.Ambil yang murah sebegini pun sudah ok. 

Klik SINI untuk semak harga terkini.

6. Funezi Magnetic Phone Holder

Phone Holder


Harga: sekitar RM35.90

Jualan: 126 sold
Rating: 5.0

Gadget ini nampak simple tetapi sangat berguna. Letakkan telefon pada stand dan kita boleh buat video call, menonton movie, buat content, tengok tutorial dan boleh juga ikut resepi ketika memasak.

Listing Funezi menunjukkan magnetic phone holder pada RM35.90, rating 5.0 dan 126 sold ketika semakan.

Klik SINI untuk semak harga terkini.


7. Funezi Universal Travel Adapter

Travel Adapter


Harga: sekitar RM58
Jualan: 30k+ sold

Untuk wanita yang suka travel, ini antara gadget yang sangat praktikal.

Masalah biasa ketika travel:

"Eh... plug sini lain!"

Universal travel adapter membantu kita mengecas peranti apabila menggunakan soket yang berbeza di negara lain.

Listing Funezi menunjukkan universal travel adapter sekitar RM58 dengan 30k+ sold dan rating 5.0 ketika semakan. Travel adapter ini sesuai digunakan di Thailand, Jepun, Korea, Indonesia dan Eropah.

Klik SINI untuk semak harga terkini.


8.  ILIFE A30 Pro Robot Vacuum

Robot vacum


Harga: sekitar RM549
Jualan: 10k+ sold
Rating: 4.9

Sekarang kita masuk kategori gadget yang boleh membantu kerja rumah. Rasanya ini idaman hampir semua surirumah.  Ianya memang sangat membantu. Tak perlu nak vacuum cara manual..dah ada assistance.

ILIFE A30 Pro ialah robot vacuum dengan navigasi laser, fungsi vacuum dan mop serta auto-empty dock. Listing Shopee Malaysia yang disemak menunjukkan harga RM649, 2k+ sold dan rating 4.9.

Namun, sebelum membeli robot vacuum, pastikan ia sesuai dengan jenis lantai dan susun atur rumah.

Klik SINI untuk semak harga terkini.


9.  Anker eufy C20 Robot Vacuum

Robot vacum


Harga: sekitar RM1,399
Jualan: 3k+ sold
Rating: 4.9

Ini adalah lagi satu pilihan robot vacuum cuma yang ni lebih mahal. Kalau mahukan pilihan yang lebih premium, Anker eufy C20 merupakan satu lagi robot vacuum yang boleh dipertimbangkan.

Listing Shopee menunjukkan sekitar RM1,399, 3k+ sold dan rating 4.9. Ia mempunyai fungsi seperti vacuum, mop, self-emptying serta auto mop washing dan drying.

Untuk wanita yang sibuk bekerja atau surirumah dan mahu mengurangkan kerja membersihkan lantai secara manual, konsep seperti ini memang menarik.

Klik SINI untuk semak harga terkini.


10. Funezi Tripod Phone Stand

Tripod


Harga: sekitar RM54.89
Jualan: 6k+ sold
Rating: 5.0

Satu lagi gadget yang saya rasa sesuai untuk wanita 40+ ialah tripod telefon.

Terutama kalau suka buat video Tiktok, Shoppe Affiliate, Video, Selfie dan travel.

Funezi mempunyai tripod phone stand 3-in-1 yang boleh digunakan sebagai tripod, selfie stick dan phone holder.

Ini juga lebih praktikal daripada meminta orang lain mengambil gambar setiap kali pergi bercuti. 

Klik SINI untuk semak harga terkini.


Read More

© Lukisan Kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena