Showing posts with label Idea. Show all posts
Showing posts with label Idea. Show all posts

Wednesday, June 17, 2020

Maksud Perkataan Bukan Kaleng Kaleng

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bukan Kaleng Kaleng

Biasa tak korang dengar orang sebut "BUKAN KALENG KALENG". Perkataan ini sekarang ini kerap di dengar. Sebenarnya apa yang dimaksudkan BUKAN KALENG KALENG ini.

Menurut Dewan Bahasa Pustaka, maksud Kaleng adalah seperti di bawah. Namun tiada makna untuk kaleng kaleng.

[ka.léng] | کاليڠ

Definisi : (kaléng) 1. besi tipis yg berlapis timah, tin: ~ sering digunakan utk membuat cerek dsb; surat ~ surat terbang (surat buta); 2. bekas berbentuk silinder, dibuat drpd tin utk mengisi cecair dsb, tin: makanan dlm ~; kalengan, kaleng-kalengan; makanan ~ makanan yg diawetkan dlm kaleng, makanan dlm tin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Daripada link-link di Indonesia, Maksud Bukan Kaleng Kaleng adalah seperti berikut.

Istilah "bukan kaleng-kaleng" yang dipopulerkan oleh Maell Lee ialah istilah pergaulan orang Medan. Artinya secara harfiah berarti "Bukan Sembarangan" (pautan)

Bukan Kaleng-Kaleng = Luar Biasa, Bukan yang Biasa (masih pada 2 kata)

Bukan Kaleng-Kaleng = Keren, Hebat (menjadi 1 kata) (Pautan)

Bukan kaleng-kaleng adalah sebuah kata yang menolak anggapan yang buruk, menolak anggapan tidak bisa dipercaya, menolak anggapan tidak berkualitas, menolak anggapan abal-abal, dan menolak anggapan tidak jelas. (Pautan)

Maka di sini noe merasakan perkataan ini menjadi viral di Indonesia dan menjadi ikutan masyarakat kita di sini. Ianya mungkin sama dengan pengunaan perkataan BUKAN CALANG CALANG.

Read More

Tuesday, June 16, 2020

Cara Letak Baja Di Pokok Orkid Hutan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini noe nak kongsi perihal Pokok Orkid noe yang dah bertahun-tahun tak berbunga. Pokok ini pemberian arwah bapa mertua yang noe panggil sebagai Uncle. Arwah Uncle memang penggemar pokok orkid. Kalau dia nampak ada pokok orkid hutan.. sanggup dia berhenti, panjat pokok tu dan ambil. So pokok ini memang ada sentimental value...sebab dia yang beri pada noe.

Dulu pokok ini pernah berbunga, bunga nya kecil-kecil warna putih kalau tak silap. Itu cerita dulu..sekarang dah bertahun-tahun tak berbunga. Noe pun satu..jirus dengan air je pokok ini...tak pernah la dibelai ke...di letak baja ke.. memang kurang kasih sayang ni..



Orkid Hutan
Orkid Hutan

Oleh kerana masih sayangkan pokok ini...noe pun cari baja dan letak di pokok ini. Cara noe letak baja di pokok orkid ini seperti gambar di bawah ini. Noe letak sesudu baja dalam perca kain .. punjutkan.. dan letak di pokok Orkid tu. Nanti kita tunggu hasil nya.. tengok berjaya atau tidak..harap2 berbunga la dia..

Cara Letak Baja Di Pokok Orkid


Read More

Thursday, November 12, 2015

Fesyen Terkini TopShop

Hujung Minggu Bersama Topshop

Fesyen Terkini

Topshop bukanlah sebuah jenama yang asing dikalangan penggemar high street fashion. Jenama besar dari UK ini telah menembusi pasaran Malaysia sejak beberapa tahun dahulu dan kini boleh ditemui di semua pusat-pusat membeli belah di Malaysia. Mempertaruhkan konsep high street yang cukup popular di barat, ia sememangnya suatu trend yang baru di Asia dan diterima baik oleh pengikut fesyen tempatan. 

Rekaan pakaian yang kadangkala dianggap unik dengan corak retro dan kombinasi warna yang pelik juga kini diterima sebagai fesyen dan Topshop diangkat sebagai pelopor fesyen terkini yang genius! Untuk anda yang mungkin sudah bosan dengan padanan pakaian yang sama di hujung minggu, mari gayakan koleksi pakaian wanita Topshop seperti berikut untuk tampil lebih menyerlah dan ‘fashion forward’.

TopshopCorak Retro


Bagi anda yang berani tampil lain daripada yang lain, jadikan hujung minggu ini sebagai platform anda bereksperimen dengan koleksi jumpsuit Topshop yang trendy seperti berikut.


Fesyen TerkiniTopshop

Topshop


Atau jika anda tidak mahu kelihatan terlalu menonjol, gayakan koleksi t-shirt dan blouse Topshop yang cukup ringkas serta boleh anda padankan dengan pemakaian jeans, harem pants mahupun legging yang selesa. Ready for slack Saturday girls!

Strike FashionDress Hitam




Dan untuk gadis yang bertumbuh langsing dan petite, temui koleksi pakaian petite Topshop yang juga boleh ditemui dalam pelbagai pilihan dan harga yang cukup menakjubkan. Jom berhujung minggu bersama TOPSHOP Online!



Read More

Buku Kraftangan Felt

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ada sesiapa yang minat kraftangan Felt? Haaa...buku ini memang sesuai. Buku ini sebenarnya noe beli bulan lepas..harganya baru RM24 je...ini tak termasuk harga pos. Terdapat banyak jenis bunga felt yang dihasilkan dalam buku ini. Malah cara membuat bunga felt tersebut ditunjukkan satu persatu, peralatan yang digunakan .. juga di tunjukkan dalam buku ini. Jenis jahitan dan pola juga ada dalam buku ini. Buku ini pun menggunakan kertas yang berkualiti dan penuh warna warni. Memang menarik.


Felt Book

Masa noe terima buku ini, ada dikirimkan bersama cenderahati (tengok gambar kat bawah ni)...cenderahati ini sebagai cubaan untuk menghasilkan kraftangan felt. Gambar tu dah tak cantik...sbb anak noe dah buka.


Felt Craft
Cenderahati
Sebenarnya penulis buku ni Norliza Samingon merupakan kawan satu tempat kerja noe dulu. Dia memang jenis kreatif. Tahniah Beb...usaha yang tanpa mengenal erti putus asa..akhirnya sudah terhasil. Teruskan usaha k.

Sesiapa yang berminat untuk membeli buku ni, boleh pergi layari laman facebook Sekoci's Craft House.


Felt Book




Read More

Friday, October 10, 2014

Alat Pembunuh Nyamuk/Lalat Elektrik Bentuk Raket

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Balik kampung itu hari, Abang noe ada bawa alat pembunuh nyamuk/lalat ni. Macam raket je bentuknya. Ada kuasa elektrik. Benda ni macam yang ada kat kedai-kedai tu tapi yang ni kuasa elektrik nya tak kuat sangat la. Sesuai untuk kegunaan di rumah. 



Noe ada cuba...maklum la bila hari raya...macam-macam makanan ada...ada la lalat sekor dua...memang mati lalat2 tu bila termasuk dalam perangkap raket ni. Hangit maunya. Kalau nak guna kena on kan dulu...lepas tu kena tekan button kat tempat pemegang tu. Mudah je nak guna. Benda ni boleh di caj semula. Abang noe kata murah jer. Berbelas ringgit kalau tak silap.

Ada ke member2 yang guna alat ni??
Read More

Thursday, June 19, 2014

Idea Kreatif: Pelbagai Bentuk Tempat Duduk Tandas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada masa sekarang ini, pelbagai idea kreatif terhasil untuk pelbagai jenis produk, salah satunya tempat duduk tandas ni. Noe memang suka tengok idea2 macam ni. Tak ada la tandas duduk rumah kita tu warna putih jer...tengok idea-idea kat bawah ni...menarik kan?? Gitar pun ada...ini bagi penggemar gitar la macam En Khir kita tu..

Untuk kanak-kanak pun ada...macam koleksi barbie tu...sesuai untuk tandas anak perempuan. Tapi kalau tengok idea mulut gigi ikan jerung tu...mau tak jadi buang air besar....hehehehhe...gerun kena gigit.. :)

Idea mulut orang tu pun macam susah nak terima...sebab nya duk fikir masuk mulut kita jer...ish..mau tak jadi buang air besar ni...apa-apa pun idea mereka ni memang kreatif.

Idea Tempat Duduk Tandas
sumber

Gitar
sumber



Tolet seat menarik
sumber

toilet seat barbie
sumber
jaws toilet seat
sumber
toilet seat menarik
sumber

Tempat Duduk Tandas Mulut
sumber

Read More

Friday, June 06, 2014

Idea: Langsir Raya Jenis Beropol

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang semua dah buatkan langsir untuk hari raya?? Ini salah satu design langsir yang agak menarik...sesiapa yang belum buat atau tempah...cuba-cuba la design ni...macam skirt pun ada gak upanya. Tapi langsir warna putih tu memang nampak menarik...


Langsir Beropol

langsir putih


Read More

Wednesday, June 04, 2014

Idea: 10 Idea Bilik Tidur Anak-Anak

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Kepada mereka yang mempunyai anak-anak, terutama kepada mereka yang baru mempunyai anak, mesti teruja untuk menyediakan bilik tidur untuk anak-anak, kebiasaannya kalau anak lelaki, mesti warna bilik warna biru manakala anak perempuan pula warna pink. Macam anak perempuan noe la...memekak suruh catkan bilik tidur dia dengan warna pink...rasanya elok kita cuba keluar dari idea warna biru dan pink ni...cuba cari kelainan sikit supaya ianya nampak lebih menarik.

Kepada mereka yang masih mencari idea untuk bilik anak-anak, kat bawah ni ada 10 idea yang menarik yang mungkin boleh memberi inspirasi untuk menghasilkan bilik yang menarik untuk anak-anak kesayangan. Idea untuk anak ramai pun ada...tapi kalau sama jantina la...anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan mesti lah diasingkan bilik tidur mereka.

OK lah...selamat menjamu mata.

Bilik Anak

Bilik Anak-Anak

Bilik Anak-Anak
Bilik Anak-Anak
Bilik Anak-Anak
Bilik Anak-Anak
Bilik Anak-Anak
Bilik Anak-Anak
Bilik Anak-Anak
Bilik Anak-Anak
Read More

Sunday, May 25, 2014

Idea: Gubahan Hantaran Murah - Zara Creation

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Sebelum ni noe ada kongsi idea gubahan hantaran dari kawan noe, sesiapa yang belum tengok, boleh terjah di SINI. Kali ini noe kongsi lagi idea-idea lain dari kawan noe ni...Kalau sesiapa yang berminat boleh la hubungi kawan noe di nombor yang tertera di gambar2 kat bawah ni. 

Gubahan Hantaran Pertunangan

Idea Hantaran Purple


Idea Hantaran

Gubahan Hantaran Pertunangan

Gubahan Hantaran

Hantaran Pertunangan

Hantaran Pertunangan

kek kahwin

Kek Kahwin

Hantaran Tunang

Kek Kahwin




Read More

Saturday, May 24, 2014

Idea: Fesyen Bertema Riben

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Kalau sesiapa yang belum buat baju raya ataupun belum beli kasut raya...tengok dulu fesyen kat bawah ni...bertemakan riben...cantik kan...mana tau kut2 ada yang nak buat tudung style riben besar gedabak ni...kasut yang pink tu memang cantik...noe suka...mana la nak cari ni...hehehe...apa2 pun layan je la..


fesyen riben

kasut beriben

riben besar

riben pink


Read More

Friday, May 23, 2014

Rumah Kurus

Assalamualaikum Dan Salam Jumaat

Seminggu ni memang noe agak busy...maka nak update entry pun payah..apa ntah lagi nak BW...so pada kawan-kawan semua...minggu ni memang noe kurang BW..InsyaAllah...ada kesempatan noe akan singgah juga melawat korang... 

Ini saja nak kongsi dengan korang gambar rumah kurus...gambar ni noe ambil dari FB kakak noe...ntah rumah sape la ni...tapi menarik...kurus upanya....kurang zat sikit umah ni...orang bujang duduk sorang-sorang boleh la kut...kalau yang berkeluarga macam tak sesuai gitu...tapi kalau ahli keluarga jenis kurus2 ok kut...hehehe...

Rumah untuk kanak-kanak bermain pun sesuai juga ni...sumbat semua mainan diaorg dalam ni...tak ada la letih hari2 nak mengemas rumah...seminggu sekali susun semua mainan tu...hehehe....

Rumah Kurus
Read More

© Lukisan Kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena