Showing posts with label Pokok. Show all posts
Showing posts with label Pokok. Show all posts

Thursday, June 18, 2020

Bunga Keladi Bunting

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Gambar bunga keladi bunting ini noe ambil dirumah mertua. Pokok ini ditanam di dalam tempayan yang mengandungi air. Terapung seperti pokok kiambang. Pokok ini juga dikenali sebagai Orkid Air atau Water Hyacinth. Kenapa dipanggil Keladi Bunting..tak pasti la noe...mungkin sebab batang atau daunnya yang kembung. 

Noe tak berapa berani nak membelek pokok ini...sebab risau ada katak di dalam nya...hihihi.. Ambil gambar berani lagi... tapi bunga ini memang cantik..

Bunga Keladi Bunting
Bunga Keladi Bunting

Read More

Wednesday, June 17, 2020

Pokok Bromeliad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini noe nak kongsi gambar pokok Bromeliad. Inilah 2 pokok Bromeliad yang sedang noe jaga. Pokok ini kakak noe yang bagi. Dia memang peminat pokok Bromeliad ni. Ada pelbagai jenis. Pokok2 yang noe jaga ini dah keluarkan tunas tapi noe biar jer dalam tu... bagi beranak lagi. Selain tanam melalui tunas, pokok ini juga boleh ditanam melalui biji benih. 


Pokok ini akan mengeluarkan bunga dari pokok induknya..setelah berbunga..pokok induk akan mati tapi tunas2 pokok ini akan banyak dan boleh ditanam. Ada pelbagai jenis .. bentuk daun yang berbeza..warna pun pelbagai...cantik2..Nanti noe nak cari jenis yang lain plak. Tiba2 minat plak dengan pokok Bromeliad ni.



Read More

Tuesday, June 16, 2020

Cara Letak Baja Di Pokok Orkid Hutan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini noe nak kongsi perihal Pokok Orkid noe yang dah bertahun-tahun tak berbunga. Pokok ini pemberian arwah bapa mertua yang noe panggil sebagai Uncle. Arwah Uncle memang penggemar pokok orkid. Kalau dia nampak ada pokok orkid hutan.. sanggup dia berhenti, panjat pokok tu dan ambil. So pokok ini memang ada sentimental value...sebab dia yang beri pada noe.

Dulu pokok ini pernah berbunga, bunga nya kecil-kecil warna putih kalau tak silap. Itu cerita dulu..sekarang dah bertahun-tahun tak berbunga. Noe pun satu..jirus dengan air je pokok ini...tak pernah la dibelai ke...di letak baja ke.. memang kurang kasih sayang ni..



Orkid Hutan
Orkid Hutan

Oleh kerana masih sayangkan pokok ini...noe pun cari baja dan letak di pokok ini. Cara noe letak baja di pokok orkid ini seperti gambar di bawah ini. Noe letak sesudu baja dalam perca kain .. punjutkan.. dan letak di pokok Orkid tu. Nanti kita tunggu hasil nya.. tengok berjaya atau tidak..harap2 berbunga la dia..

Cara Letak Baja Di Pokok Orkid


Read More

Monday, June 15, 2020

Bunga Orkid Putih Dan Ungu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mari kita jamu mata dengan Bunga Orkid yang cantik ini...


Bunga Orkid Purple


Bunga Orkid Putih


Read More

Monday, March 23, 2020

Apa Aktiviti Masa Perintah Duduk Dalam Rumah Ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah lama sangat rasanya noe tak kemas kini blog ni. Nak cari masa untuk update blog tu yg susah. Ada je benda yang lebih penting yang nak dibuat. Maka berlumut la blog ini.

Sekarang mesti masing-masing melepak dalam rumah. Noe dah mula kerja dari rumah sejak hari selasa minggu lepas. Hari ini masih kerja dari rumah. Esok kena pergi office.. 3 hari kena pergi office minggu ni. Kena mengadap sekatan jalan raya la kalau ada. Nasib baik HR dah keluar kan surat.. jadi tak perlu la rasa takut kalau nak menjawab. Dah terpaksa pergi office. Redho je la. Ikutkan hati lagi suka kerja dari rumah. Jimat masa dan minyak. Sambil tu boleh juga setel benda yang patut di rumah tu. Lagi pun bila berada di luar.. takut juga..dengan virus yang melanda seluruh dunia sekarang ni. Moga Allah S.W.T melindungi kita semua. 

Kalau tengok media sosial sekarang ini.. masing-masing berkongsi aktiviti yang mereka lakukan di rumah. Ada yang kongsi makanan, ada yang bermain-main ngan anak-anak, ada yang ulang-alik ke dapur.. makan.. ada yang makan tidur makan tidur hihi...ada yang kongsi gambar pintu ais yang dah tercabut...anak-anak sepuluh kali sekejap buka tutup peti ais.. ada yang main mainan anak...ada yang mengemas rumah..buang mana yang dah tak diperlukan...yang pasti..pasti ramai yang mengadap phone.. update status di media social..ada yang mengadap TV...ulang balik tengok drama korea... tak kisah apa yang kita semua lakukan… yang pasti kita DUDUK DI DALAM RUMAH #STAYATHOME. Ikut arahan yang telah diberikan supaya rantaian virus dapat diputuskan dan tiada jangkitan baru.

Ada juga WhatsApp group yang buat bacaan Alquran masa kuarantin ni. Ada 2/3 WhatsApp group noe yang buat. Ada yang buat ikut juzuk. Ada yang buat ikut mukasurat. Bagus juga..perbanyakkan bacaan Al-Quran..perbanyakkan amalan sunat. Solat jemaah bersama-sama anak-anak. Kenapa kita boleh mengadap phone atau  TV berjam2 lamanya? Ambil separuh dari masa mengadap phone tu untuk buat amal ibadat. Moga dengan amalan itu dapat menjadi bekalan kita di akhirat nanti. InsyaAllah.

Halaman Rumah
Tanaman Yang Tak Seberapa
Bagi noe pula.. ini la masa untuk mengadap pokok-pokok yang tak seberapa ni. Repair apa yang patut. Pagi-pagi dah keluar mengadap pokok-pokok ni. Petang kang sekali lagi mengadap. Harap pokok-pokok ini segar la semuanya. Alhamdulillah setakat ini dah merasa makan hasil dari tanaman ni. Buah peria pun dah banyak kali la menggoreng dan buat ulam. Pegaga dan bayam brazil...selain ulam..masuk juga dalam mee/bihun goreng. Pokok kunyit, serai, daun kesum, daun kaduk...cili api..semua dah merasa hasilnya. Tunggu pokok terung plak.. yang baru mengeluarkan bunga. Mesti ramai yang buat benda yang sama macam noe. 

Pokok Terung
Terung baru nak berbunga

Bitter Gout
Tuaian Peria pagi tadi

Apa-apa pun kita semua berharap agar situasi ini dapat berakhir dengan secepat mungkin. Sama-sama kita berdoa. 

#STAYATHOME
#COVID19
#SILAPATUHIARAHAN
Read More

Tuesday, February 04, 2020

Daun Kaduk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Daun kaduk


Kali ni noe nak cerita pasal pokok kaduk atau nama orang putihnya piper sarmentosum. Ianya dari kaum keluarga Piperaceae. Pokok daun kaduk ini noe ambil dari rumah mak mertua. Angkut sekali yang ada akar. Sekali pandang daun kaduk ni macam daun sireh. Daun Sireh memanjang sikit dan pokoknya menjalar manakala pokok daun kaduk ini tak menjalar. 

Mula kenal bila mak mertua guna daun ini untuk dimasukkan sekali dalam Sambal Tempoyak Daun Kayu. Noe yang kononnya rajin menanam ni.. ambil la anak pokok bawa balik. 

Mula-mula tanam banyak daunnya yang berlubang-lubang. Belalang suka makan daun ini. Satu kampung diangkutnya menyerang daun kaduk ni. Gambar bawah ni lubang tinggal sikit sebab noe dah sembur dengan racun perosak. 

piper sarmentosum

Noe guna natural and organic pesticides macam kat bawah ni. Noe guna 2 kali je kut...lepas tu stop.  Noe buang daun yang berlubang-lubang tu... keluar daun-daun baru macam gambar pertama tu. Elok melebar nya dan berkilat. Noe tanam pokok ini dalam polibag.

racun perosak

racun perosak

Baru ini baru tau rupanya daun ini boleh dibuat ulam juga. Kurang membaca..itu yang tak tau. Lepas ini boleh la noe cuba buat ulam. Tak pernah buat ulam lagi. Seronok tengok daun tu membesar dengan jayanya.

Banyak juga khasiat daun kaduk ini. Ianya dikatakan mampu untuk menghilang kan batuk, sakit gigi, sembelit, demam malaria, panau dan dapat membunuh cacing dalam perut. Ianya juga dikatakan mampu untuk mengurangkan keputihan dan awet muda.

Harap-harap pokok kaduk tu membesar dengan lebih jaya lagi.




Read More

Friday, January 17, 2020

Bunga Pokok Peria

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebelum ini noe ada cerita tentang baru menanam pokok peria katak/kambas (baca SINI). Pokok ini sudah membesar dengan sihatnya dan sudah mula berbunga. Cantik la plak bunganya. Tak sabar nak tengok hasilnya. 


flower bitter gourd

flower bitter gourd

pokok peria

Read More

Friday, November 29, 2019

Khasiat Pokok Pegaga Cina / Nyonya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Di laman rumah noe yang kecil ni.. noe ada juga tanam pokok pegaga cina atau dipanggil juga sebagai pegaga nyonya. Noe ambil anak pokok ni di Kuang, Sungai Buloh..tempat mak mertua belajar agama. Pokok ni banyak terdapat di tempat mak mertua noe tinggal. Maka ambil la sedikit. Hasil nya seperti di bawah. Noe ada 2 pasu besar pokok ni. Dalam gambar satu jer. 

Pokok pegaga yang gantung ni dah di export ke rumah mak mertua. Tak tau hidup ke tak. Kambing suka sangat makan ulam ni. Kambing pun nak sihat juga. Tapi ada yang kawan noe makan pegaga biasa tu jer...pegaga cina ni dia tak makan.. tak tau la kenapa.. noe makan je..buat ulam

Pegaga Cina

Antara khasiat pokok pegaga yang dipetik dari blog Anim Agro Technology adalah seperti di bawah.

Khasiat Pegaga memang kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain pegaga adalah:
a. penawar alahan
b. banti kanser
c. melawaskan air kencing
d. penawar batu karang
e. penawar kencing berdarah
f. penawar ulser
g. merangsang peredaran darah
h. merawat cirit birit
i. mengurungkan tekanan darah


Pegaga Nyonya

Read More

Thursday, November 28, 2019

Menanam Pokok Peria Katak / Kambas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari hujung minggu lepas noe berjaya dengan misi mengalihkan pokok peria ke tanah. Pokok peria yang noe tanam ni yang jenis kecil tu... ada yg kata peria katak kut.. kalau belah Negeri Sembilan ada yang panggil Kambas. Noe tak pasti diaorg panggil Kambas untuk peria yang besar atau yang kecil ni. Biji benih peria ni... noe ambil dari buah peria tu sendiri. Simpan biji tersebut dan keringkan. Lepas tu terus semai dalam pasu kecil. Cepat je tumbuhnya. Satu pasu kecil kat bawah ni.. ada dalam 3/4 pokok. 

Pokok Kambas

Pokok peria ni jenis menjalar..maka bila dah membesar sikit... mula la dia nak menjalar. Sampai dah membesar seperti gambar di bawah ni..


Pokok Peria Katak

Pokok Peria

Ada ruang kecil di depan rumah noe... maka situ la di pindahkan pokok peria. Gantung tali jer. Harap pokok peria ni.. membesar dan berbuah dengan jaya nya. Kali pertama noe tanam pokok peria ni. Tak sabar nak tengok hasilnya.

Pokok Peria Katak


Read More

Monday, September 25, 2017

Bunga Di Laman Mak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama sangat rasanya menyepikan diri. Alhamdulillah hari ini tergerak hati untuk masuk dan update apa yang patut.

Bunga-bunga ini ada koleksi bunga Mak Noe yang terdapat di halaman rumah noe di kampung.

Yellow Flower



Bunga Ungu

Bunga oren

Bunga Raya Pink

White Flower

Bunga Raya

Bunga Kertas Pink

Cactus Flower


Bunga Cina

Read More

Wednesday, February 08, 2017

Pokok Kiambang Di Tasik Perdana Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pokok Kiambang yang noe ambil gambarnya di Tasik Perdana Kuala Lumpur pada tarikh dan masa yang berbeza.

Kiambang
Di Waktu Petang

Kiambang
Di Waktu Pagi

Kiambang
Di Waktu Pagi

Read More

Wednesday, November 23, 2016

Aktiviti Di Petang Ahad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Ini cerita petang ahad lepas. Kesian pokok-pokok kat rumah noe tu...tuan nya sibuk memanjang...tak layan depa sangat...layan jirus jer...laman pun dah ala2 hutan belantara mini...hebat tak,,,tapi tak teringat plak nak ambil gambar hutan belantara tu...sebab duk teringat nak ambil gambar sayur jer...


Sayur Hijau



Hasil dari tanaman yang tak seberapa ni....dapat la segenggam sayur kucai ... boleh la nak masak sayur ke atau nak letak dalam keau teau goreng ke...atau nak letak dalam cucur udang ke...boleh la untuk makan sendiri....

Tengok la gambar bawah ni....ini lah pasu atau bekas untuk menanam pokok kucai...hentam saja la noe...pakai je apa-apa bekas yg ada...ada beberapa pasu kosong..masih tak berisi...sedang fikir nak letak apa...ada sayur bayam merah...dah beranak pinak...mungkin boleh tanam dalam pasu ni....


Ada satu pasu tu noe tanam pokok Ulam Raja...satu batang jer....elok plak membesarnya...dah boleh di petik untuk di makan...

Kat gambar ni...ini je lah hasil untuk petang ahad itu hari...sekejap je masanya...tak sempat nak alihkan pokok2 bendi dan pokok2 bunga matahari...next round plak la buat...

Green Vegetable
Ulam Raja Dan Kucai


Read More

Monday, October 05, 2015

Projek Nak Tanam Sayur Tapi..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bila dah lama tak kemaskini blog, ini lah jadi nya...otak terus tepu dan berjerebu...sama berjerebu macam kat luar tu...nak taip apa pun tak tau. Dah lebih 2 minggu tekak ni sakit...hari ni dah ok sikit...sebelum tu siap demam lagi. Mula-mula Aya yang demam..lepas tu noe..lepas tu Bob...elok la semuanya dah merasa demam...tapi sekarang Alhamdulillah dah pulih sepenuhnya. Cuma batuk tu sikit-sikit ada la lagi. 

Minggu lepas ingatkan nak buat projek penanaman sayur...dah lama tak bertani..dulu2 rajin jugak...sekarang ni yang ada kucai, kunyit dan pandan je...itu pun kucai dan kunyit tu pun macam segan2 je nak tumbuh...kat bawah ni antara pokok yang noe pernah tanam..

Cabbage
Kobis Bunga (kalau tak silap la

Vegetable
Lupa pokok apa

Vegetable
Salad

Vegetable
Pokok Terung

Vegetable
Pokok tomato
Projek penanaman sayur terpaksa ditangguhkan sebab hari sabtu mak mertua nak singgah rumah sebelum pergi rumah kenduri. Kitaorg pun pergi kenduri tu jugak. Biasa la kan bila mak mertua nak datang...operasi mengemas besar-besaran pun bermula..hehehe....rumah macam tongkang pecah...akhirnya berjaya mengemas tapi kat tingkat bawah jer...tingkat atas kemas sikit2 je...nasib baik sebelum tu noe dah cuci dua2 bilik air. elok la sikit rupanya. Bila mak mertua dah balik...kusyen2 dah senget pun buat dek je..mcm kat bawah ni...

ruang tamu

Bila rumah kemas...sedap je mata memandang...tenang je tengok kan...

Read More

Thursday, October 09, 2014

Sayur / Pokok Maman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Korang pernah makan atau tahu sayur maman??  Gambar kat bawah ni noe ambil di halaman rumah noe di kampung. Mak yang tanam. Jarang dapat jumpa pokok maman ni. 


pokok maman

Apa yang boleh digunakan di dalam masakan?

  • Boleh di campur dalam masak lemak
  • Boleh di buat jeruk
  • Maman yang telah dijeruk, boleh dicampur dalam masak rendang ayam

pokok maman

Maman di katakan mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Apakah khasiat sayur maman ini??

  • Mengandungi air, protien, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium, karotena, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, niasin dan vitamin C.
  • Dapat mengeluarkan angin dengan menumbuk lumat biji maman (jangan guna berlebihan) dan kemudian dimakan terus.
  • Biji atau daun maman direbus dan diminum airnya dikatakan mampu untuk dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme
  • Air rebusan biji atau daun maman juga dikatakan mampu untuk merawat gonorea dan cirit birit.
  • Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan racun serangga. 
  • Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya

Info diperoleh dari: Anim Agro Technology



Read More

Thursday, June 26, 2014

Rumah Penuh Dengan Bunga-Bungaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebelum ni noe ada kongsi satu rumah yang penuh dengan bunga .. kali ni noe nak kongsi lagi rumah-rumah yang penuh dengan bunga-bungaan...gambar-gambar ni bukan di Malaysia yer...

memang rajin sungguh penghuni rumah-rumah ni...bukan senang nak menjaga bunga yang banyak-banyak ni. 

Cantik pulak tengok bunga yang pelbagai warna ni ... macam teringin je nak buat...sekarang ni rumah noe...daun-daun hijau je yang banyak...ish geram sungguh tengok bunga2 ni...

Tengok satu gambar yang depan rumah satu pokok besar yang berbunga tu...fuhhh...cantik sangat...

Ada kawan-kawan yang teruja nak buat rumah penuh bunga-bungaan macam ni??? 


house with flowers
sumber


house with flowers
sumber



House with flowers
sumber


house with flowers
Sumber


house with flowers
Sumber


house with flowers
Sumber


house with flowers
sumber



Read More

© Lukisan Kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena