...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Showing posts with label pet. Show all posts
Showing posts with label pet. Show all posts

Wednesday, February 05, 2020

Anak Bulus Noe - Ucu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saja nak kongsi gambar anak bulus noe ni. Budak ni pantang noe duduk..laju jer nak baring atas riba. Kalau baring mesti nak sentuh sikit ngan kita. Sebelum ini tidur sekali dalam bilik ... sekali kat atas katil..dia kencing atas riba noe... aish.. lepas tu dilarang masuk bilik... rasakan...

Kucing Oren

Kucing Oren
 
Kucing Oren

Kucing Oren
Ingat Cantik Sangat Ke?

Read More

Thursday, July 18, 2019

Klinik Haiwan Di TTDI Grove Kajang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada entri yang lepas noe ada cerita tentang Ucu (kucing Noe) (baca Di SINI) yang kena buang peranakannya sebab kena penyakit Pyometra. Bob hantar Ucu di Kitty's Care di TTDI Grove, Kajang. Ramai juga yang hantar meow ke Klinik ni. Doktor muda tapi servis OK...beri penerangan dengan jelas. Jadi sesiapa yang nak hantar anak2 bulus ke klinik ini... maklumat boleh di dapati di gambar bawah ini. 

Klinik Haiwan Kajang

Kitty's Care

Kitty's Care

Read More

Ucu (Kucing) Kena Buang Peranakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini nak bercerita pasal kucing noe yang bernama UCU. Dah berapa lama daa peram entri ni. Hari Selasa (2 Julai 2019) lepas Bob pergi hantar Ucu pergi Kitty's Care, Klinik Haiwan & Surgeri di TTDi Grove, Kajang. Punca hantar Ucu ke klinik tu sebab buntut Ucu sentiasa kotor jer...tak pasti sama ada cirit ataupun benda lain..makan minum dia ok jer..


Kucing Sakit
Selepas operation

Bila pergi klinik tu..doktor di situ selamba jer seluk buntut Ucu dan cium. Bau nanah doktor kata. Doktor kata nanah tu punca dari peranakan tu. Mungkin dia pernah keguguran sebelum ini dan rahim dia tak kuat lagi ataupun ada infection atau hormone imbalance. So kena buat surgery buang peranakan. Esoknya (Rabu 3 Julai 2019) kena surgery. Doktor kata Ucu ni kuat sebab biasanya kucing tak bertahan lama bila kena penyakit ni. Maksudnya akan mati. Penyakit ni di panggil Pyometra. 


Kucing Peranakan


Ucu kena tinggal di wad..kena puasa sebelum surgery esoknya. Bob kata Ucu baik jer... tak meronta.. biar jer doktor nak buat apa pun pada dia. Hari Rabu Ucu selamat di operate untuk buang peranakan. Tapi noe tak pergi melawat dia. Kitaorg cadang ambil Ucu hari Ahad.. bagi dia betul2 elok baru ambil.

Hari Khamis (4 Julai 2019) petang noe dan Bob pergi la melawat Ucu. Ucu nampak OK tapi macam stress...Bulu dia meremang jer...bila noe usap2 dia baru nampak dia tenang.Surgery semua OK.

Esok nya (5 Julai 2019) doktor telefon suruh ambil Ucu bawa balik. Ucu tak nak makan sepanjang duduk di wad. Doktor cakap Ucu penakut sangat...duduk je kat satu sudut tak bergerak2. Lepas kerja Noe dan Bob pergi la ambil Ucu. 

Doktor cakap semua OK...cuma dia risau sebab Ucu tak makan...kena monitor Ucu...tengok dia sama ada mau makan atau tak. Tengok juga sama ada berak ke tak. Tak boleh lepaskan Ucu di luar rumah paling kurang 2 minggu. Takut ada jangkitan kuman. Pasir tempat untuk berak pun ganti dengan kertas surat khabar. Sesetengah kucing suka tidur dalam tempat pasir tu. Tapi Ucu memang tak tidur dalam tempat pasir tu. So doktor ajar macam mana cara nak bagi makan ubat yang mana Noe pernah belajar sebelum ini. Pernah jaga kucing2 sakit ni.

Berapa kena bil?? Tengok bawah ni...ini tak banyak berbanding dengan Black dulu...beribu habis untuk Black (kucing datang)



Bila sampai rumah... Alhamdulillah... Ucu dah tak stress.. nak makan...boleh berak ... dia duduk dalam rumah jer...bertambah manja...menggesel jer...Siap ikut tidur dalam bilik Umi dia. 

Moga Ucu sihat sepenuhnya dan cergas seperti sediakala. Minta maaf yer Ucu. Di larang keluar rumah sama sekali...Bapak buka la sliding door tu sikit...bagi rasa angin luar sikit.






Read More

Wednesday, November 08, 2017

Klinik Veterinar Kajang / Hulu Langat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah lama sebenarnya tak menjengah ke klinik veterinar ni sebab dah lama tak ada anak bulus kat rumah....sekarang dah ada balik anak-anak bulus...maka mula la sibuk nak menjengah ke klinik veterinar. Sebelum terjah ke sana, kena la survey dulu kan... rupanya Klinik Veterinar Kajang / Hulu Langat dah lama pindah...Dulu di kawasan Bukit Mewah, sekarang dah berpindah ke Kajang Sentral. Ambil lokasi dan info mana yang patut sebelum terjah ke sana. Di kawasan rumah noe ni ada je Klinik Mesra tu...tapi biasa la kan..mahal la sikit. Dulu kerap juga ke sana tapi kalau tak ada pilihan pergi je ke klinik tu.



Government Veterinar Clinic

Klinik Haiwan Kerajaan

Klinik Veterinar Kajang Hulu Langat
Pic Dari Pakcik Google
Read More

Tuesday, March 14, 2017

Anak Kucing Datang Bertandang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ini kisah ahad lepas. Ada anak kucing sudah datang bertandang ke rumah noe...meow..meow..meow...kita yang dengar....ala...lapar ke? Masa tu noe dah nak gerak kelas...maka masukkan la  dulu dia ke dalam rumah. Balik dari kelas baru nak tengok dia ni... 

Anak kucing ini dah biasa dipegang jadi memang nampak la dia manja. Masalahnya ini anak kucing orang ke? Aya dah sibuk nak bela...ish...biar la dulu duduk dalam rumah. Bila keluarkan dia...bising..buka je pintu terus masuk dalam rumah. Dah macam rumah sendiri nampak. 

Hari ini anak kucing ini masih dalam rumah noe lagi. Tadi Ali mesej kat noe..kata..anak kucing ni bising lah...lapar la tu...memandangkan makanan kucing tak beli lagi...noe suruh Ali rebus je ikan sekor. Kenyang la tu....lepas makan tidur...itu la kerja nya..makan tidur..makan tidur...

Tunggu la seminggu ni...mana tau ada yang mencari/menuntut anak kucing ini...tapi dah duduk dalam rumah...mana orang nak nampak...kan..


Anak Kucing Manja

Kitten sleeping

Cute Kitten Sleeping

Cute Kitten




Read More

Monday, February 20, 2017

Kucing Mempunyai Warna Mata Berbeza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Petang semalam semasa pergi makan di kedai, jumpa sekor kucing ni yang mempunya warna mata yang berbeza. Biasa la noe dan aya...pantang tengok kucing...mesti pegang. Aya siap angkat kucing ni letak atas meja..tengok2 warna mata kucing ni berbeza..sebelah seakan biru dan sebelah lagi kuning. Apa lagi...ambil gambar si comel ni dulu.

Aya apa lagi...dah suruh bawa balik...tapi kucing ni ada tuannya. Menurut tukang kedai ni...adik beradik dia ni ada 4 ekor...2 ekor dah di ambil orang..sekor kena langgar...tinggal la sekor. Tuan dia nak simpan kucing ni. Tinggal sekor ni jer bakanya.

Kucing jenis ini dipanggil "odd-eyed cat" dan ini adalah bentuk Heterochromia. Ianya terjadi akibat dari genetik dan hanya terjadi kepada kucing yang bergenetik warna bulu putih. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal odd-eyed cat ni boleh la search di wikipedia. 

Kucing Warna Mata Berbeza

Odd Eyed Cat

Read More

Tuesday, February 14, 2017

Bersantai Di Fuga Village, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ini cerita pada 2 dan 3 Februari 2017 lepas. Minggu Tahun Baru Cina. Ini merupakan percutian pendek dan matlamat utamanya adalah untuk bersantai-santai bersama keluarga. Memandangkan noe terpaksa menghabiskan cuti tahun lepas dalam bulan ini, kesempatan ini noe ambil untuk bersama-sama keluarga dimana Bob pun mengambil cuti selama 2 hari. Cadangan untuk ke tempat yang jauh sikit ditolak Bob...Bob kata cari dekat-dekat jer... mmmm...beberapa hari mencari dalam internet dan hasil dari review pengunjung..noe memilih Fuga Village yang terletak di Kampung Padang Kemunting, Pengkalan Balak dan book melalui website booking.

Bergerak dari rumah pukul 11 pagi tapi sebelum terus ke Melaka, kami singgah dulu melawat adik ipar di Hospital KPJ Seremban yang baru sahaja menjalani pembedahan untuk membuang tonsil. Lama juga melepak di sana...pukul 1 baru kitaorg gerak ke Melaka. Orang dari Fuga Village pun dah tanya nak sampai pukul berapa. Bob ikut Port Dickson...jalan clear yang amat ... bahagia rasanya menggunakan jalan raya waktu orang sedang bekerja. Sampai Pengkalan Balak dalam pukul 2 lebih. Sebelum terus ke destinasi yang dituju, kami singgah dulu makan tengahari di kawasan berhampiran,

Tak susah sangat nak cari tempat ini walaupun terpaksa guna google maps. Tempat ini memang tersorok...orang luar tak nampak sangat dan mungkin ada yang tak tau kewujudan tempat ini. Tempat ni betul-betul bersebelahan dengan Pusat Penetasan Penyu

Tempat parking ada disediakan dan bila nak masuk terpaksa tekan loceng....kami disambut sorang lelaki mat saleh...ops...terperanjat sekejap makcik...makcik ingatkan kat Pengkalan Balak ini orang melayu jer yang ramai jaga. Mr Peter namanya...penjaga kawasan ini...tak tau la tuan punya ke apa.

First impression tempat ini...mmmm not bad...aman damai jer...noe suka...masa pendaftaran tak lama la masa diambil...kemudian kami diberi 3 kunci...kunci tempat noe tinggal, kunci pintu ke parking dan kunci pintu ke pantai. Tempat ini memang sentiasa berkunci. Terdapat 2 jenis tempat tinggal di sini. Chalet dan The Villa. Chalet ada 6 buah yang boleh muat untuk 2 orang sahaja manakala The Villa ada sebuah jer..boleh muat untuk 4 orang. Memandangkan noe ada 4 orang..jadi kami pilih Villa.

Bagaimana la rupanya Villa ni yer?? Gambar bawah ini pintu masuk ke kawasan Fuga Village dan juga di kaunter pendaftaran. Tengok pintu masuk...macam rumah kampung dulu-dulu kan.
Chalet Pengkalan Balak Tanjung Bidara
Pintu Masuk

Fuga Village Melaka
Kaunter

Fuga Village Melaka
Boleh Lepak2 Di Sini


Ini la rupa Villa tersebut. Ada 2 tingkat. Comel jer. Kawasan persekitaran bersih. Kalau nak buat reunion atau family gathering sesuai sangat tapi tak boleh ramai-ramai la. Maksimum orang dewasa yang boleh dimuatkan di sini dalam 12 orang kalau tak silap.
Villa Fuga Village Melaka
The Villa
Fuga Village Melaka

Fuga Village Melaka

Fuga Village Melaka
Tempat Lepak Di Waktu Malam
Ini view dalam bilik Villa pulak. Menarik tengok pintu yang warna biru tu. Pintu tu menghala ke kawasan kitchen dan bilik air. Terdapat 3 pintu di situ. Noe suka konsep Villa ini. Kalau tengok dinding .. ada tingkap kecil di bahagian atas untuk udara keluar masuk. Pintu pun boleh dibuka luas. Cuma kalau ada anak kecil agak bahaya sebab tangga ke tingkat atas agak tinggi dan tidak ada pemegang..ciri keselamatan agak kurang di sini. Noe yang dah tua ni pun takut juga nak turun tangga tu...kena berhati-hati.



Villa Fuga Village Melaka

Villa Fuga Village Melaka

Villa Fuga Village Melaka
Tangga ke tingkat atas

Villa Fuga Village Melaka
Tingkat Atas

Villa Fuga Village Melaka

Gambar-gambar di bawah ini pula kawasan kitchen (kitchen ke?) dan bilik air. Ada peti ais kecil...cerek untuk buat air dan sinki tapi tak ada dapur yer. Bilik air pula berkonsep terbuka. Jenis nampak langit. Berhati-hati bila kapal terbang lalu atau drone lalu...hihihi...Ada bath tub dan 2 buah kerusi...kalau ada anak kecil nak mandi dalam tu sesuai sangat la ...boleh mak ayah duduk di kerusi tu memerhati. Kalau kitaorg takkan la noe nak tengok Bob berendam dalam tu...hihihi...tapi Bob muat ke? hihihi. Tempat mandi air pancut dan tandas berasingan. Tandas tertutup sikit la...tak ada la kalau nak tambah saham...mata melilau tengok atas kan...tengok bintang cari ilham..

Villa Fuga Village Melaka

Villa Fuga Village Melaka

Villa Fuga Village Melaka
Tempat Mandi Air Pancut. Belakang Tirai tu Bilik Air

Villa Fuga Village Melaka

Gambar-gambar bawah ini view yang noe ambil dari tingkat atas Villa. Memang bersih dan aman damai kawasan ini. Noe suka. Lagi pun cuma kitaorg saja yang berada di situ. Tak ada keluarga lain. Chalet semua kosong. Apa lagi...kami je la yang monopoli kolam renang tu. Aya dan Ali suka sangat la. Rasanya kalau weekend mesti penuh kut Chalet tu. Kolam renang tu agak dalam untuk kanak-kanak. Sape yang nak bawak anak yang umur bawah 9 tahun,,,kena bawa pelampung la.


Fuga Village Melaka
View Dari Atas

Villa Fuga Village Melaka

Villa Fuga Village Melaka




Swimming Pool Fuga Village Melaka

Kat sini ada 2 ekor kucing gemuk yang dibela. Geram tengok nya. Bila dah penggemar kucing kan...pantang tengok kucing mesti nak pegang.


Cat at Fuga Village Melaka


Cat at Fuga Village Melaka

Gambar di bawah ini adalah pemandangan dari luar...tepi jalan..tak nampak kawasan Fuga Village ni sebab bertutup dengan buluh. Ada pintu di situ di mana kami diberi kunci dimana pintu ini sentiasa berkunci ..pintu ni akan terus ke laut...kena seberang jalan kecil la...tengok sunset di sini. cantik kan...


Fuga Village Melaka

Sunset at Fuga Village Melaka

Stress sekejap sebab kena online sekejap untuk buat kerja. Oh yer...di sini ada disediakan wifi..password kena la minta dengan Mr Peter tu. Dalam Villa signal tak berapa bagus tapi masih boleh masuk message whatsapp dan masih boleh guna FB. Bila di luar ..signal agak kuat la..tak tau la AP nya di mana. Terpaksa la buat kerja sikit...jawab email. Check sana sini sekejap. Dah kerja kan...redho jer..dah selesai...lega la...


Villa Fuga Village Melaka
Rajinnya Buat Kerja Yer..
Bila dah alang-alang ke sini...sempat la kitaorg berjumpa dengan adik tiri Bob, Nora. Rumah dia tak jauh dari Fuga Village. Malam tu diaorg singgah sekejap..bawa kitaorg makan di pekan Masjid Tanah pekena satay kambing. Esoknya singgah pula rumah diaorg. Bagi Bob solat jumaat di situ...lepas makan tengahari baru la kitaorg gerak balik. Sedap laiuk-lauk yang dimasak Nora. Terima kasih Nora. Nanti kami datang lagi. :)

Itu je la kisah bersantai di Fuga Village Melaka. Noe tak dapat apa-apa yer untuk review tempat ni. :)








Read More

Monday, May 11, 2015

Bila Anak Kucing Masuk Lubang Tandas





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini pagi2 Bob dah bising...anak kucing dah termasuk dalam lubang tandas. Bob kata dia dah panggil noe nak minta tolong tapi noe tak dengar ...hehehe

Bob kata patutla Miko (ibu anak kucing) memekak depan pintu bilik air...rupanya anak dia dah terjatuh ke dalam lubang tandas. 

Tandas Cangkung
Gambar Dari Pakcik Google
Bilik air tu kitaorg jarang guna sebab memang khas untuk tempat kucing membuang... ada tandas kucing dalam tu...selalunya lubang tandas tu memang sentiasa bertutup...sebab takut kucing terjatuh dalam tu...sebabnya lubang nya jauh ke dalam...sebelum ni memang pernah kucing terjatuh dalam tu...Badariah (dah mati) pernah terjatuh...Bob juga jadi penyelamatnya ... ni tak tau la sape yg dah terbuka kan penutup tandas tu....

Nak ambil anak kucing tu guna tangan memang tak boleh sebab jauh ke dalam...Bob guna penyapu jerami untuk ambil dia...sebab kucing boleh pegang kat jerami tu....kali ke 3 baru berjaya...kali pertama dan kedua...jatuh balik dia dalam tu.... kesian dia...

Sweeper
Gambar Dari Pakcik Google

Bila noe turun bawah, anak kucing tu masih basah...terpaksa keringkan bulu dia dulu guna hair dryer.....menggeletar kesejukan dia...masa nak keringkan...berak la plak dia...kelam kabut Bob bawak dia ke tandas...hehehehe....sabar je la...pagi2 sibuk nak pergi kerja...ini sibuk pulak dengan anak kucing. 



Read More

Tuesday, February 24, 2015

Kucing Jantan Susukan Adik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tengok la gambar bawah ni...aksi Jung Kook dengan adik dia Dodo. Mak diaorg ni, Debu dah mati itu hari, anak yatim piatu diaorg ni. Dodo ni kerap sangat menyusu dengan Jung Kook, masalahnya Jung Kook ni kucing jantan...ada susu ke? Siap berbunyi tu ... ish...yang kucing betina noe lagi sekor, Badariah (baru lahirkan anak)...pelik tengok dua ekor ni...dia siap datang lagi tengok...hehehe

Bob siap cakap lagi : Jung Kook ni gay ke apa? hahahaha

Yang bessnya Jung Kook tu merelakan jer...siap pejam2 mata lagi...noe ambil gambar ni..dia bukak la mata luas2...

Anak Kucing Menyusu

Kucing Menyusu



Read More

Wednesday, January 07, 2015

Hamster - Penghuni Sementara

Hamster - Penghuni Sementara


hamster


Inilah penghuni sementara rumah noe ni...hamster ini kepunyaan anak buah noe...abang sekeluarga pergi menunaikan umrah dan noe dipertanggungjawab kan untuk menjaga hamster ini. Kali pertama menjaga hamster. Noe siap cari di youtube cara untuk menjaga hamster. Tadi baru selesai mencuci kandang dan buang apa yang patut. Gambar atas tu sebelum dicuci. Harap-harap dia mampu la bertahan sehingga tuannya balik. Tapi hamster ni memang comel...rasa macam nak bela la pulak..

Read More

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena