...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Showing posts with label Kejadian Alam. Show all posts
Showing posts with label Kejadian Alam. Show all posts

Thursday, December 29, 2016

Memancing Dan Bersantai Di Kelong - Bahagian 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Entry kali ini adalah sambungan dari entry sebelum ini (Klik Di SINI).

Selepas makan malam...masing-masing sibuk memancing jer la...banyak juga dapat ikan gelama, sembilang...duri...noe tak tau la nak bezakan mana ikan duri..mana ikan sembilang....noe berjaga sampai pukul 3 pagi...layan man dan Bob memancing...yang lain semua dah bermimpi...tak tau dah pergi mana..ke Afrika ke..balik kg ke....Afan pun dah lama tidur...Afan ni anak Ida dan Pak Man...petang hari tu menangis sebab dia tak dapat ikan bila memancing...nak tengok TV...channel pula tak dapat...terpaksa la Cik Man godek-godek...dapat la TV9...dah dapat channel Afan lak dah tidur sambil hisap jari...lena sampai pagi...

Fishing Kelong Klang

Malam tu banyak sungguh bintang...bulan pun tersenyum jer...memang cantik sangat....cerah bukan main...sambil tunggu Bob memancing...Noe boleh tersengguk-sengguk atas kerusi...nak temankan jugak Bob....segar balik bila Bob memekak bila ikan sudah hinggap di kail dia.....dalam pukul 2 pagi...dah stop memancing sebab umpan dah nak habis...simpan sikit untuk pagi esok nya...

Fishing Kelong Klang

Memancing Di Kelong Klang
Nampak Tak Bulan Tu...
Bila dah kemas semua...man pergi buat air teh panas...fuh...sedap bukan main lagi...pagi2 minum teh panas cicah dengan roti gardenia...hihihi...mmg maveles...lepas tu...awan dah berarak mendung...nampak awan hitam dah mai...hujan rintik-rintik dah mula turun....nasib baik hujan dah mula turun...noe rasa kalau tak hujan mau bersembang sampai subuh...bila dah mula hujan...noe pun get ready untuk tidur...lelaki semua tidur di pangkin jer...ada selimut dan toto semua...masing2 bawa selimut sendiri....hujan turun dengan lebat bersama-sama dengan angin yang agak kuat...Kelong tu bergerak ke depan ke belakang...layan jer... yg lelaki kena la tempias sikit...air mencurah ke muka...hihihi...Pak Man la yang kena...

Memancing Di Kelong Klang

Matahari Terbit Klang Selangor

Matahari Terbit Kelong Klang

Sepanjang Malam noe tak berapa nak lena tidur...pukul 6 dah bangun...terus solat subuh...lepas tu tak tidur dah...layan pemandangan di waktu subuh dan matahari terbit...memang cantik....memang saat ini yang ditunggu-tunggu...nyaman yang amat...damai je rasanya..noe duduk jer bersembang dengan ina sambil menikmati pemandangan di lautan...

Pemandangan Cantik Di Lautan


Matahari Terbit Klang


Pagi tu kitaorg buat nasi goreng untuk sarapan dan teh tarik...sempat la diaorg memancing lagi...lepas tu sibuk menyiang ikan...buangkan perut...dalam pukul 10 kitaorg dah gerak balik...masa ni pun dah mula rasa panas....patutlah man ajak pergi lambat itu hari...sebab kalau sampai awal...panas kelong tu...nak memancing pun tak seronok...jadi waktu yang sesuai pukul 5/6 ke atas la...bila matahari dah nak balik rumah dia...

Sarapan pagi
Sarapan Pagi


Memancing Di Kelong
Sibuk Menyiang Ikan

Hasil Memancing
Inilah hasilnya

Kelong Telok Gong

Sibuk Nak Tunjuk Muka Jugak

Bila dah sampai jeti, ada pula sorang brother ni sedekah ikan duri....banyak juga..dia kata dia dapat banyak....siap sedekah ketul ais lagi kat kitaorg...terima kasih bro..lepas tu dia tengok hasil tangkapan kitaorg...ada sekor ikan belukang katanya...brother tu cakap...ikan belukang ni tak sedap...biasanya diaorg tak ambil ikan belukang ni...kalau dapat diaorg buang balik...ooo macam tu....idak tau...

Kelong Suhaimi


Bila dah punggah semua barang, kitaorg pun berangkat pulang...sebelum sampai ke destinasi masing-masing singgah dulu breakfast...lepas breakfast pergi rumah man...ambil kereta..pastu terus bergerak balik Kajang. Bob ambil la beberapa ekor ikan...tak payah ambil banyak-banyak..di rumah orang tak ramai pun...noe pun memang la rajin sangat memasak.

Berakhir sudah aktiviti di Kelong. Jadi...seronok ke?? Satu pengalaman baru buat noe...mungkin boleh cuba kelong yang lain pula. Bob and the gang kata nak pergi ke Tasik Kenyir pula...rancangan tahun depan...kalau Bob pergi..noe ikut je. Pada noe kelong yang noe pergi ni dari aspek keselamatan amat kurang...ye la masa naik bot tak ada life jacket...di kelong pun tak disediakan life jacket juga...itu rasanya benda basic yang kena ada...kalau bawa anak-anak tak berapa sesuai...

apa2 pun noe memang enjoy...


Read More

Memancing Dan Bersantai Di Kelong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kali ini noe nak cerita tentang pengalaman noe bermalam di Kelong. Apa itu Kelong? Menurut Wikipedia..


Kelong ialah sejenis binaan luar pesisir yang diperbuat daripada bahan kayu, dan boleh dijumpai diperairan Malaysia, Filipina dan Indonesia, di samping sebilangan kecil yang masih wujud sekitar Singapura kesan pembandaran pesat. 
Kelong dibina oleh nelayan terutamanya untuk tujuan perikanan, namun adanya kelong besar yang dijadikan tempat tinggal untuk keluarga nelayan. Kelong dibina tanpa perlunya paku, sebaliknya rotan digunakan untuk mengikat kayu balak dan papan yang menjafi bahan binaan. Kelong biasanya ditemui di perairan cetek, dilabuhkan pada dasar laut sedalam enam meter dengan cerucuk kayu sepanjang 20 meter. Sesetengah kelong tidaklah terpencil sangat kerana dihubungkan dengan darat melalui laluan papan. Ada juga jenis kelong bergerak, dan juga kelompok besar kelong yang membentuk komuniti luar pesisir yang besar.
Bila sebut Kelong mesti automatik orang akan ingat kita kaki pancing...sebab biasanya orang yang pergi memancing jer yang pergi ke Kelong....Noe dan Bob bukan kaki pancing....tapi kawan Bob beria ajak...untuk release tension dan cari ketenangan katanya. Jadi kami pun bersetuju la untuk pergi lagipun ini kali pertama noe nak merasa tinggal di Kelong. Dulu masa arwah uncle (bapa mertua) masih ada...arwah ada plan untuk bawa pergi ke Kelong....tapi hajatnya tidak kesampaian....Allah lebih menyayangi beliau. 
Berbalik pada cerita asal...bila ada peluang macam ini...noe pun teruja juga untuk pergi dan merasa pengalaman tinggal di Kelong. Kelong yang kawan Bob pilih ini terletak di Telok Gong, Klang namanya Purple Inn Chalet Kelong (contact no ada di gambar bawah sekali) atau juga dikenali sebagai Kelong Suhaimi ...

Kami memulakan perjalanan dalam pukul 4 lebih...Noe dan Bob pergi la ke rumah Man sebab kami plan naik satu kereta jer...noe, bob, kawan bob, Man dan isteri kawan bob, Ina pergi dengan satu kereta sahaja..Manakala Pak Man, Isteri Pak Man, Ida dan anak mereka...Afan yang berumur 7 tahun....naik lagi satu kereta. Hujan lebat sepanjang jalan....bila sampai Klang hujan dah reda...


Sampai di Jeti dalam pukul 5 lebih...bila sampai di sana...ada orang bagi umpan...awal-awal Man dah tempah umpan umpun-umpun (gambar ada di bawah ..)....RM40...mahal gak erk...kali pertama noe tengok umpun-umpun ni... hidup lagi...geli pun ada... Man ada order umpan udang juga...tapi tak ada la plak...



tak lama lepas tu.... terus naik bot....angkut semua barang dalam bot...dekat je Kelong ni...ini Kelong macam kat muara je...bukan kat tengah laut tu...kalau di tengah laut...menakutkan juga tu...tapi kalau nak mencuba apa salahnya kan...dalam 5 minit dah sampai kelong yang dituju..


Telok Gong Klang
Jeti Ke Kelong

Jeti Teluk Gong


Memancing
Barang-Barang Yang Nak Di Bawa


Proses Masukkan Barang Dalam Bot


Umpan Ikan
Umpan Umpun-Umpun - Hidup Lagi Masa Ni


Kelong Suhaimi Telok Gong
Ini Lah Kelong Nya
Kelong Suhaimi Teluk Gong Klang
Ni Macam Promote Jer...

Kelong ini tak ada la besar sangat tapi muat la untuk kitaorang yang 6 orang dewasa dan sorang kanak-kanak ni...Apa kemudahan yang ada di sini?


1. Dalam bilik/ruang tamu - ada bantal, toto dan selimut, TV (siaran rasanya dapat TV9 je kut), DVD player, ada macam tempat untuk karaoke juga, sejadah pun ada. Dalam ruang pun ada kipas..ada plug untuk charge handphone ke....


2. Dapur - ada dapur untuk memasak beserta dengan tong gas la (tak ada tong gas nak masak apa??). Periuk, kuali dan cerek untuk memasak air pun ada. Pinggan, cawan, sudu pun ada juga. Tapi kami bawa pinggan mangkuk, cawan polisterine je.


3. Bilik Air - ada tempat takungan air. Rasanya ini takungan air hujan. lubang tandas pun ada. Air dalam botol2 besar pun ada disediakan. In case dalam takungan besar tu habis.


4. Pangkin - ini tempat melepak..ada kipas dan berlapikkan tikar getah.


5. Kerusi pun ada untuk para pemancing. Ada lagi satu tempat takungan air di bahagian luar. 



Kelong Suhaimi Teluk Gong Klang
Dalam Bilik


Kelong Suhaimi Teluk Gong Klang
Ruang Dalam Bilik


Dapur Kelong Suhaimi Teluk Gong Klang
Dapur


Kelong Suhaimi Teluk Gong Klang
Bilik Air


Kelong Suhaimi Teluk Gong Klang
Pintu Dapur
Bila dah sampai sini...masing-masing sibuk mengemas barang la...barang untuk memasak letak di dapur..barang2 basah pun ada...ayam...ikan..tepung..gula..cili yang dah diblend..bawang yang dah siap dipotong...maggi..macam2 lagi la...air mineral satu kotak. Air mineral ini digunakan untuk memasak dan minum. Masak air guna air mineral ini. Bila dah sampai sini...kaum lelaki sibuk dengan alat memancing...minum petang dengan air teh O panas dan roti...tak lama lepas tu Bob buat maggi...atas permintaan man...sekejap je Bob masak maggi...siap ada sayur dan telur lagi...


Kelong Suhaimi Telok Gong Klang


Purple Inn Chalet Kelong


Kelong Suhaimi Teluk Gong Klang

Apa yang boleh dibuat di sini? Terutama kepada mereka yang tidak memancing .... sape yang minat membaca boleh membawa buku, kalau ramai boleh bawa permainan seperti saidina ke, sahibba ke, chess ke, scrabble ke..tak pun sape yang suka menulis boleh la angkut peralatan untuk menulis......noe plak ada bawa buku tapi tak buka pun....noe hanya menikmati pemandangan sambil bersembang..


Matahari Terbenam Teluk Gong Klang

Pada hari tu, cuaca memang sangat baik...dapat noe menikmati pemandangan yang indah lautan di kala senja..memang noe nantikan saat ini...Orang yang memancing dah mula memancing....cepat juga dapat ikan...dapat la ikan gelama dan sembilang...

Genset hanya dipasang selepas pukul 6.30 petang...jadi ada la Bro yang datang hidupkan genset tu...maka ada la lampu...boleh la pasang TV...charge handphone dll...



Memancing Di Kelong
Tangkapan Pertama

Sunset Teluk Gong Klang


Indahnya Matahari Terbenam


Indahnya Matahari Terbenam


Sunset at Malaysia

Selepas maghrib kitaorg yang perempuan ini dah mula memasak....masak nasi... Ida ada bawa ayam kampung salai ... ida masak lemak cili api. Lepas tu kitaorg masak ikan masak cili api dan goreng telur dadar..bersama dengan teh O panas....makan di kelilingi air laut...memang sedap...


Menu Ringkas Memancing
Makan Malam Di Kelong


OK lah...Noe berhenti di sini dulu...nanti bersambung lagi...dah mengantuk...nak tidur...




Read More

Thursday, February 20, 2014

Air Pusar Di Latvia - Menggerunkan

Assalamualaikum






Fenomena alam ni telah berlaku pada April tahun  lepas di mana terdapat air pusar yang mana telah menyedut air, blok ais yang besar yang ada di sungai tersebut. Jangan sesekali mencuba untuk meletakkan diri anda di tempat tersebut. 



Agak-agaknya ke mana lah air tersebut di bawa?? Bawah tanah?? Masuk ke dalam 7 lapisan bumi?? 



Video selama 7 minit telah berjaya dirakam oleh Janis Astic.
Read More

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena