...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Showing posts with label tanaman. Show all posts
Showing posts with label tanaman. Show all posts

Thursday, June 18, 2020

Bunga Keladi Bunting

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Gambar bunga keladi bunting ini noe ambil dirumah mertua. Pokok ini ditanam di dalam tempayan yang mengandungi air. Terapung seperti pokok kiambang. Pokok ini juga dikenali sebagai Orkid Air atau Water Hyacinth. Kenapa dipanggil Keladi Bunting..tak pasti la noe...mungkin sebab batang atau daunnya yang kembung. 

Noe tak berapa berani nak membelek pokok ini...sebab risau ada katak di dalam nya...hihihi.. Ambil gambar berani lagi... tapi bunga ini memang cantik..

Bunga Keladi Bunting
Bunga Keladi Bunting

Read More

Wednesday, June 17, 2020

Pokok Bromeliad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini noe nak kongsi gambar pokok Bromeliad. Inilah 2 pokok Bromeliad yang sedang noe jaga. Pokok ini kakak noe yang bagi. Dia memang peminat pokok Bromeliad ni. Ada pelbagai jenis. Pokok2 yang noe jaga ini dah keluarkan tunas tapi noe biar jer dalam tu... bagi beranak lagi. Selain tanam melalui tunas, pokok ini juga boleh ditanam melalui biji benih


Pokok ini akan mengeluarkan bunga dari pokok induknya..setelah berbunga..pokok induk akan mati tapi tunas2 pokok ini akan banyak dan boleh ditanam. Ada pelbagai jenis .. bentuk daun yang berbeza..warna pun pelbagai...cantik2..Nanti noe nak cari jenis yang lain plak. Tiba2 minat plak dengan pokok Bromeliad ni.



Read More

Tuesday, June 16, 2020

Cara Letak Baja Di Pokok Orkid Hutan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini noe nak kongsi perihal Pokok Orkid noe yang dah bertahun-tahun tak berbunga. Pokok ini pemberian arwah bapa mertua yang noe panggil sebagai Uncle. Arwah Uncle memang penggemar pokok orkid. Kalau dia nampak ada pokok orkid hutan.. sanggup dia berhenti, panjat pokok tu dan ambil. So pokok ini memang ada sentimental value...sebab dia yang beri pada noe.

Dulu pokok ini pernah berbunga, bunga nya kecil-kecil warna putih kalau tak silap. Itu cerita dulu..sekarang dah bertahun-tahun tak berbunga. Noe pun satu..jirus dengan air je pokok ini...tak pernah la dibelai ke...di letak baja ke.. memang kurang kasih sayang ni..



Orkid Hutan
Orkid Hutan

Oleh kerana masih sayangkan pokok ini...noe pun cari baja dan letak di pokok ini. Cara noe letak baja di pokok orkid ini seperti gambar di bawah ini. Noe letak sesudu baja dalam perca kain .. punjutkan.. dan letak di pokok Orkid tu. Nanti kita tunggu hasil nya.. tengok berjaya atau tidak..harap2 berbunga la dia..

Cara Letak Baja Di Pokok Orkid


Read More

Monday, June 15, 2020

Bunga Orkid Putih Dan Ungu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mari kita jamu mata dengan Bunga Orkid yang cantik ini...


Bunga Orkid Purple


Bunga Orkid Putih


Read More

Tuesday, February 04, 2020

Daun Kaduk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Daun kaduk


Kali ni noe nak cerita pasal pokok kaduk atau nama orang putihnya piper sarmentosum. Ianya dari kaum keluarga Piperaceae. Pokok daun kaduk ini noe ambil dari rumah mak mertua. Angkut sekali yang ada akar. Sekali pandang daun kaduk ni macam daun sireh. Daun Sireh memanjang sikit dan pokoknya menjalar manakala pokok daun kaduk ini tak menjalar. 

Mula kenal bila mak mertua guna daun ini untuk dimasukkan sekali dalam Sambal Tempoyak Daun Kayu. Noe yang kononnya rajin menanam ni.. ambil la anak pokok bawa balik. 

Mula-mula tanam banyak daunnya yang berlubang-lubang. Belalang suka makan daun ini. Satu kampung diangkutnya menyerang daun kaduk ni. Gambar bawah ni lubang tinggal sikit sebab noe dah sembur dengan racun perosak

piper sarmentosum

Noe guna natural and organic pesticides macam kat bawah ni. Noe guna 2 kali je kut...lepas tu stop.  Noe buang daun yang berlubang-lubang tu... keluar daun-daun baru macam gambar pertama tu. Elok melebar nya dan berkilat. Noe tanam pokok ini dalam polibag.

racun perosak

racun perosak

Baru ini baru tau rupanya daun ini boleh dibuat ulam juga. Kurang membaca..itu yang tak tau. Lepas ini boleh la noe cuba buat ulam. Tak pernah buat ulam lagi. Seronok tengok daun tu membesar dengan jayanya.

Banyak juga khasiat daun kaduk ini. Ianya dikatakan mampu untuk menghilang kan batuk, sakit gigi, sembelit, demam malaria, panau dan dapat membunuh cacing dalam perut. Ianya juga dikatakan mampu untuk mengurangkan keputihan dan awet muda.

Harap-harap pokok kaduk tu membesar dengan lebih jaya lagi.




Read More

Friday, November 29, 2019

Khasiat Pokok Pegaga Cina / Nyonya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Di laman rumah noe yang kecil ni.. noe ada juga tanam pokok pegaga cina atau dipanggil juga sebagai pegaga nyonya. Noe ambil anak pokok ni di Kuang, Sungai Buloh..tempat mak mertua belajar agama. Pokok ni banyak terdapat di tempat mak mertua noe tinggal. Maka ambil la sedikit. Hasil nya seperti di bawah. Noe ada 2 pasu besar pokok ni. Dalam gambar satu jer. 

Pokok pegaga yang gantung ni dah di export ke rumah mak mertua. Tak tau hidup ke tak. Kambing suka sangat makan ulam ni. Kambing pun nak sihat juga. Tapi ada yang kawan noe makan pegaga biasa tu jer...pegaga cina ni dia tak makan.. tak tau la kenapa.. noe makan je..buat ulam

Pegaga Cina

Antara khasiat pokok pegaga yang dipetik dari blog Anim Agro Technology adalah seperti di bawah.

Khasiat Pegaga memang kaya dengan pelbagai zat makanan seperti proteingentianzat besivitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain pegaga adalah:
a. penawar alahan
b. banti kanser
c. melawaskan air kencing
d. penawar batu karang
e. penawar kencing berdarah
f. penawar ulser
g. merangsang peredaran darah
h. merawat cirit birit
i. mengurungkan tekanan darah


Pegaga Nyonya

Read More

Thursday, November 28, 2019

Menanam Pokok Peria Katak / Kambas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari hujung minggu lepas noe berjaya dengan misi mengalihkan pokok peria ke tanah. Pokok peria yang noe tanam ni yang jenis kecil tu... ada yg kata peria katak kut.. kalau belah Negeri Sembilan ada yang panggil Kambas. Noe tak pasti diaorg panggil Kambas untuk peria yang besar atau yang kecil ni. Biji benih peria ni... noe ambil dari buah peria tu sendiri. Simpan biji tersebut dan keringkan. Lepas tu terus semai dalam pasu kecil. Cepat je tumbuhnya. Satu pasu kecil kat bawah ni.. ada dalam 3/4 pokok. 

Pokok Kambas

Pokok peria ni jenis menjalar..maka bila dah membesar sikit... mula la dia nak menjalar. Sampai dah membesar seperti gambar di bawah ni..


Pokok Peria Katak

Pokok Peria

Ada ruang kecil di depan rumah noe... maka situ la di pindahkan pokok peria. Gantung tali jer. Harap pokok peria ni.. membesar dan berbuah dengan jaya nya. Kali pertama noe tanam pokok peria ni. Tak sabar nak tengok hasilnya.

Pokok Peria Katak


Read More

Tuesday, November 12, 2019

Tanaman Sayur, Bunga Dan Buah Di Rumah Mak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama sungguh rasanya noe tak kemaskini blog ni. Sunyi sepi je dah ... ni cuba juga cari masa untuk bercerita. 

Entri kali ni noe nak kongsi gambar tanaman yang terdapat di halaman rumah mak noe di kampung. Terdapat bunga-bungaan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tapi binatang pun ada dibela di halaman rumah mak ni. Kakak dan Abg ipar noe membela burung yang warna-warni tu. 

Tanaman ni semua hasil tangan kakak dan mak noe. anak buah noe ada juga hasil tangan dia... sebab dia kadang2 ditugaskan untuk menjirus pokok2 ni dan juga memberi makan burung2 tu. Abg ipar noe pun terlibat juga .. dia di bahagian membuat para-para dan tempat sangkar burung tu. Kadang-kadang bagi makan burung2 tu.

Gambar bawah ni..semuanya pokok daun-daunan dan bunga-bungaan. Pokok kaktus pun ada. Pelbagai jenis kaktus.

pokok daunan
Bunga-bungaan

Gambar bawah ni juga banyak daun-daunan dan bunga-bungaan. Ada juga daun kucai tapi tidak kelihatan dalam gambar. Pokok kari pun ada. Besar dah pokok kari nya. Anak-anak pokok kari dah meronyut kat bawah pokok tu.

bunga berjuntai
Bunga-bungaan 
Gambar bawah ni pula..bahagian sayur-sayuran. Para tu abg ipar yang buat. Kat situ ada pokok kucai, bayam brazil, sayur sawi .. belakang tu pula ada pokok pisang, pokok nenas, cili api dan pokok limau kalau tak silap.

kucai dan bayam brazil
Sayur-sayuran
Sayur kangkung dan pokok bunga kantan pun ada seperti gambar di bawah ni. Pokok bunga kantan ni memang amat besar.. ketinggiannya dah melebihi atap rumah. Satu-satu masa keluar bunga kantan yang agak banyak sebab pokok nya banyak. Lain-lain pokok kat gambar bawah ni..noe lupa pokok apa.

tanaman di kampung
Tanaman untuk makan-makan
Di bahagian tepi dinding rumah ni kelihatan pokok kunyit dan pokok bayam yang agak tak berapa nak sihat. Diabaikan agaknya...kesian dia.

tanaman di kampung

Korang tau ke buah apa kat gambar bawah ni. Itu buah markisa yang tak masak lagi. Bila masak warnanya jadi ungu kalau tak silap. Bersama-sama pokok markisa tu ada pokok timun mini dan pokok daun kesum (orang perak panggil daun cendehum).... tapi tak kelihatan dalam gambar. Pokok bunga dan pokok puding pun kelihatan di situ. Bahagian belakang tu ada pokok ubi, serai dan nenas.

tanaman di kampung
Buah-buahan
Gambar bawah ni pula biasanya dijadikan tempat untuk semaian. Pokok bunga orkid dan pokok ubi pun kelihatan di situ.

halaman rumah kampung
Biasanya jadi tempat semaian
Mak banyak tanam pokok bunga kertas. Pelbagai warna ada. Di sudut kat bawah ni...banyak pokok bunga kertas..yang tidak kelihatan dalam gambar pun banyak. Selain itu di sudut ini juga ada pokok limau (dalam pasu tu), pokok gajus dan pokok kurma. Pokok kurma lama dah Mak tanam tapi lambat membesarnya.

tanaman di halaman rumah
Majoriti bunga-buangaan
Bawah pokok rambutan seperti gambar-gambar di bawah ni.. banyak pokok berunsur daun-daunan. Biasanya kalau waktu tengahari yang sedang panas terik...kitaorg akan lepak di bawah pokok rambutan ini. Siap bentang tikar sambil makan2. Pokok rambutan ini dah tua ya amat sebab nya masa noe kecil lagi pokok ini dah wujud....sampai sekarang masih mengeluarkan hasil yang banyak...Alhamdulillah.


tanaman di kampung

pokok daunan
Pokok rambutan dan bunga-bungaan
Kat atas noe ada bagitau kat halaman ini pun ada burung. Sangkar burung seperti di bawah ni. Sangkar ni abg ipar yang buat sendiri. Mula-mula kakak dan abg ipar bela sepasang je. Lama-lama dah beranak pinak. Dah berbelas ekor. cantik2 bulunya. Anak buah tugasnya bagi makan burung2 ni. Selain burung kat umah mak ni pun ada beberapa ekor kucing. Kebanyakan ahli keluarga noe..adalah peminat kucing. Kalau masa raya ada la yang angkut kucing masing2 balik kampung. 

burung cantik
Burung2 comel

Ini je yang noe nak kongsi apa yang terdapat di depan halaman rumah noe di kampung. Biasanya kalau balik mesti geram tengok tanam-tanaman ni...maka kadang angkut juga la sepasu dua.. bawa balik ke rumah.. hihi.. 

Rindu nak balik kampung. Kalau boleh nak duduk di kampung jer... tapi apa kan daya...

Read More

Friday, March 11, 2016

Khasiat Daun/Akar Pandan


khasiat pandan


1. Dikatakan mampu untuk merawat badan berbau, kencing manis, anemia, gonorea, sapremia dan sifilis. Daun pandan direbus atau direndam dengan air panas/suam/sejuk kemudian diminum.

2. Air rebusan akar pandan dikatakan mampu untuk merawat penyakit kencing manis.

3. Baik untuk kesihatan rambut dan kulit kepala serta sakit otot dan sendi. Caranya dengan minyak direndam dengan daun pandan kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut.

4. Dijadikan ramuan bedak sejuk yang digunakan untuk kesihatan kulit.

5. Dijadikan sebagai pewangi. Daun diletakkan di dalam almari, bilik, kereta, peti sejuk dan sebagainya.

6. Digunakan sebagai pencegah serangga. Daun pandan dimasukkan bersama bahan simpanan seperti bijirin dan kekacang.

7. Daun pandan digunakan dalam istiadat atau upacara tertentu seperti dalam majlis perkahwinan iaitu dipanggil sebagai bunga rampai.

8. Daun pandan juga digunakan untuk mendapat bau pandan pada agar-agar, kek, kuih muih, kordial, minuman dan sebagainya.

9. Digunakan juga untuk menghasilkan warna hijau dalam masakan seperti kek dan kuih muih.


Read More

Tuesday, November 25, 2014

Mari Berkunjung Ke MAHA 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show) sudah kembali untuk tahun 2014. Ianya berlansung selama 9 hari bermula pada 22 November 2014 hingga 30 November 2014 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.

Kepada yang berminat untuk berkunjung ke MAHA 2014, boleh membaca dulu panduan seperti di bawah. 



HPPNK 2014


Pertandingan Agro Youth Business Idea



Seminar Maha 2014

Pertandingan Fotografi


Aplikasi MAHA 2014



Read More

Thursday, October 09, 2014

Sayur / Pokok Maman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Korang pernah makan atau tahu sayur maman??  Gambar kat bawah ni noe ambil di halaman rumah noe di kampung. Mak yang tanam. Jarang dapat jumpa pokok maman ni. 


pokok maman

Apa yang boleh digunakan di dalam masakan?

  • Boleh di campur dalam masak lemak
  • Boleh di buat jeruk
  • Maman yang telah dijeruk, boleh dicampur dalam masak rendang ayam

pokok maman

Maman di katakan mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Apakah khasiat sayur maman ini??

  • Mengandungi air, protien, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium, karotena, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, niasin dan vitamin C.
  • Dapat mengeluarkan angin dengan menumbuk lumat biji maman (jangan guna berlebihan) dan kemudian dimakan terus.
  • Biji atau daun maman direbus dan diminum airnya dikatakan mampu untuk dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme
  • Air rebusan biji atau daun maman juga dikatakan mampu untuk merawat gonorea dan cirit birit.
  • Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan racun serangga
  • Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya

Info diperoleh dari: Anim Agro Technology



Read More

Thursday, July 17, 2014

Buah-Buahan Tempatan Yang Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada n3 yang lepas (DI SINI), noe ada cerita Bob dan anak-anak balik kampung. Bila pulang dari kampung banyak bekalan yang dibawa dari sana. Selain lauk pauk dan kuih muih untuk berbuka puasa, Bob juga ada bawa buah-buahan tempatan. Buah-buahan ini hasil kutipan dari kampung Wan di Kampai, Jelebu. Buah-buahan yang ditanam sendiri. 


Ada 2 buah kegemaran noe di situ..iaitu buah durian dan buah manggis. Dua-dua buah tu bilangannya dah berkurangan sebab dah banyak masuk dalam perut. Inilah untungnya bila ada tanah yang luas. Macam-macam boleh ditanam.  


Tengok kat dalam raga bawah ni..ada tersesat buah bacang. Bob kata banyak tapi dia ambil sebiji je, yang lain bagi pada mak mertua. Bob ambil pun sebab nak buat sambal belacan bacang. Durian kat bawah ni serius sedap. Lemak yang amat.


Gambar kat bawah ni, mesti biasa korang tengokkan. Inilah buah Menia (orang perak panggil) atau buah kundang (orang nogori panggil). Buah ni agak masam tapi yang kuning tu ada gak yang manis. Noe kalau buah masam-masam ni kureng sikit.

Bob kata Wan ada terkenang aksi noe dan bob pasal buah kundang ni. Masa tu noe dan bob sampai rumah Wan...tapi Wan tak ada, pergi rumah jiran. Abang Ali bersama-sama dengan mak mertua noe pergi tengok Wan di rumah jiran. Masa ni Aya tak ada lagi. Kitaorg berdua bosan kut..tercangok jer...sudahnya kitaorg berdua panjat pokok kundang tu...siap ambil gambar lagi (gayat sungguh kau noe)...badan bukannya kecik2...duk panjat pokok tu... Bila Wan sampai, Wan tengok kasut ada kat bawah orang nya tak ado...kitaorg duk senyap2 je kat atas pokok tu. hehehehe...2 ekor monyet duduk kat atas pokok...terkejut Wan bila kitaorg panggil dari atas pokok...hehehe...bertuah punyo cucu...dah bertahun2 Wan masih ingat lagi.



Read More

Monday, June 30, 2014

Bunga Tiga Bulan Atau Bunga Siti Zubaidah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebenarnya noe teringin sangat nak tanam pokok Bunga Tiga Bulan dari spesis Hyrangea atau ianya juga dipanggil sebagai Bunga Siti Zubaidah (Kenapa Siti Zubaidah...tak tau la plak). Ianya dipanggil Bunga Tiga Bulan kerana bunganya dikatakan mampu berkembang selama 3 bulan. Lama tu kan...Nama-nama lain bagi bunga ni ialah Bigleaf Hydrangea, French Hydrangea,Lacecap Hydrangea, Mophead Hydrangea, Penny Mac dan Hortensia. Pokok ini dikatakan berasal dari Jepun.

Apa yang menariknya pokok ni...kerana warna bunga ini mengikut pH tanah. Tanah yang lebih asid akan menghasilkan bunga berwarna biru. Tanah yang beralkali pula akan menghasilkan bunga warna merah muda. Manakala bunga putih tidak akan bertukar warna.

Nanti nak pergi cari pokok ni di nursery.


Bunga Kembang tiga bulan
Sumber

Bunga Siti Zubaidah
Sumber
Bunga Siti Zubaidah
Sumber

Bunga Siti Zubaidah
Sumber

Bunga Siti Zubaidah
Sumber
Bunga Siti Zubaidah
Sumber
Bunga Siti Zubaidah
Sumber
Bunga Siti Zubaidah
Sumber
Bunga Siti Zubaidah
Sumber














Read More

Monday, June 23, 2014

Peralatan atau Perkakasan Berkebun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam n3 yang lepas (baca SINI) noe ada cerita pasal point yang ditukar dengan voucher parksons dan storage box. Selain dapat dua benda tu, noe pun dapat peralatan atau perkakasan untuk berkebun

Terdapat 5 items untuk berkebun dalam tu, ditambah pula dengan botol penyembur...boleh guna untuk sembur racun pokok. Peralatan ini didatang dengan beg sekali. Kepada mereka yang suka berkebun, mesti suka tengok peralatan ni kan. Tapi noe tak guna lagi peralatan ni, tapi memang rasa teruja je nak guna...hehehe...walaupun sebelum ni dah ada benda2 alah ni...benda baru kan...mesti la teruja..


peralatan berkebun

gardening equipment

Read More

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena